Khasiat terung untuk kesihatan

Orang putih panggil eggplant. Ada yang berbuah panjang, ada yang berbentuk bujur dan berwarna ungu gelap. Juga boleh didapati dalam pelbagai jenis warna, bentuk dan saiz.
Walaupun mungkin bukan sayur popular, tapi terung adalah antara sayuran yang sering jadi pilihan masakan Melayu. 
Terung boleh dimakan secara mentah, ia tak beracun. Tapi, daun dan bunga tumbuhan ni mungkin boleh jadi toksik.
Sebab tumbuhan yang berasal daripada keluarga nightshade, seperti terung, ubi kentang, lada benggala dan tomato ini mengandungi alkaloid yang dipanggil solanine.
Dalam dos yang sangat tinggi, solanine boleh menyebabkan keracunan. 

Nak tau apa khasiat terung tak? 

Okey, jom tengok 👇👇

1. Pencegah Diabetes.
- terung merupakan makanan sumber serat dan rendah karbohidrat larut yang sangat baik untuk mencegah diabetes.

2. Pencernaan Yang Lebih Baik.
- Kandungan serat yang tinggi dalam terung dapat bantu sihatkan saluran pencernaan dan dapat hindarkan kanser yang boleh menyerang usus besar kita. 

3. Elok Untuk Jantung.
- Terung dapat bantu turunkan kadar kolesterol jahat yang berisiko membahayakan organ jantung. 

4. Mengawal tekanan darah tinggi
- Kandungan bioflavonoid berperanan besar untuk bantu turunkan tekanan darah tinggi yang boleh mengancam kualiti kesihatan tubuh kita. 

5. Tulang Yang Lebih Sihat Dan Kuat.
- Kandungan kalsium dalam terung dapat kuatkan sendi dan tulang.

6. Cegah Anemia.
- Kandungan zat besi dalam terung dapat bantu cegah anemia atau masalah kurang darah.

7. Untuk otak
- Kandungan nutrisi phyto pada terung merupakan salah satu nutrisi yang sangat di perlukan otak. Ia dapat memberikan manfaat kesihatan mental secara keseluruhan.

Kesimpulannya terung mempunyai banyak khasiat yang diperlu oleh badan. Jadi tak salah kalau terung dijadikan sayuran kegemaran semua. 

Sekian, semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment