RESEPI NASI AYAM

NASI AYAM
NASI AYAM

BAHAN:
  • 1 ekor ayam di potong 4(jangan buang kulit ayam)
  • Rebus ayam+air dalam periuk + bawang putih 5 ulas + halia sebesar ibu jari nak 2 yang ditumbuk kasar (pastikan ayam tenggelam)
  • Rebus hingga ayam betul-betul  masak..
  • Toskan dan simpan air rebusan ayam untuk masak nasi..sup..dan kicap.. Bahan kisar
  • 6 ulas bawang putih
  • Sebesar ibu jari halia
  • (tumbuk halus 2 bahan ini)
  • Sedikit kicap masin
  • Sedikit kicap manis
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit madu(madu jangan banyak sekadar 1-2 sdb sahaja)
Caranya:
  • Lumur ayam dengan bahan kisar..kicap masin..kicap manis dan sos tiram dan madu..perap selama 15-20mnt (cecair perapan jangan buang sbb nak buat sos kicap)
  • Goreng dalam minyak yang banyak...jangan goreng terlalu lama sbb ayam dah masak elok..sekejap jer..ayam tu pun sekali alih jer..(letak jer dalam minyak dalam 2-3 minit..terbalikkan..tunggu lagi 2-3 minit terus angkat..) 
BAHAN UNTUK NASI(guna beras biasa):
  • 4 cawan beras
  • 1/4 tin susu cair
  • Sedikit garam
  • 3-4 kuntum bunga lawang
  • 1/2 senduk minyak sapi atau marjerin
  • 1/2 senduk minyak masak
  • 2 cawan dan 3/4 cawan air rebusan ayam
  • 2 cawan air biasa
Bahan kisar:
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • Sebesar ibu jari halia

Blender semua bahan dengan sedikit air... Panaskan minyak dan minyak sapi dalam periuk atas dapur..masukkan bunga lawang...

masukkan bahan kisar kacau hingga naik bau...masukkan susu..bila susu dah mendidih masukkan beras..kacau sekejap..masuk air rebusan ayam+air biasa dan garam...angkat dan masukkan dalam periuk elektrik tunggu hingga betul-betul nasi masak dalam periuk elektrik baru di kacau guna senduk.. 

BAHAN SOS CILI:
  • 6 ulas bawang putih
  • 3 pcs cili merah(cili besar)
  • 15 pcs cili padi
  • 2 cawan air
  • Kisar semua bahan.. 2 sdb cuka
  • 4 sdb sos cili
  • 2 sdb gula
  • Sedikit garam

Masak semua bahan sos cili ayam dalam periuk tanpa minyak hingga agak pekat...   

BAHAN SOS KICAP:
  • cecair perapan ayam 
  • 2 cawan air rebusan ayam
  • 1 sdb membukit tepung jagung
  • Kicap masin
  • Kicap manis
(satukan kacau sebati..masak atas api hingga mendidih..(sentiasa kacau yer)dah mendidih ganas boleh tutup api.. 

BAHAN KUAH SUP:
  • Air rebusan ayam secukupnya
  • 2 ketul pati ayam 
  • 1 pcs asam keping
  • 2 ketul pati ayam
  • Garam dan bahan u elok..tutup api..buh cili potong dan daun sup.. Hiasan
  • Tomato 
  • Timun Salad

kredit resepi : MARIANA ZAINA

No comments:

Post a Comment