RESEPI PULUT PANGGANG

pulut panggang
pulut panggang

Bahan:
  • 3 kilo Pulut,rendam setengah jam
  • 2 biji kelapa parut
  • Sedikit cili kisar
  • 5 ulasBawang putih
  • 5 sudu makan jintan manis direndam
  • Sebatang serai
  • Udang kering/udang geragau direndam
  • 2sudu makan kari
  • 1 sudu teh kunyit
  • Garam dan gula sesedap rasa
Cara-cara:
Pulut:

Kukus pulut dengan perahan santan sama paras sahaja untuk dapatkan struktur pulut yang cantik, tambahkan sedikit garam.

Inti:
Potong pendek serai, kisar semua bahan-bahan sehingga halus. Udang kering dikisar sedikit kasar. Terus masukkan ke dalam kuali.Tak perlu tumis. Masukkan kelapa parut selepas bahan kisar hampir mendidih. Pastikan kelapa bergaul sebati dengan bahan kisar. Kalu kering, boleh tambah sedikit air. Biarkn sehingga hampir kering, baru masukkan garam dan gula sesedap rasa. Sebaiknya, garam jangan banyak, sebab udang tetap masin walaupun dah rendam dulu. 

Kredit Resepi : mohd zakaria

No comments:

Post a Comment