RESEPI NASI GORENG KETAM VIRAL ALA THAI

NASI GORENG KETAM VIRAL ALA THAI
NASI GORENG KETAM VIRAL ALA THAI

 Bahan-bahan:
1. 2 sudu besar minyak masak ⠀
2. 4 ulas bawang putih di cincang ⠀
3. 1 biji telur ⠀
4. 2 cawan nasi sejuk - di peroi ⠀
5. 1/2 cawan isi ketam yang di rebus⠀
6. 2 sudu teh kicap cair ⠀
7. 1 sudu teh kicap sotong ⠀
8. ½ sudu teh gula⠀
9. 1/2 sudu teh lada sulah ⠀
10. 1 tangkai daun bawang di hiris nipis⠀
11. Sedikit serbuk cili Thai ⠀

Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak di dalam kuali besar dengan api yang sederhana. Masukkan minyak masak dan tumis bawang putih hingga berubah warna, pecahkan pula telur sambil di kacau.⠀
2. Masukkan nasi dan isi ketam dan kacau sebentar.⠀
3. Masukkan kicap sotong, kicap cair, gula, lada sulah dan kacau lagi sehingga  semua bahan bercampur dan sebati.⠀
4. Masukkan daun bawang dan kacau sekadar bercampur dan matikan api. Hidangkan dengan serbuk cili Thai, potongan limau dan cili padi.⠀

p/s: Untuk topping macam dalam gambar, goreng telur add-on secara berasingan dan tambahkan isi ketam

Sedia untuk dlnikmati! 

Credit Gambar: Bedit
Credit Resepi: Fizalgk (Blog)

1 comment:

  1. nampak sedap! kalau pasal kuali, boleh guna cast iron wok ke stainless steel wok?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...