Western food (makanan barat) di Pallet Cafe Sungai Petani

Restoran Pallet Cafe di tingkat atas. Tingkat bawah tu restoran cina

deko dalam restoran Pallet Cafe
Restoran Pallet Cafe, no 162 Tingkat 1, Jalan Lagenda 6, Lagenda Heights, 08000 Sungai Petani, Kedah. 
Itu adalah alamat lengkap restoran Pallet Cafe ni. Bila korang sampai di lokasi ni, terus naik ke tingkat 1. Tingkat bawah tu restoran cina. Buka bermula dari pukul 12 tengahari hinggan 11 malam. Beroperasi setiap hari kecuali pada hari Rabu. Rabu tutup.
Nama restoran ni pun Pallet Cafe kan... so deko dalam restoran ni pun menggunakan pallet juga lah. Nampak cantik dan rare sikit dari restoran-restoran yang lain.
Dari segi menu makanan pula, banyak pilihan untuk korang nak makan. Kat bawah ni ada menu lengkap restoran Pallet Cafe ni. Boleh pilih dulu sebelum nak datang. Menu-menu tu pun diorang yang bagi kat aku.






Daripada menu-menu tu, aku pilih untuk makan cabonara chicken, beef burger, blackpepper grill chicken, nasi goreng seafood, hot latte dan ice cuppucino. Yang lain-lain korang order sendiri. Takat tu jer bajet aku...hihihihi.
cabonara chicken

blackpepper grill chicken

beef burger

nasi goreng seafood

hot latte

ice cuppucino
Kalau korang nak datang sini, boleh guna alamat yang aku dah bagi tu. Kalau masih blur nak guna alamat tu, aku sertakan juga di sini gps koordinat restoran Pallet Cafe ni dan juga google map sebagai panduan dan rujukan korang.
gps koordinat : 5°39'34.4"N 100°30'02.1"E atau 5.659547, 100.500577

1 comment:

  1. permisi min numpang share ya:)
    DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :)
    :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...