Showing posts with label Lunas. Show all posts
Showing posts with label Lunas. Show all posts

Makan tengahari di Restoran Nasi Kandar Pokok Ubi, Taman Kangkong, Lunas Kedah

Restoran Nasi Kandar Pokok Ubi, Taman Kangkong, Lunas Kedah
Restoran Nasi Kandar Pokok Ubi, Taman Kangkong, Lunas Kedah

beratur panjang tunggu giliran nak ambil nasi
beratur panjang tunggu giliran nak ambil nasi
Nasi Kandar Pokok Ubi antara port makan tengahari tumpuan ramai di Lunas Kedah. Terletak di Taman Kangkong. Memang kawasan ni nama taman dari nama sayur-sayuran. Jadi korang kena cari Taman kangkong, baru jumpa Restoran Nasi Kandar Pokok Ubi ni.
waktu operasi dari 10 pagi hingga 3 petang
waktu operasi dari 10 pagi hingga 3 petang
Nasi kandar Pokok Ubi ni bukan restoran 24 jam. Korang kena datang waktu jam 10pagi hingga jam 3 petang sahaja. Maksudnya, buka hanya untuk makan tengahari saja. Kalau korang datang pukul 1 tengahari, korang kena hadap la sikit beratur panjang sebab waktu tu waktu orang bekerja keluar untuk cari makan tengahari.
tengah nak pilih lauk nasi kandar
tengah nak pilih lauk nasi kandar

pergh! mantap ooo kari nasi kandar ni
pergh! mantap ooo kari nasi kandar ni
Sampai giliran untuk korang nak pilih lauk nasi kandar, nanti korang akan dengar tokey tu membebelπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚....... Kalau korang lambat pilih, korang pun kena bebel gakπŸ˜…... Takpa, anggap ja hiburan tengahari.... Banyak lauk yang sedap-sedap.... Aku biasanya standard akan pilih ayam goreng je kalau makan nasi kandar... korang boleh cuba la yang lain-lain...

nasi kandar ayam goreng, sayur kobis, kuah campur!
nasi kandar ayam goreng, sayur kobis, kuah campur!

nasi kandar ayam goreng, sayur tougeh, telur masin, kuah campur!
nasi kandar ayam goreng, sayur tougeh, telur masin, kuah campur!
Sedap bak hang! Mai la cuba Nasi Kandar Pokok Ubi ni. Cari di Taman Kangkong, Lunas Kedah. Kalau tak jumpa juga, sila guna gps koordinat dan google map seperti di bawah:

GPS koordinat: 5°25'13.4"N 100°32'57.3"E atau 5.420377, 100.549257

Warung Pak Din, Kampung Sungai Limau, Lunas Kedah

Warung Pak Din (dari sisi)
Warung Pak Din (dari sisi)

Warung Pak Din (dari depan)
Warung Pak Din (dari depan)
Warung Pak Din ni terletak di Kampung Sungai Limau, Lunas Kedah. Lokasinya betul-betul depan jalan utama dan lebih kurang 50m++ dari entrance ke highway BKE. Dari jauh nampak macam susah nak parking, tapi sebenarnya ada kawasan untuk parking bila masuk ke lorong Warung Pak Din ni.

Di Warung Pak Din ni, ada terdapat beberapa je menu yang mereka usahakan. Antara menu-menu tersebut ialah mee goreng, bihun goreng, koay teow goreng, mee rebus, pasembur, laksa dan nasi lemak ayam goreng.

simple je warung pak din ni...
simple je warung pak din ni...

Senarai menu Warung Pak Din
Senarai menu Warung Pak Din
Aku order mee goreng di Warung Pak Din ni dan tapau mee rebus dengan pasembur. Mee goreng sedap gak arrr...Makanan yang tapau tak sempat nak snap, dah rembat sampai lincin baru teringat nak snapπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
mee goreng
mee goreng
Lokasi Warung Pak Din:

GPS Koordinat: 5°25'08.7"N 100°32'16.3"E atau 5.419092, 100.537854

Restoran Kapitan, Lunas Kedah

 Restoran mamak di Lunas, Kedah, korang boleh terjah di Restoran Kapitan. Biasanya kalau orang datang sini, selalunya akan order roti nan, tandoori atau yang seangkatan dengannya. Kapitan ni beralamat di no 28, Jalan Saujana 2, Taman Industri Saujana, 09600 Lunas, Kedah.

