1

2

3

4

Showing posts with label Kapitan. Show all posts
Showing posts with label Kapitan. Show all posts

Makan Roti Naan yang sedap di Kapitan Signature, Bandar Sunway Seberang Jaya

 

Kapitan Signature, Bandar Sunway Seberang Jaya
Kapitan Signature, Bandar Sunway Seberang Jaya

cantik gak deko-deko dalaman
cantik gak deko-deko dalaman
Kalau nak makan roti naan yang padu, korang boleh datang ke restoran Kapitan Signature ni yang terletak di Bandar Sunway Seberang Jaya, Pulau Pinang. Kalau nak order, better korang order yang set sebab set ni bersekali dengan ayam tandoori. Ayam tandoori pun padu beb... Jadi sebab aku datang satu family, aku try la beberapa set roti naan ni. Aku pilih cheese naan set, cheese naan garlic set dan juga cheese naan (bukan set).
cheese naan
cheese naan

cheese naan garlic set
cheese naan garlic set

cheese naan set
cheese naan set
Anak aku suka betul makan cheese naan ni.. Rasanya dah 2-3 kali dah datang kapitan ni..hahahaha. Selain roti naan, korang boleh try juga briyani set di Kapitan ni. Set Briyani ni yang beberapa set yang korang boleh pilih, ada ayam dan ada kambing. Tapi kali ni aku pilih claypot chicken briyani. Nampak cam simple je, tapi padu!
claypot chicken briyani
claypot chicken briyani
Minuman plak di Kapitan Signature ni ada menu rare yang jarang ada dekat restoran lain, antranya adalah Turkish Tea, Sulemani Tea, Masala Tea dan ofcoz Teh Terik kaw punya... Aku pilih Masala Tea dan juga Teh Tarik di samping satu menu biasa bandung ais...
Masala Tea dan Bandung Ais
Masala Tea dan Bandung Ais

Teh Tarik
Teh Tarik
Kalau korang nak tengok menu-menu yang lain, boleh tengok dalam gambar-gambar dibawah ni. Maaf tak berapa nak clear sebab faktor cahaya terang sangat hihihihi....



 

 


 


 


 


 


 

 


 

Kalau nak datang ke Kapitan Signature ni, boleh boleh cari di bandar Sunway Seberang Jaya atau korang boleh saja guna gps koordinat dan google map seperti di bawah ni.

GPS koordinat: 5°23'51.3"N 100°23'59.8"E atau 5.397581, 100.399948

Kapitan Tanjung Tokong berdekatan dengan TESCO

Kapitan Tanjung Tokong
Kapitan Tanjung Tokong 

Cawangan Kapitan Tanjong Tokong ni bertentangan dengan pasaranya TESCO. Kapitan ni, macam-macam makan ada. Nasi makan nasi kandar ada, nak makan roti nan pun ada. nasi briyani dan sebagainya.
Kapitan ni buka 24 jam. Masa aku datang ni pun dalam malam. Jadi aku just makan roti cheese naan dan set tandoori ayam saja.
set tandoori ayam
set tandoori ayam

cheese naan
cheese naan

cheese naan
cheese naan
Roti naan kapitan ni sedap arr... korang boleh try la kalau datang Kapitan ni. Selain tu korang boleh try menu-menu lain yang ada di sini seperti dalam menu di bawah.
menu kapitan
menu kapitan

menu kapitan
menu kapitan
Jika nak datang ke sini, cari saja tesco Tanjong Tokong. Kapitan ni ada di area Tesco. Bukan dalam Tesco tau.. tapi bertentangan dengan Tesco. Juga boleh je guna terus gps koordinat dan google map.
GPS koordinat : 5°27'29.4"N 100°18'35.8"E atau 5.458167, 100.309955


Restoran Kapitan, Lunas Kedah

 Restoran mamak di Lunas, Kedah, korang boleh terjah di Restoran Kapitan. Biasanya kalau orang datang sini, selalunya akan order roti nan, tandoori atau yang seangkatan dengannya. Kapitan ni beralamat di no 28, Jalan Saujana 2, Taman Industri Saujana, 09600 Lunas, Kedah.

Kapitan Lunas
Kapitan Lunas

Kapitan Lunas
Kapitan Lunas
kalau korang nak makan nasi kandar pun ada juga. makanan yang goreng-goreng pun ada. Cuma masalah di sini kalau kita datang duduk kat meja, nak tunggu diorang ambil order punya la lama. Pekerja ramai, tapi tak layan customer yang datang. Boleh naik angin oooo.... masa aku datang ni pun ada orang dah naik angin... pelayan asyik main henpon jer...
tandoori set
tandoori set

kari kambing boleh cicah dengan roti nan
kari kambing boleh cicah dengan roti nan

nak makan nasi kandar pun ada
nak makan nasi kandar pun ada
Kalau nak tengok menu-menu lain yang ada di kapitan ni, boleh rujuk senarai menu seperti di bawah ni.
senarai menu kapitan
senarai menu kapitan

senarai menu kapitan
senarai menu kapitan
Jika berhajat untuk makan di restoran kapitan ni, boleh cari di Lunas, Kedah atau pun korang boleh guna gps koordinat dan google map seperti di bawah ni.
GPS koordinat : 5°25'53.7"N 100°32'56.0"E atau 5.431582, 100.548875
 

