1

2

3

4

Showing posts with label makanan barat. Show all posts
Showing posts with label makanan barat. Show all posts

Makan western food di Kafe KK92, Bertam Kepala Batas

Kafe KK92, Bertam Kepala Batas
Kafe KK92, Bertam Kepala Batas
Kafe KK92 ni sesuai la kepada peminat makanan barat a.k.a western food. Mungkin korang boleh jadikan Kafe KK92 ni sebagai salah satu restoran pilihan untuk makanan western food di area Kepala batas ni. Kafe KK92 buka setiap hari bermula jam 2 petang hingga 10malam dan tutup pada hari Ahad.
dalam Kafe KK92
dalam Kafe KK92

antara menu kopi di Kafe KK92
antara menu kopi di Kafe KK92
Selain western food, ofcoz la di sini wajib ada menu kopi, nama pun kafe kan... jadi peminat tegar kopi pun boleh terjah ke sini. Cuba la try rasa padu ke tak kopi di sini.. Hanya peminat kopi sebenar yang tahu menilai..hihi

Menu yang aku makan di Kafe KK92 ni, korang boleh tengok dalam gambar di bawah ni.

iced mocha
iced mocha

spaghetti bolognese
spaghetti bolognese

beef burger
beef burger

spaghetti risole
spaghetti risole

chicken parmigiana
chicken parmigiana
Kepada yang nak makan di Kafe KK92 ni, korang boleh cari di Bertam Kepala Batas, Pulau Pinang atau pun korang boleh je guna gps koordinat dan google map seperti di bawah ni.

GPS koordinat:5°31'01.9"N 100°26'55.1"E atau 5.517205, 100.448644

Makan western food di Restoran Overstepped Cafe, Sungai Petani, Kedah

Restoran Overstepped Cafe, Sungai Petani
Restoran Overstepped Cafe, Sungai Petani
 Peminat makanan ala-ala barat ataupun depa panggil western food, boleh la nak cuba makan di restoran Overstepped Cafe yang terletak di Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Restoran ni kat tingkat 1. Tingkat bawah ada kedai jual barang-barang untuk buat kek.

Makanan sedap dan sempoi-sempoi dok ada..tak ranjau punya kat hampa. Ada banyak menu best-best yang ampa kena cuba. Kalau nak makan makanan korea pun depa ada jual. Nasi lemak pun ada jugak, tapi ala-ala hipster la sikit..

Restoran Overstepped Cafe ni buka dari hari Selasa hingga Ahad bermula pukul 12 tengahari sehingga jam 12 tengah malam. Depa cuti hari Isnin. Toksah dok mai la hari Isnin, depa katup kedai..

keadaan dalaman overstepped cafe
keadaan dalaman overstepped cafe

stesen depa buat ayaq dgn kaunter bayaran
stesen depa buat ayaq dgn kaunter bayaran
Masa aku mai ni, kira masa kerajaan benarkan untuk dine-in dalam restoran...sebelum ni lockdown pasai isu covid19. Jadi ada SOP sikit la bila nak masuk dalam restoran ni kan... takda masalah selagi dapat jadi SOP, perut pun terjaga secara automatik..hihihi..
Ada surau juga disediakan untuk para pengunjung yang menjaga solat depa macam pak aji... Berikut adalah menu-menu yang ada di overstepped cafe yang aku sempat snap untuk ampa uhsar tengok kot-kot terliuq...
menu 1: Overstepped Cafe
menu 1: Overstepped Cafe

menu 2: Overstepped Cafe
menu 2: Overstepped Cafe

menu 3: Overstepped Cafe
menu 3: Overstepped Cafe

menu 4: Overstepped Cafe
menu 4: Overstepped Cafe

menu 5: Overstepped Cafe
menu 5: Overstepped Cafe

menu 6: Overstepped Cafe
menu 6: Overstepped Cafe
Tak lupa juga, menu makanan ala-ala korea pun ada. Peminat-peminat Kpop dan drama korea mesti aku ambil menu ni... aku kompiden 100%, kasi kerat jari punya...
menu makanan korea
menu makanan korea
Daripada menu-menu tersebut, aku pilih makanan seperti kat bawah ni. Ampa jangan terkejut sebab ada menu makanan korea! Bini aku order, peminat drama korea!
air carrot susu dan freddo
air carrot susu dan freddo

