Nasi Kandar To' Kandu, Permatang Pauh (dekat dengan Sekolah Kebangsaan Permatang To'Kandu)

Nasi Kandar To'Kandu, Permatang To'Kandu, Permatang Pauh
Restoran Nasi Kandar To'Kandu ni terletak di Permatang To' Kandu, Permatang Pauh Pulau Pinang. Landmark paling mudah nak cari adalah Sekolah Kebangsaan Permatang To' Kandu. Nasi Kandar Melayu ni, bukan mamak. Rare sikit la kan... jarang orang melayu buat restoran nasi kandar. 
Makanan semuanya style nasi kandar. Yaang paling aku suka ayam madu bawang diorang. Sedap beb. Korang pun kalau daang sini, wajib kena ambil ayam madu bwang nih. Ada juga tambahan gulai melayu yang aku tengok. Gulai melayu ni kalau kat restoran mamak memang takde la. Kiranya ada la sikit makanan kemelayuan kat nasi kandar to'kandu ni.
Add captionayam madu bawang terbaik

lauk-lauk nasi kandar

gulai-gulai melayu style
Nampak sedap tak semua tu? Sedapkan....feveret aku tu semestinya ayam madu bawang diorang tu. Terbaik sedap! Gambar bawah ni nasi kandar yang aku makan....kuah campur.
nasi kandar ayam madu bawang bendi rebus

nasi kandar ayam madu bawang sayur kacang panjang telur masin
Kepada yang nak cuba makan di sini, korang cari Sekolah Kebangsaan Permatang To'Kandu. Restoran ni ada dekat-dekat situ. Aku juga sediakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang.
gps koordinat nasi kandar to' kandu : 5°23'36.6"N 100°25'04.0"E atau 5.393487, 100.417775

1 comment:

  1. permisi min numpang share ya:)
    DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :)
    :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...