Beef Stew-Sup Daging

 

Beef Stew-Sup Daging
Beef Stew-Sup Daging

Bahan-bahannya:
  • 500gm daging di potong dadu, direbus dengan rempah 4 sekawan, 1 kayu manis, 6 pelaga, 4 cengkih & 1 bunga lawang.
  • 1 inci halia - dihiris-hiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris-hiris
  • 1 biji bawang besar - dipotong kasar-kasar
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 helai duan pandan diikat
  • 1 batang lobak merah dipotong serong
  • 3 biji ubi kentang didadu-dadu kecil 
  • 1 batang cili merah dan hijau di hiris-hiris
  • 1 tangkai daun sup dipotong kasar-kasar
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/2 sudu teh jintan manis
  • Air/Stok daging secukup untuk kuahnya
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis 
  • Sos cicahan
  • Kicap manis bersama cili hiris dan jus limau untuk sos cicahannya
Cara-caranya:
  • Panaskan minyak di periok, masukan bahan-bahan halia, bawang besar & putih, cili hiris yang dipotong kasar-kasar. Goreng hingga ia lembut dan wangi. 
  • Angkat dan masukan dalan air rebusan daging yang sedang direbus bersama rempah 4 sekawan dan masukan daun pandan yang di ikat. Bila airnya mendidih dan bangkit aromanya, letakan garam secukup rasa, bersama rempah serbuk. 
  • Biarkan daging rebus pelahan-lahan di api yang kecil. Selepas ia mendidih dalam 40mins Letakan lobak merah & ubi kentang di potong dadu-dadu. 
  • Biarkan daging masak dan kuah mendidih lagi. Masukan daun sup dan bawang merah goreng. 
  • Biarkan ia mendidih di masak pelahan-lahan. Sesudah 1 jam mendidih, tututpkan api.  
  • Sajikan dengan nasi putih dan cili api kicap manis bersama jua limau kasturi.   

No comments:

Post a Comment