chicken cheese carbonara
chicken cheese carbonara

oriental chicken chop
oriental chicken chop

BBQ chicken pizza
BBQ chicken pizza

korean ramen + chicken wing
korean ramen + chicken wing

ribeye steak
ribeye steak
Tu yang aku order kat sini. Ampa boleh pilih la mana yang ampa rhasa nak makan. Kalau tak tau kat mana restoran ni, aku sertakan di bawah gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan ampa semua...
GPS koordinat : 5°40'22.4"N 100°30'23.8"E atau 5.672895, 100.506609

Makan Western food di Pallet Cafe, Sungai Petani

 Lama tak keluar rumah masa lockdown ni, lagi-lagi tak boleh rentas negeri, ditambah pulak tak boleh nak dine-in dekat kedai makan, maka blog ni pun terus mendapat kesan...awat taknya, dah tak boleh nak buat food hunter, takde la posting kedai-kedai makan yang aku dok terjah.

Sekarang dah boleh rentas negeri dan juga boleh dine-in, slow-slow la aku start balik misi terjah kedai makan. Jadi, kali ni aku nak bagitau hampa semua aku dah dine-in ke satu kedai western food yang terletak di Sungai Petani. Restoran western food ni depa panggil Pallet Cafe. Walaupun sebenarnya aku dah pernah buat posting pasal Pallet Cafe ni (klik sini), tapi aku nak juga wat posting lagi sekali pasai pallet cafe ni...lama tak menaip kannn... lepas geram sikit...

Kalau korang nak tengok menu-menu yang ada di Pallet Cafe ni, boleh refer posting aku yang lepas pasai Pallet Cafe ni. Untuk kali ni aku nak habaq kat hampa semua yang aku makan western food seperti dalam gambar di bawah ni. Semuanya sedap dan sempoi-sempoi belaka bak ang!

grilled lamb pasta
grilled lamb pasta

spaghetti meatball beef
spaghetti meatball beef

grilled lamb shoulder
grilled lamb shoulder

carbonara beef bacon
carbonara beef bacon

ice cappucino
ice cappucino

mocha freddo
mocha freddo
Sekali lagi kalau korang nak tahu lokasi Pallet Cafe ni dimana? Boleh buka balik posting lama aku pasai Pallet Cafe ni (KLIK SINI). Kat situ aku dah letakkan gps koordinat dan google map untuk rujukan korang.

Jom kita ke cafe BIGGY & THE AHLI KOPI, Sungai Petani

 Satu lagi cafe yang menyediakan makanan western yang sedap dan sempoi. Bukan sekadar sempoi tapi sempoi baq hang! hihihi. Semua tu korang boleh dapat di cafe Biggy & The Ahli Kopi yang terletak di Sungai Petani, Kedah.

BIGGY & THE AHLI KOPI, Sungai Petani
BIGGY & THE AHLI KOPI, Sungai Petani

ruang dalam BIGGY & THE AHLI KOPI yang klasik
ruang dalam BIGGY & THE AHLI KOPI yang klasik
Di tambah pula dengan deko dalaman yang mengetengahkan suasana klasik bangunan lama serta dilengkapi dengan penyaman udara menambhakan lagi keselesaan kepada para pelanggan.

Cara order pun lain sikit dari kebiasaan. Korang kena pilih order atas kertas list menu yang disediakan atas meja. Kemudian bawa list ke kaunter bayaran, hantar list tersebut dan bayar terus. Nyatakan no meja, lepas tu tunggu je makanan sampai ke meja korang.


menu BIGGY & THE AHLI KOPI
menu BIGGY & THE AHLI KOPI


menu BIGGY & THE AHLI KOPI
menu BIGGY & THE AHLI KOPI

menu BIGGY & THE AHLI KOPI
menu-menu BIGGY & THE AHLI KOPI
Buku menu pun dah nampak rare kan. Banyk makanan yang best. Nanti korang boleh la nak cuba. Aku pilih untuk makan Nasi Goreng Ahli Kopi, Mamak Fried Mee, Fried Koay Teow Penang Style, Spaghetti Meatball Bolognese, Creamy Carbonara Linguini, Crispy Nachos, cheese tart dan RV tart. Minum pula aku try Kopi Jalan Patani dan Milo Cold.
cheese tart dan RV tart
cheese tart dan RV tart

Kopi Jalan Patani dan Milo Cold
Kopi Jalan Patani dan Milo Cold

Creamy Carbonara Linguini
Creamy Carbonara Linguini

Fried Koay Teow Penang Style
Fried Koay Teow Penang Style

Crispy Nachos
Crispy Nachos

Mamak Fried Mee
Mamak Fried Mee

Nasi Goreng Ahli Kopi
Nasi Goreng Ahli Kopi

Spaghetti Meatball Bolognese
Spaghetti Meatball Bolognese
Semua yang aku makan tu, semuanya sedap-sedap belaka. Sedap Baq Hang! Mai le singgah Biggy & The Ahli Kopi ni. Ruang dalam cafe ni nampak kecil kan, tapi korang jangan risau, ada banyak meja di luar disediakan.
Kepada yang nak datang ke Biggy & The Ahli Kopi ni, korang boleh cari di alamat  No 1, Jalan Patani, Taman Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah. Atau korang just guna je gps koordinat dan google map seperti di bawah ni.
GPS koordinat : 5°38'28.2"N 100°29'14.5"E atau 5.641173, 100.487366

The Table & Co Cafe, Carnarvon Street, George Town, Pulau Pinang


The Table & Co Cafe
The Table & Co Cafe

 Makan santai-santai western food di The Table & Co Cafe di Carnarvon Street, George Town, Pulau Pinang memang sangat ohsem dan sedap.
The Table Cafe ni takde la besar sangat. Diorang menggunakan sepenuhnya ruang dua tingkat bangunan tersebut untuk dijadikan cafe. 
Walaupun kecil je ruang cafe ni, namun ia tidak menghalang orang ramai untuk terus datang ke The Table & Co Cafe ni.
Seperti biasa, jika restoran dekat area macam ni di Goerge Town, parking memang agak mencabar sikit. Tapi bagi korang yang tak kedekut, ada parking berbayar dekat je dengan The Table & Co Cafe ni. Sekali entry RM5. tapi kalau yang jenis berkira sikit, korang berusaha la cari parking disekitar area tersebut.
bahagian tingkat bawah The Table & Co Cafe
bahagian tingkat bawah The Table & Co Cafe

bahagian tingkat atas The Table & Co Cafe
bahagian tingkat atas The Table & Co Cafe
Dari segi menu pula, The Table & Co Cafe menyediakan pelbagai menu western yang menarik dah sedap. Menu yang simple je, menu santai-santai. Menu yang The Table & Co Cafe sediakan boleh rujuk seperti dalam senarai menu di bawah ni.
Senarai menu makanan The Table & Co Cafe
Senarai menu makanan The Table & Co Cafe

Senarai menu minuman The Table & Co Cafe
Senarai menu minuman The Table & Co Cafe

Dalam banyak menu tu, aku cuba menu The Table Platter, spaghetti carbonara, rainbow cake, classic chocolate ais, mocha ais dan Rasa Mango.
The Table Platter
The Table Platter
rainbow cake
rainbow cake

spaghetti carbonara
spaghetti carbonara

classic chocolate ais dan Rasa Mango.
classic chocolate ais dan Rasa Mango.

Memang padu dan sedap. So, aku rekomen kat korang untuk singgah ke The Table & Co Cafe ni yang terletak di No 27, Lebuh Carnarvon, George Town, Pulau Pinang. Bagi yang tak biasa dengan jalan di Goerge Town ni, boleh rujuk terus gps koordinat dan google map seperti di bawah ni.

GPS koordinat : 5°25'01.9"N 100°20'09.8"E atau 5.417197, 100.336059