Kapitan Lunas
Kapitan Lunas

Kapitan Lunas
Kapitan Lunas
kalau korang nak makan nasi kandar pun ada juga. makanan yang goreng-goreng pun ada. Cuma masalah di sini kalau kita datang duduk kat meja, nak tunggu diorang ambil order punya la lama. Pekerja ramai, tapi tak layan customer yang datang. Boleh naik angin oooo.... masa aku datang ni pun ada orang dah naik angin... pelayan asyik main henpon jer...
tandoori set
tandoori set

kari kambing boleh cicah dengan roti nan
kari kambing boleh cicah dengan roti nan

nak makan nasi kandar pun ada
nak makan nasi kandar pun ada
Kalau nak tengok menu-menu lain yang ada di kapitan ni, boleh rujuk senarai menu seperti di bawah ni.
senarai menu kapitan
senarai menu kapitan

senarai menu kapitan
senarai menu kapitan
Jika berhajat untuk makan di restoran kapitan ni, boleh cari di Lunas, Kedah atau pun korang boleh guna gps koordinat dan google map seperti di bawah ni.
GPS koordinat : 5°25'53.7"N 100°32'56.0"E atau 5.431582, 100.548875
 

Kari kepala ikan terbaik di Rumah Makanan Pak Long, Lunas Kedah

Rumah Makanan Pak Long, Lunas Kedah
ruang makan yang luas dan pelbagai pilihan hasil laut untuk dimasak
Tempat yang terbaik untuk merasai keenakkan kari kepala ikan di Lunas, Kedah, korang kena cari Rumah Makanan Pak Long. Korang jangan rasa pelik plak ek...bunyi  macam rumah ibadat kan...hahahhaha. Tapi Rumah Makanan Pak Long adalah restoran makanan macam restoran yang lan-lain. Landmark paling mudah nak cari adalah stesen minyak petron Lunas. Rumah Makanan Pak Long ni betul-betul berada disebelah stesen minyak petron ni. Selain menu utama kari kepala ikan, menu lain yang juga mendapat tempat dihati pelanggan adalah mee udang. Tapi untuk kali ni, aku just nak makan kari kepala ikan je. Mee udang lain kali....kuikuikui.. Yang lagi best, ikan kita boleh pilih sendiri yang fresh. Ada banyak pilihan ikan yang ada. Kalau bajet besar boleh pilih yang mahal sikit. Untuk selera aku kali ni, aku pilih ikan bawal untuk dibuat kari dan sotong untuk sotong goreng tepung. Untuk sayur, aku pilih kailan ikan masin dan cendawan goreng. Kari ikan bawal yang aku order memang terbaik, sedap beb! Lagi satu sotong goreng tepung pun memang terbaik, sangat ranggup...lain sikit dari sotong goreng tepung dengan restoran lain yang dah pernah makan, tapi sangat sedap. Begitu juga dengan sayur, sedap dan lazat.....


kari bawal

sotong goreng tepung

kailan ikan masin

cendawan goreng
Gambar-gambar di atas hanya menu selera aku je....yang penting korang kena order kali kepala ikan. Menu lain, ikut suka korang la nak makan apa. Nak tahu menu-menu lain yang ada di Rumah Makanan Pak Long ni, korang boleh tengok buku menu seperti di bawah. Maaf kalau tak berapa jelas.
menu-menu makanan Rumah Makanan Pak Long

kalau nak menu western food pun ada jugak
Lokasi Rumah Makanan Pak Long di Lunas Kedah ni, macam aku dah cakap tadi bersebelahan stesen minyak petron, korang boleh juga guna gps koordinat dan google map seperti di bawah jika korang nak datang ke sini.
gps koordinat Rumah Makanan Pak Long : 5°24'44.0"N 100°32'40.7"E