Gulai Daging Kawah Citarasa Asli Kelantan

Daging Gulai Kawah
Daging Gulai Kawah

Bahan:
  • 1/2 kg daging lembu hiris nipis
  • 1paket kerisik (40g) 
  • 1 paket kecil kari daging
  • 1 labu bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 2inci halia (kisar)
  • 2 batang serai (ketuk)
  • 3-4 sb cili giling
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 cawan santan pekat
  • Rempah 4 beradik
  • 3sb gula merah - gula timbang brown color
  • 2-3 keping asam keping
  • minyak
  • garam
  • Air
Cara-Cara:
  • Panaskan minyak, tumiskan rempah 4 beradik, bahan kisar,serai ketuk sehingga wangi.
  • Masukkan cili giling masak hingga garing dan pecah minyak.
  • Masukkan daging dan kacau rata.Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
  • Bila daging agak empuk, masukkan santan, kerisek, garam, gula merah, daun limau purut dan asam keping
  • Biarkan mereneh hingga daging betul-betul empuk.Kacau sekali sekala
  • Biarkan sampai pekat. Tutup api.
  • Sedap dimakan dengan nasi atau roti

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...