Khasiat buah tomato untuk kesihatan

 
Kebiasaannya kita di saran makan tomato untuk dapatkan kulit yang cantik. Tapi kan, tomato ni secara umumnya memang ada lebih banyak khasiat yang bagus. 

Jom baca 👇👇

1. Untuk Kencing Manis 
Kandungan Karbohidrat dalam tomato sangat rendah maka ia baik untuk pesakit diabetes. Tomato dikatakan sangat berkesan dalam mengawal peratusan gula di dalam air kencing pesakit diabetes. 

2. Baik Untuk Mata 
kerana kaya dengan vitamin A. Malah tomato amat bermanfaat untuk kesihatan mata khususnya rabun malam,  rabun jauh serta penyakit-penyakit mata lain akibat kekurangan vitamin. 

3. Untuk Obesiti 
Tomato sangat berguna dalam rawatan obesiti. Makanlah satu atau dua biji tomato ranum pada awal pagi tanpa sarapan selama 2 bulan.
Tomato mengandungi lemak rendah serta tiada kolesterol, menjadikan ianya berkhasiat untuk dimakan. Turut mengandungi banyak air serta serat yang mampu untuk mengenyangkan perut. 
Tambahkan tomato dalam menu harian. Tingkatkan kreativiti, masak menu berlainan supaya tak bosan. 
Jika korang sedang dalam pelan kuruskan badan, ambil lah tomato sebagai snack bila terasa lapar.
Ini lah kaedah selamat untuk mengurangkan berat badan. Pada waktu yang sama, ia membekalkan elemen-elemen makanan penting untuk kekal sihat.

4. Untuk Gangguan Usus dan Hati 
Minum segelas penuh jus tomato segar. Campur dengan secubit garam dan lada sulah. 
Minum pada awal pagi. 
Ini petua berkesan untuk kurangkan mabuk wanita mengandung, merawat masalah berkaitan hempedu, hati dan jaundis. 
Juga berkesan merawat masalah penghadaman, angin dalam usus dan sembelit. 

5.  Untuk Gangguan Pernafasan Sebelum tidur. 
Makan tiga ulas bawang putih. Kemudian minum segelas penuh jus tomato segar yang telah dicampurkan madu dan secubit serbuk pelaga. 
Ini merupakan petua berkesan merawat TB dan jangkitan paru-paru. Ia meningkatkan pertahanan tubuh dan menghalang penolakan serta percampuran ubat-ubatan yang sering berlaku pada pesakit TB. 
Bagi pesakit lelah, rawatan ini mampu melegakan rasa sesak di dalam bronkiol dan pengeluaran mukus (lendir) melampau serta kejang. 

6. Ibu yang menyusukan bayi 
digalakkan makan produk berasaskan tomato (atau tomato yang dimasak). 
Ini boleh meningkatkan kandungan likopena di dalam susu ibu. Sekaligus sangat baik untuk kesihatan bayi.

👉 Tip Memilih TOMATO

i) - untuk yang paling berkhasiat  - kena pilih tomato yang paling merah ranum. 

ii) Untuk yang lebih sedap - rendamkan beberapa biji tomato di dalam air. Yang tenggelam itu lebih sedap berbanding yang terapung, sebab yang tenggelam itu mengandungi lebih banyak kandungan gula. 

Okey, semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment