Nasi Kandar Jamal Mohamed, Butterworth Pulau Pinang

Nasi Kandar Jamal Mohamed

lauk-lauk nasi kandar, kuah mesti mau campur
Nasi Kandar Jamal Mohamed, 4846 Jalan Kampung Benggali, Kampung Benggali, 1200 Butterworth, Pulau Pinang. Tu alamat lengkap aku bagi Nasi Kandar Jamal Mohamed ni. Dekat sebelah tanah besar ni, restoran ni kira mendapat sambutan jugak la. Biasa yang lagi padu nasi kandar yang sebelah pulau tu. Nasi kandar Jamal Mohamed kira nasi kandar turun temurun la. Resepi yang diwarisi.
nasi kandar ayam masak hitam, bendi rebus
Yang menariknya, restoran jamal mohamed ni sebenarnya adalah owner nasi kandar pokok ketapang yang famous tu. Cuma yang nasi kandar pokok ketapang ni buka bermula 11 malam. Lokasi pokok ketapang tu hanya 100m dalam restoran jamal mohamed tu. Lain kali kalau berkesempatan aku datang review yang pokok ketapang ni pulak.
Untuk ke sini, selain alamat yang aku dah bagi tu, korang boleh guna gps koordinat dan google map seperti dibawah.
gps koordinat : 5°24'36.7"N 100°22'19.8"E atau 5.410201, 100.372152

1 comment:

  1. permisi min numpang share ya:)
    DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :)
    :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...