Lain macam sedap makan Nasi Dagang Pak Malau, di Jalan Makam Mahsuri, Langkawi

 

ramai orang..penuh meja di Nasi Dagang Pak Malau
ramai orang..penuh meja di Nasi Dagang Pak Malau

Restoran Nasi Dagang Pak Malau, Langkawi
Restoran Nasi Dagang Pak Malau, Langkawi

Kajang Pak Malau Kajang berlipat,
Kajang Saya Mengkuang Layu,
Dagang Pak Malau Dagang Bertempat,
Dagang Saya Menumpang Lalu........

Mana nak cari Pak Malau ni???? Haaa,.... aku dah jumpa Pak Malau ni...Dia bermusafir ke Langkawi...dan akhirnya terus menetap kat situ sebab dah syok jual nasi dagang...Korang boleh cari Pak Malau dekat Restoran Nasi Dagang Pak Malau di Jalan Mahsuri, Kampung Mawar, Langkawi๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚....

Nasi Dagang Pak Malau ni buka setiap hari kecuali hari Selasa. Korang kena datang sini untuk sarapan jer...Diorang buka dari pagi hingga tengahari jer.. Nasi Dagang Pak Malau ni memang menjadi tumpuan orang ramai yang datang nak bersarapan... Parking pelanggan yang datang penuh kiri kanan jalan. Kena beratur panjang kalau nasib korang masa datang ni ramai sangat orang...

beratur panjang nak makan nasi dagang
beratur panjang nak makan nasi dagang
Nasi dagang ni ada 5 jenis lauk yang diorang sediakan..korang boleh pilih nak yang mana satu. Korang boleh pilih kambing kurma, ayam goreng, ayam gulai, daging kerutup dan ikan gulai. Harga setiap menu tu macam gambar kat bawah ni.
senarai harga dan menu nasi dagang pak malau
senarai harga dan menu nasi dagang pak malau
Aku pilih nak makan nasi dagang ayam goreng dan nasi dagang daging kerutup. Aku tak berapa suka sangat nasi dagang ni...tapi yang ni memang kena dengan selera aku...nak tambah lagi, tapi mengenangkan nak kena beratur panjang sekali lagi, jadi aku terpaksa batalkan hasrat nak tambah๐Ÿ˜๐Ÿ˜.....
Nasi Dagang Daging Kerutup
Nasi Dagang Daging Kerutup

Nasi Dagang Daging Ayam Goreng
Nasi Dagang Daging Ayam Goreng

Nasi Dagang Daging Ayam Goreng dan Daging Kerutup
Nasi Dagang Daging Ayam Goreng dan Daging Kerutup

beratur panjang nak tunggu sampai sini ler..nak order nasi dagang
beratur panjang nak tunggu sampai sini ler..nak order nasi dagang
Selain nasi dagang, ada juga menu samping kuih muih yang korang boleh makan....ada banyak gak la kuih muih tu...tak pasti la aku kalau habis diorang akan topup atau kalau habis, habis la..tak topup dah..
menu sampingan kuih muih
menu sampingan kuih muih
Permandangan pun sempoi je dekat restoran Nasi Dagang Pak Malau ni...tapi kalau dah bersesak-sesak, hilang nikmat permandangan cantik sawah padi๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

oklah...kepada yang nak datang sini, korang boleh la cari di Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar. Langkawi. Kalau nak gps koordinat dan google map, boleh rujuk kat bawah ni.

GPS koordinat: 6°20'12.7"N 99°46'40.7"E atau 6.336862, 99.777961

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...