Minum kopi kaw! di Manshor's Coffee Junior, Taman Lavender Heights, Seremban, Negeri Sembilan

 

Manshor's Coffee Junior
Manshor's Coffee Junior
Kalau korang nak minum kopi kaw pekat likat melekat, korang boleh cari di Restoran Manshor's Coffee Junior yang terletak di Pusat Perdagangan, 105-G, Jalan Lavender Heights 1, Taman Lavender Heights, 70450 Seremban, Negeri Sembilan.

Kopi kat sini memang rare la dari restoran kopi yang lain. Di Manshor's Coffee Junior menu special diorang tentunya kopi. Datang sini mesti kena order kopi. Ada berapa jenis kopi antaranya adalah kopi power, kopi kacip fatimah, kopi walet, kopi medix, kopi badam kurma, kopi extra power, kopi double extra power dan juga ice cubes signature. Selain tu, kopi standard yang cafe kopi yang lain jual pun ada seperti cappuccino, espresso dan lain-lain. Boleh tengok menu seperti di bawah ni.

Menu Manshor's Coffee Junior
Menu Manshor's Coffee Junior
Aku pilih kopi power. Nak try kopi power ni camna rasanya. Kopi power ni ternyata memang power. Kopi yang likat, pekat, melekat😋😋..bila minum tu terasa nikmat sebenar kopi💥💥
kopi power
kopi power

kopi power
kopi power
Selain nak minum kopi, korang boleh gak la nak order makan di sini. Ada banyak gak menu dan kebanyakanya adalah menu western. Untuk makan di sini aku order nasi lemak, speghatti cabonara, speghetti aglio olio, mee bandung.
speghetti aglio olio
speghetti aglio olio

mee bandung
mee bandung

speghatti cabonara
speghatti cabonara

nasi lemak
nasi lemak
Makan semua sedap-sedap. Tapi harga agak mahal la sikit😅... tapi kopi memang padu! kalau korang nak cuba minum kopi yang padu dan kaw ni, boleh la cari Manshor's Coffee Junior ni di Seremban. Aku serta untuk korang gps koordinat dan google map sebagai panduan korang ke sini.

GPS koordinat: 2°42'44.1"N 102°00'07.7"E atau 2.712249, 102.002126

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...