Orang Malaysia memang suka makan! Pelbagai jenis makanan terdapat di Malaysia. Hotel, restoran, kedai makan, warung, mamak, pasar malam, pendek kata makanan di mana-mana. Hanya sediakan duit sahaja, yang lain biarkan mulut menikmati, perut menghadami dan otak mentafsir tahap kesedapan sesuatu makanan. Ayuh kita menyusuri kota-kota, kampung-kampung mencari keunikan makanan rakyat Malaysia secara total.
sambil makan roti canai, boleh layan permandangan sawah padi
Warung roti canai, Kampung Parit 1, Jalan Gula, Simpang Empat Semanggol
Warung roti canai ni agak ke dalam sikit dari jalan besar, Jalan Gula. Landmark jalan untuk masuk ke laluan ke warung ni adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Mudzaffar Shah. Bila jumpa sekolah tu, korang kena alert la untuk masuk kelaluan ni.. Ni laluan jalan sawah pagi (jalan tali air), tapi jalan dah bertar, cuma kalau berselisih kereta tu mencabar gak laπ
akak penebar roti canai
roti canai gemul-gemuk
Korang boleh beli bungkus atau boleh je terus makan di warung ni. Warung ni cuma ada roti canai je la.. takda menu lain.. Kalau makan di warung ni, boleh la layan suasana pagi sawah padi..Boleh juga namapak gunung semanggol dari sini...
permandangan sawah padi, gunung semanggol, jalan tali air
Lokasi warung ni, boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah ni.
GPS koordinat: 4°56'50.8"N 100°37'16.5"E atau 4.947445, 100.621254
Terletak di Taman Semanggol Indah, Taman Seri Semanggol, 34400 Simpang Empat Semanggol, Perak menyediakan makanan bermula dari makanan untuk sarapan pagi, nasi campur untuk makan tengahari dan makanan goreng-goreng (mee goreng, nasi goreng,dll) untuk makan petang dan makan malam. Semua diaorang tapauπππ..
Satu-satunya kedai makan yang menjadi tumpuan di Simpang Empat Semanggol. Kedai makan lain mungkin jauh sikit. Lokasi restoran E Da ni betul-betul strategik, ditambah pula bersebelahan dengan surau, menjadi tempat lepak jemaah surau setiap kali lepas solat jemaah di surau.πππ
menu restoran E Da
pagi-pagi ada roti canai
makanan lain untuk sarapan
Aku singgah waktu petang, jadi makanan yan ada yang korang boleh makan, makanan yang goreng-goreng. Aku try mee goreng dengan mee goreng ja kat sini
megi goreng
mee goreng
GPS koordinat dan google map restoran E Da adalah seperti berikut:
GPS koordinat: 4°57'04.1"N 100°37'41.7"E atau 4.951141, 100.628262
Kedai makan Bihun Sup ni terletak di Simpang Tiga Selinsing, Perak dalam mukim Gunung Semanggol. Kedai makan ni memang dah ada di situ dah berpuluh tahun. Pernah sekali kedai ni terbakar. Diorang bina balik atas tapak yang sama. Dikalangan orang tempatan, kedai bihun sup ni femes la. Kedai makan ni memang betul-betul dekat penjuru Simpang Tiga tu. Belakang Kedai, ada surau... surau tu pun memang legend gak la usia dia... tapi sekarang diorang dah upgrade... dah cantik surau tu.
mee sup
koay teow sup
bihun sup (yang aku order ni set untuk budak)
Walaupun nama kedai tu Kedai makan bihun sup Simpang Tiga, tapi menu sup lain pun ada jugak, macam koay teow sup, mee sup.. Sekarang ni pun diorang dah ada menu lain selain dari sup-sup. So aku try la gak mee goreng diorang. Mee goreng sedap!
mee goreng terbaik sodap!
