Resepi Kuah kacang

Kuah kacang
Kuah kacang

Bahan-bahannya: 
  • 5 cawan kacang tanah yang telah dikisar kasar - Kak Noor beli yang telah siap dikisar 
  • 2 batang serai - dititik 
  • *3 sudu besar gula perang atau gula merah 
  • 3 sudu besar gula putih 
  • 3 keping asam gelugor (asam keping) 
  • ¼ cawan pati santan atau ¼ cawan susu sejat 
  • Garam secukup rasa 
  • 1 sudu kecil serbuk perasa – jika suka 
  • ¾ cawan marjerin 
  • ¼ cawan minyak kelapa 
Bahan-bahan B (Digoreng kering tanpa minyak dan kemudian dikisar): 
  • 100 g cili kering 
  • 8 batang serai – dihilis halus 
  • 2 biji bawang besar – dipotong kecil 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1 inci kunyit hidup 
  • 3 inci halia 
  • 2 inci lengkuas 
  • ½ inci belacan 
  • Air secukupnya untuk mengisar 
Penyediaan Bahan-bahan B: 
  • Cili kering dipotong kecil dan kemudian direbus ataupun direndam dengan air panas sehingga lembut. Kemudian dibasuh. Semasa membasuh, ramas cili kering supaya bijinya keluar. Kemudian toskan. 
  • Semua bahan B digoreng kering terlebih dahulu di dalam kuali sehingga naik bau lebih kurang 15 minit. 
  • Masukkan bahan B di dalam blender bersama air secukupnya. Kisar sehingga semua bahan menjadi halus. 
Cara-cara membuat kuah kacang: 
  • Panaskan marjerin dan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan B yang telah dikisar sehingga naik bau dan terbit minyak. 
  • Masukkan sedikit air dan kacau rata. 
  • Kemudian masukkan gula perang, gula putih, garam, serbuk perasa, asam gelugor, dan serai. Kacau rata sehingga semua bahan mesra. 
  • Selepas itu bolehlah dimasukkan kacang tanah kisar dan kacau rata. Masukkan pati santan dan juga air secukupnya. Kuah kacang mestilah jangan terlalu cair atau terlalu pekat. Masak sehingga kuah mendidih.

Sumber resepi: azie kitchen 

No comments:

Post a Comment