Daging Masak Hitam Penang style

Daging Masak Hitam Penang style
Daging Masak Hitam Penang style

Bahan-Bahan:
  • 1 sudu kecil jintan manis*
  • 1 sudu kecil jintan putih*
  • 1 sudu besar ketumbar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 labu bawang besar*
  • 1 labu bawang besar (hiris)
  • 1 inci halia*
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 2 sudu besar rempah kati daging
  • 1/2 cawan kicap pekat (kalau tak cukup hitam boleh tambah lagi)
  • Daun kari
  • Daun pandan
  • 3 sekawan (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga)
  • 1/2 kilo daging

Cara-Cara:
Sangai jintan manis, jintan putih, ketumbar sampai wangi. Kisar bersama bahan bertanda *. Tumis 3 sekawan, masukkan bawang yang dihiris dan daun kari, masukkan bahan kisar * dan tumis sampai wangi. Letak daun pandan, cili kering dan rempah kari daging. Tumis sampai pecah minyak. Masukkan daging dan tak perlu letak apa-apa air. Campurkan kicap pekat (jenama ABC - setakat ni saya rasa paling best 👍🏻). Masa letak kicap warna tak nampak hitam sangat tapi nanti bila kuah dah pekat sikit baru warna hitam tu muncul 😂. Biar reneh atas dapur tapi make sure api perlahan je macam nak masak rendang. Agak-agak dah kering sikit boleh perasakan dengan garam dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...