Makan nasi kandar di restoran Pelita Nasi Kandar, Seremban, Negeri Sembilan

restoran Pelita Nasi Kandar, Seremban
 restoran Pelita Nasi Kandar, Seremban

restoran Pelita Nasi Kandar, Seremban
 restoran Pelita Nasi Kandar, Seremban
Nasi Kandar Pelita ni kalau korang datang Penang, memang ada banyak cawangan dalam Penang saja. Dah Penang ni terkenal dengan identiti nasi kandar kan. Nasi Kandar Pelita ni kat negeri lain pun ada gak rupanya. Yang ni aku jumpa di Seremban, Negeri Sembilan๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž.. Mesti korang cakap, apa barang nasi kandar di Negeri Sembilan, datang Negeri Sembilan kena la cari masak lomak kan kan kan kan๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…... Saja la aku nak try kot-kot nasi kandar pelita di Seremban ni berperisa masak lomak cili api๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚...

Restoran Nasi Kandar Pelita ni beralamat di 109, Jalan Labu, 70200 Seremban, Negeri Sembilan. Restoran yang agak luas dan selesa, sesuai la untuk nak lepak-lepak dengan famili or kawan-kawan.

ayam madu dan ayam goreng padu!
ayam madu dan ayam goreng padu!

masakan kari nasi kandar
masakan kari nasi kandar
Aku macam biasa la kalau datang ke restoran nasi kandar, ayam goreng, peria goreng, telur masin dan kuah campoq! Nasi kalau ada nasi beriani aku pilih nasi beriani, kalau dah habis, layan nasi putih jer.
nidiaa nasi kandar aku
nidiaa nasi kandar aku
Kepada korang yang nak cari Restoran Nasi Kandar Pelita Seremban ni, aku sertakan untuk korang gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat : 2°42'59.3"N 101°55'09.2"E atau 2.716462, 101.919220





 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...