Kepada yang nak ke sini, boleh terus ke Simpang Tiga Selinsing, Perak. Aku juga sediakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
gps koordinat : 4°56'13.9"N 100°38'21.8"E atau 4.937199, 100.639384
Restoran Al-Jaffar ni satu-satunya restoran mamak yang ada di Simpang Empat Semanggol, Perak. Sebelum ni tidak pernah ada restoran mamak di kawasan kampung ni. Budak-budak kampung dah ada port untuk melepak malam-malam. Bukan saja budak-budak, orang tua pun ramai yang melepak. Tambahan pun restoran mamak Al-Jaffar ni ada layar TV besar. Hujung minggu mesti ramai orang layan game bola EPL. Masa season world cup lagi la meriah.
roti canai kuah banjir
Megi sup
Biasanya kalau nak melepak tu, diorang order yang light light je, macam roti canai or yang goreng-goreng. Teh tarik off course la selalu orang order, sinonim dengan kedai mamak teh tarik ni...
teh tarik
Restoran Al-Jaffar ni dekat deretan kedai Taman Seri Semanggol. Sebelah kedai mamak ni adalah kedai farmasi Semanggol. Dah sampai Simpang Empat semanggol, memang senang nak cari restoran Al-Jaffar, sebab takda dah restoran mamak lain kat sini...hahahahaha..
Pekan Rabu ni adalah pasar pagi sebenarnya. Lokasi Pekan Rabu ni adalah di Simpang Empat Semanggol, Perak. Penduduk tempatan panggil pasar pagi ni sebagai Pekan Rabu. Dalam seminggu, hanya sekali je ada iaitu pada setiap hari Rabu. Pekan Rabu ni memang boleh masuk dalam Malaysia book of record sebagai pasar pagi yang paling lama bertahan sehingga hari ni. Apa taknya, Pekan Rabu ni wujud sejak zaman mak aku kecil lagi. Mak aku pun tak tahu bila sebenarnya Pekan Rabu ni mula beroperasi. Mak aku sekarang ni umur dah 70++, maknanya Pekan Rabu ni lebih tua dari mak aku. Aku pun masa aku kecil-kecil memang suka pergi ke Pekan Rabu ni. Disebabkan Pekan Rabu ni hari Rabu, iaitu waktu sekolah, jadi terpaksa tunggu cuti sekolah untuk nak pergi ke Pekan Rabu ni. Memang excited kalau dapat pergi Pekan Rabu.
Yang bestnya di Pekan Rabu ni, kebanyakan peniaga adalah warisan turun-temurun. Dari bapak turun ke anak berniaga. Masa kecil-kecil aku tengok peniaga yang muda, sekarang bila aku berkesempatan untuk pergi ke Pekan Rabu ni, aku dapati peniaga yang sama, tapi dah tua, siap anak pun dah besar bantu bapak berniaga. Uniknya Pekan Rabu ni!
mee goreng, koew teow goreng Pak Ndak
Mee goreng Pak Ndak ni dari aku kecil sampai la dah beranak pinak sekarang ni, kalau datang je Pekan Rabu mesti aku beli mee Pak Ndak ni. Satu lagi makanan feveret aku di sini adalah pasembor...memang terbaik, dari dulu sampai sekarang sedap masih maintain. Cuba harga je berubah mengikut peredaran zaman. Bayangkan la aku beli pasembor masa kecil dulu dalam 60-70sen je..zaman mak aku kecil lagi la murah kan...sekarang harga dalam RM2-3 ringgit sebungkus. Itu la warisan berniaga turun termurun di Pekan Rabu....
Video kat bawah ni adalah sebahagian dari gambaran Pekan Rabu tahun 2018. Aku tak rakam setiap lorong la...Kalau korang ada video Pekan Rabu yang lama, yang legend, boleh la share di sini.
Lokasi Pekan Rabu Simpang Empat Semanggol, Perak ni, korang boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah. Tapi ingat ek, Pekan Rabu ni hanya ada pada hari Rabu dan waktu pagi sahaja.
GPS koordinat Pekan Rabu Simpang Empat Semangol : 4°57'04.0"N 100°37'40.6"E