Showing posts with label biskut raya. Show all posts
Showing posts with label biskut raya. Show all posts

RESEPI BISKUT RAYA FERRERO COOKIES

BISKUT RAYA FERRERO COOKIES
BISKUT RAYA FERRERO COOKIES

Bahan:
  • 250 gm buttercup
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1/2 cawan Serbuk badam
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1 cawan nestum dikisar menjadi serbuk
  • 2 sudu tepung jagung
  • 2 sudu tepung beras
  • Tepung gandum (cap sauh) ikut sukatan doh.. 2 dalam cawan lebih..(kalau doh lembik sangat, tambah tepung sikit-sikit ye sampai doh cantik dan boleh olah dengan baik..Jangan terlalu banyak tepung, doh mudah keras dan pecah masa nak getel jadi bulat)
  • Kacang hazelnut biji..dibakar hingga ranggup
  • Kacang nib dibakar terlebih dahulu
  • Beryl's Milk compound dicairkan
Cara-cara:
  • Pukul buttercup dan gula hingga kembang.
  • Masukkan Serbuk badam, susu tepung, nestum kisar, tepung jagung, tepung beras..Kacau dan masukkan tepung gandum sikit-sikit sehingga doh sebati cantik, mampu digetel dengan elok terletak.
  • Bentukkan bulat doh, letakkan kacang hazelnut sebiji-biji..Bulat kan dan bakar sehingga masak.. Depends oven masing-masing ye..Bakar sehingga doh garing sikit(Untuk rangup).
  • Sejukkan biskut.. Cairkan coklat beryl's, masukkan kacang nib dalam coklat cair..ambil biskut dan celup kan dalam coklat yang dah bercampur dengan kacang nib.. Masukkan dalam papercup.. Biarkan sehingga keras atau letak dalam freezer sekejap.. Siap!
Kredit resepi: faizal arzmi  

Resepi Biskut Raya - Cornflakes Coklat

 

Cornflakes Coklat
Cornflakes Coklat

BAHAN:
  • 100 gm cornflakes
  • 50 gm kepingan badam
  • 70 gm kismis
  • 100 gm coklat masakan (cairkan jangan di tambah air)
  • mangkuk kertas
CARANYA:
  • satukan cornflakes, kepingan badam & kismis di dalam satu bekas
  • masukkan coklat masakan yang telah di cairkan ke dalam cornflakes, kepingan badam & kismis tadi dan gaul rata
  • kalau coklat terlebih, masukkan lagi cornflakes, kepingan badam & kismis ….. biar ngam-ngam je dengam coklat
  • sudukan sedikit kedalam mangkuk kertas
  • biarkan sehingga coklat kering
  • simpan di dalam bekas kedap udara
kredit resepi: Seminit Resepi

TANPA BAKAR BISKUT RAYA CHOCO RICH BALL

 

BISKUT RAYA CHOCO RICH BALL
BISKUT RAYA CHOCO RICH BALL

Bahan-bahan
BAHAGIAN CHOCOLATE BALL

  • Butter : 250 gram
  • Chocolate compound (Dark Chocolate): 325 gram
  • Serbuk koko : 120 gram
  • Susu Pekat : 100 gram
  • Biskut Marie : 300 gram
  • Mini cookies paper cup macam dalam gambar
BAHAGIAN TOPPING
  • Chocolate compund (Dark chocolate) : 500 gram
  • 4 sudu kecil minyak masak
Cara-cara
BAHAGIAN CHOCOLATE BALL

  • Cairkan 250 gram butter dan 325 gram coklat compound. Boleh pakai double boil atau microwave.
  • Kalau double boil. Masukan sekali butter & chocolate tu. Api slow. Dah cair tutup api. terus masukan bahan2 susu pekat n serbuk koko ..panas-panas tu kacau sampai sebati.
  • Microwave pun sama. Dh cair butter n cholate tu..masukan bahan lain tadi kacau sebati.
  • Hancurkan 300 gram biskut marie. Jangan pakai biskut lain. Hancurkan dulu awal2 sebelum step pertama tadi.
  • Masukkan biskut yang dihancurkan kedalam adunan dan gaul sehingga sebati.
  • Bentukkan campuran tadi kepada bentuk bulat dengan menggunakan tangan. Jangan gentel sbb dia akam crack. Mampatkan dan buat bentuk kecil-kecil dan masukan dalam mini paper cup tadi.
  • Buat lubang di tengah-tengan biskut yang telah siap ..boleh guna apa apa sahaja janji ada lubang kecil kat tengah. Pakai lidi sate pun boleh. Janji yang belum digunakan.
  • Masukkan nutella ke dalam lubang yang dibuat dengan menggunakan piping bag.
  • Setkan ke dalam peti selama 10 minit..
BAHAGIAN TOPPING
  • Cairkan 500 gram dark chocolate.
  • Masukkan 4 sudu kecil minyak masak ke dalam dark chocolate yang dicairkan dan kacau sehingga sebati.
  • Tuangkan dark chocolate tadi ke atas biskut dengan menggunakan sudu.
  • Hias ikut kreativiti anda.
  • Biarkan coklat kering mengikut suhu bilik.Bila kita sentuh diandah tak melekit. (Tak perlu letak dalam peti ais)
  • Biskut sudah sedia untuk dimakan dan boleh letak kat luar je. Senang kan. Memang sedap

Kredit resepi: Muhammad Ali

Resepi biskut cornflakes raya

biskut cornflakes raya
biskut cornflakes raya

Bahan-Bahan:
  • Cornflakes 1 kotak
  • 1/4 cawan madu
  • 1/4 cawan mentega
  • 1 1/2 sudu besar gula kastor
  • ceri atau mixed fruit
  • hirisan badam
  • paper cup, secukupnya
Cara Penyediaan:
  • Cairkan mentega di dalam periuk atas api yang kecil kemudian masukkan madu dan gula, kacau sebati.
  • Dalam mangkuk, ramas kasar cornflakes supaya senang dimasukkan ke dalam acuan kuih. (tak ramas pun xpe)
  • Tuangkan campuran butter yang dicairkan ke dalam mangkuk cornflakes, kacau sehingga conflakes disaluti dengan sempurna.
  • Sudukan ke dalam paper cup, hiaskan dengan ceri, mixed fruit dan hirisan badam
  • Bakar selama 10-15 minit, dalam suhu 150 darjah celcius. 
(jangan sampai hangus sudah)