RESEPI BAKSO

BAKSO
BAKSO 

Bahan:
  • 1 bungkus mee hoon ~ rendam sebentar kemudian di celur dalam air panas
  • Taugeh
  • Kobis ~ di hiris halus
  • Daun sup dan daun bawang ~ di hiris
  • Bawang goreng

Mula-mula kita sediakan bebola daging dahulu

Bebola Daging:
  • 400 gm daging cincang
  • 2 biji bawang merah ~ di cincang halus
  • 2 ulas bawang putih ~ di cincang halus
  • 1/2 biji telur ~ 1 biji telur di kocok tapi ambil 1/2 sahaja
  • 2 sudu teh tepung jagung atau tepung ubi
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa.
Cara:
  • Satukan daging bersama bawang putih, bawang merah, lada sulah, garam, tepung jagung dan telur.
  • Kemudian gaul rata
  • Bulat-bulatkan sebesar guli
  • Ketepikan

Sekarang kita sediakan kuah bakso

Kuah Bakso:
  • 1/2 kg tulang ~ ita tambah
  • 2 biji bawang merah ~ dihiris
  • 3 ulas bawang putih ~ di cincang halus
  • 1/2 inc halia
  • 2 sudu teh lada sulah
  • 1 batang serai di ketuk
  • 1 kiub pati daging atau pati ayam
  • garam secukup rasa
  • 1 bungkus sup bunjut ~ ita tambah
Cara:
  • Mula-mula ita rebus dahulu tulang hingga daging pada tulang empuk.
  • Dalam kuali berasingan ita panaskan minyak, tumiskan bahan hiris, halia dan serai hingga harum.
  • Kemudian masukkan dalam air rebusan tulang tadi
  • Masukkan sup bunjut, kiub daging dan rasakan dengan garam secukup rasa
  • Bila dah mendidih kuahnya, masukkan bebola daging kita tadi.
  • Bebola daging akan masak bila ia timbul di permukaan kuah
  • Biar renih sekejap dan telah tersedia lah kuah bakso kita.
  • Bakso di makan bersama mi hoon yang kita dah celur tadi, taburkan taugeh, hirisan kobis, daun sup dan daun bawang serta bawang goreng
  • Tuangkan kuah bersama bebola daging
  • Saya hidangkan bersama kicap pedas Enaq dan lada cuka
  • Untuk sediakan lada cuka, anda hanya perlukan cili padi hijau dalam 10 biji, kalau suka pedas boleh lebihkan. 
  • Kemudian kisar bersama cuka makan. kalau nak tumbuk cili padi ni pun boleh, bila dah siap tumbuk, masuk dalam mangkuk dan letakkan cuka makan. Sedap makan dengan bakso.
  • Bagi yang suka cili dsos boleh letakkan cili sos sekali.

kredit resepi: Che'Iza

No comments:

Post a Comment