Bihun Sup Simpang Tiga Selinsing, Semanggol, Perak

kedai makan Bihun Sup Simpang Tiga Selinsing
Kedai makan Bihun Sup ni terletak di Simpang Tiga Selinsing, Perak dalam mukim Gunung Semanggol. Kedai makan ni memang dah ada di situ dah berpuluh tahun. Pernah sekali kedai ni terbakar. Diorang bina balik atas tapak yang sama. Dikalangan orang tempatan, kedai bihun sup ni femes la. Kedai makan ni memang betul-betul dekat penjuru Simpang Tiga tu. Belakang Kedai, ada surau... surau tu pun memang legend gak la usia dia... tapi sekarang diorang dah upgrade... dah cantik surau tu.
mee sup

koay teow sup

bihun sup (yang aku order ni set untuk budak)
Walaupun nama kedai tu Kedai makan bihun sup Simpang Tiga, tapi menu sup lain pun ada jugak, macam koay teow sup, mee sup.. Sekarang ni pun diorang dah ada menu lain selain dari sup-sup. So aku try la gak mee goreng diorang. Mee goreng sedap!
mee goreng terbaik sodap!
Kepada yang nak ke sini, boleh terus ke Simpang Tiga Selinsing, Perak. Aku juga sediakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
gps koordinat : 4°56'13.9"N 100°38'21.8"E atau 4.937199, 100.639384

1 comment:

  1. permisi min numpang share ya:)
    DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :)
    :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...