Restoran Kapitan, Lunas Kedah

 Restoran mamak di Lunas, Kedah, korang boleh terjah di Restoran Kapitan. Biasanya kalau orang datang sini, selalunya akan order roti nan, tandoori atau yang seangkatan dengannya. Kapitan ni beralamat di no 28, Jalan Saujana 2, Taman Industri Saujana, 09600 Lunas, Kedah.

Kapitan Lunas
Kapitan Lunas

Kapitan Lunas
Kapitan Lunas
kalau korang nak makan nasi kandar pun ada juga. makanan yang goreng-goreng pun ada. Cuma masalah di sini kalau kita datang duduk kat meja, nak tunggu diorang ambil order punya la lama. Pekerja ramai, tapi tak layan customer yang datang. Boleh naik angin oooo.... masa aku datang ni pun ada orang dah naik angin... pelayan asyik main henpon jer...
tandoori set
tandoori set

kari kambing boleh cicah dengan roti nan
kari kambing boleh cicah dengan roti nan

nak makan nasi kandar pun ada
nak makan nasi kandar pun ada
Kalau nak tengok menu-menu lain yang ada di kapitan ni, boleh rujuk senarai menu seperti di bawah ni.
senarai menu kapitan
senarai menu kapitan

senarai menu kapitan
senarai menu kapitan
Jika berhajat untuk makan di restoran kapitan ni, boleh cari di Lunas, Kedah atau pun korang boleh guna gps koordinat dan google map seperti di bawah ni.
GPS koordinat : 5°25'53.7"N 100°32'56.0"E atau 5.431582, 100.548875
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...