Makan roti nan cheese ayam tandoori di Kapitan, Jalan Chulia, George Town, Pulau Pinang

Roti nan cheese ayam tandoori

nan cheese
Satu lagi restoran  Kapitan yang korang boleh pergi makan ada restoran Kapitan di Jalan Chulia, George Town Pulau Pinang. Aku kat sini datang nak makan roti nan cheese jer. Sebenarnya ada macam-macam lagi makanan di sini. Ada nasi kandar, nasi briyani dan lain-lain lagi lah. Nak cakap roti nan cheese ayam tandoori yang aku makan ni sedap. Tu jer...hhehe
restoran Kapitan, Jalan Chulia, George Town, Pulau Pinang

lebih kurang macam ni la dalam kapitan chulia nih
Kepada yang nak datang sini, boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah:
gps koordinat : 5°24'58.2"N 100°20'18.9"E atau 5.416165, 100.338583

Restoran Kapitan, Bayan Bays, Queensbay. Bayan Lepas Pulau Pinang

Nasi kandar restoran Kapitan
Penat berjalan-jalan dan Queenbays Mall, kalau nak makan nasi kandar, kena keluar sikit dari Queensbay Mall sebab restoran kapitan ni berada betul-betul bertentangan dengan Queensbay Mall ni. Dalam Mall tu takde la nasi kandar.. nak makan fastfood banyak la. Restoran Kapitan ni dibuka 24 jam dan sentiasa ramai orang. Biasanya orang akan order nasi briyani claypot. Depa kata sempoi....
lauk-lauk nasi kandar

Restoran Kapitan

Restoran Kapitan
Ada banyak juga menu-menu lain selain nasi kandar yang korang boleh cuba. Lagi satu yang sempoi, korang boleh try roti naan ayam tandoori. Sedap gak arrr... Kalau ambil roti naan cheese, lagi sempoi.
roti naan ayam tandoori
Kepada yang nak ke sini aku sertakan alamat diorang, gps diorang...kalau tak cukup juga, aku selit sekali google map sebagai panduan dan rujukan korang.
Restoran Kapitan
89-G Persiaran Bayan Indah
11900 Bayan Lepas, Penang
gps koordinat : 5°20'02.3"N 100°18'27.1"E atau 5.333965, 100.307530

Bersarapan pagi di Kapitan Bandar Perda, Pulau Pinang

Sekiranya korang berada disekitar Bandar Perda, Pulau Pinang waktu pagi dan tengah mencari-cari sarapan pagi, korang boleh cuba di Kapitan Perda ni. Standard biasanya orang nak makan roti canai kan. Pagi-pagi nak parking kawasan ni pun senang. MPSP tak operasi lagi la kot pagi-pagi...staf depa pun tengah cari breakfast...hihihihi..(ni andaian aku saja)...kalau kena saman, jangan marah aku ek..kui kui kui...
Kapitan Bandar Perda, Pulau Pinang
So, untuk sarapan aku pagi tu, aku pilih untuk makan capati dan tosei. Capati dan tosei ni kat kedai melayu jarang ada. Kalau roti canai tu bersepah la. Sedap juga la bagi aku sekali-kali makan makanan yang jarang-jarang kita makan ni. Minum standard la kalau restoran kapitan/mamak, mesti order teh tarik tapi tak boleh minum selalu takut kena potong kaki plak nanti.
capati dan tosei

teh tarik
Selain tu, aku tengok kalau nak makan nasi pagi-pagi pun dah ada, sebab dah ada pun pelbagai lauk kat bahagian nasi kandar. Aku tak pasti diorang dah ready untuk menu nasi or just baru nak setup. Tapi yang pasti lauk dah ada. Tak caya tengok gambar di bawah ni....
pelbagai lauk yang ada
Lokasi kapitan Bandar Perda ni, macam aku cakap tadi la kan, kat Bandar perda. Secara spesifik boleh guna gps koordinat dan juga boleh rujuk google map seperti di bawah:
gps koordinat kapitan perda : 5°22'05.6"N 100°26'12.6"E

Mamak kapitan pasaraya besar Mydin Bukit Mertajam, Jalan Baru Perai

Kapitan ni beroperasi di dalam Mydin Bukit Mertajam. Jangan korang cari Mydin ni kat Bukit Mertajam ek. Nama Mydin ni Mydin Bukit Mertajam, tapi lokasi bukan di Bukit Mertajam...Mydin ni di Jalan Baru Perai. Dah puas korang shopping kat mydin tu, nak isi perut boleh turun ke food court mydin ni. Kat situ la ada si kapitan ni. Standard kedai mamak la, macam-macam ada...order saja....ok itu saja aku nak habaq kat hampa semua. Tak tau Mydin ni kat mana? korang boleh guna gps koordinat dan juga google map yang aku dah sediakan seperti di bawah ni:
gps koordinat : 5°22'05.4"N 100°24'53.1"E