Streeto Pizza ni nak lawan Pizza Huts ke?? Jom try Streeto Pizza pulak!

 Pizza Huts branding diorang dah memang mantap. Boleh dikatakan semua rakyat Malaysia tahu dan kenal pizza hut. Posting ni aku nak bagitau korang ada lagi restoran yang seakan-akan pizza huts yang boleh korang try plak iaitu Streeto Pizza.

Restoran Streeto Pizza yang aku terjah ni dekat dengan Taman Pauh Jaya, Permatang Pauh. Kebetulan pulak restoran Streeto Pizza ni dekat-dekat je dengan restoran pizza huts. Jadi korang try la masuk makan dua-dua sekali, senang nak compare mana yang lagi power..hahaha

Restoran Streeto Pizza
Restoran Streeto Pizza

Restoran Streeto Pizza
Restoran Streeto Pizza
Ada banyak jenis pizza yang korang boleh try makan di streeto pizza ni. Selain menu pizza yang osem, streeto pizza ni ada juga menu western yang lain. Jadi takde la korang makan pizza jer kan. Ada juga menu yang style set, ala-ala macam pizza hut tu.

Aku pilih menu set, Family Combo. Dalam Family Combo ni, ada pizza hawaiian chicken large, pepperoni beef large, 2 fries, mushroom soup dan sebotol besar air coke. Aku tambahan spaghetti chicken grill satu.

pepperoni beef large
pepperoni beef large

spaghetti chicken grill
spaghetti chicken grill

2 fries
2 fries

hawaiian chicken large
hawaiian chicken large

mushroom soup
mushroom soup
Manakala air selain dari sebotol besar air coke, aku order gak arrr air lain. Banyak gak la menu air yang sempoi-sempoi. Tapi aku pilih yang biashe-biashe jer.
air tambahan selain sebotol besar air coke
air tambahan selain sebotol besar air coke
Kalau nak tau jenis pizza yang ada di streeto pizza ni, boleh tengok dalam gambar dibawah ni. Pizza cheicken chop pun ada ooooo....
jenis-jenis pizza yang ada di streeto pizza
nis-jenis pizza yang ada di streeto pizza

pizza chicken chop
pizza chicken chop
Korang boleh la cuma makan pizza ni plak. Restoran streeto pizza ada ada cawangan-cawangan diorang. Yang aku datang ni terletak di Taman Pauh Jaya, Permatang Pauh Pulau Pinang. Alamat lengkap adalah no 19, Lorong Pauh Jaya 1/2, Taman Pauh Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang.

Kalau nak datang ke sini, aku sertakan untuk korang gps koordiant dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat : 5°22'15.3"N 100°24'54.6"E atau 5.370914, 100.415169


No comments:

Post a Comment