TANPA BAKAR BISKUT RAYA CHOCO RICH BALL

 

BISKUT RAYA CHOCO RICH BALL
BISKUT RAYA CHOCO RICH BALL

Bahan-bahan
BAHAGIAN CHOCOLATE BALL

  • Butter : 250 gram
  • Chocolate compound (Dark Chocolate): 325 gram
  • Serbuk koko : 120 gram
  • Susu Pekat : 100 gram
  • Biskut Marie : 300 gram
  • Mini cookies paper cup macam dalam gambar
BAHAGIAN TOPPING
  • Chocolate compund (Dark chocolate) : 500 gram
  • 4 sudu kecil minyak masak
Cara-cara
BAHAGIAN CHOCOLATE BALL

  • Cairkan 250 gram butter dan 325 gram coklat compound. Boleh pakai double boil atau microwave.
  • Kalau double boil. Masukan sekali butter & chocolate tu. Api slow. Dah cair tutup api. terus masukan bahan2 susu pekat n serbuk koko ..panas-panas tu kacau sampai sebati.
  • Microwave pun sama. Dh cair butter n cholate tu..masukan bahan lain tadi kacau sebati.
  • Hancurkan 300 gram biskut marie. Jangan pakai biskut lain. Hancurkan dulu awal2 sebelum step pertama tadi.
  • Masukkan biskut yang dihancurkan kedalam adunan dan gaul sehingga sebati.
  • Bentukkan campuran tadi kepada bentuk bulat dengan menggunakan tangan. Jangan gentel sbb dia akam crack. Mampatkan dan buat bentuk kecil-kecil dan masukan dalam mini paper cup tadi.
  • Buat lubang di tengah-tengan biskut yang telah siap ..boleh guna apa apa sahaja janji ada lubang kecil kat tengah. Pakai lidi sate pun boleh. Janji yang belum digunakan.
  • Masukkan nutella ke dalam lubang yang dibuat dengan menggunakan piping bag.
  • Setkan ke dalam peti selama 10 minit..
BAHAGIAN TOPPING
  • Cairkan 500 gram dark chocolate.
  • Masukkan 4 sudu kecil minyak masak ke dalam dark chocolate yang dicairkan dan kacau sehingga sebati.
  • Tuangkan dark chocolate tadi ke atas biskut dengan menggunakan sudu.
  • Hias ikut kreativiti anda.
  • Biarkan coklat kering mengikut suhu bilik.Bila kita sentuh diandah tak melekit. (Tak perlu letak dalam peti ais)
  • Biskut sudah sedia untuk dimakan dan boleh letak kat luar je. Senang kan. Memang sedap

Kredit resepi: Muhammad Ali

No comments:

Post a Comment