RENDANG DAGING CILI HIJAU

RENDANG DAGING CILI HIJAU
RENDANG DAGING CILI HIJAU

Bahan-bahan:
  • 1 kg daging batang pinang
  • 250 ml santan
  • 2 sudu besar kerisik
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar gula melaka
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 btng serai-di ketuk
  • 2 helai daun kunyit- buang urat dan hiris halus
  • 1/2 cwn minyak utk menumis
  • sedikit air jika perlu

Bahan (dikisar):
  • 4 batang serai-hiris halus
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas
  • 30 biji cili padi hijau
  • 5 tangkai cili hijau
  • 6 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih

Cara-cara Menyediakan:
  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 kisar hingga naik bau. Masukkan serai yg di ketuk.
  • Kemudian masukkan daging dan kacau hingga rata. Masukkan sedikit air dan biarkan daging sedikit empuk. Guna api sederhana je masa ni.
  • Selepas itu masukkan santan, kerisik,asam gelugor,gula melaka dan garam secukup rasa.Kacau lagi di atas api yang perla han dan masaklah hingga pekat. Masukkan daun kunyit.
  • Bila cukup kering, bolehlah diangkat. Sedia untuk dihidangkan.

Kredit resepi: ajeyshatiella

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...