RESEPI MEE CHAMPA

MEE CHAMPA
MEE CHAMPA

BAHAN KUAH:
  • 1 1/2 - 2 kg daging lembu beserta tulang untuk dibuat bone broth
  • 3 liter air
  • 4 biji bawang holand* potong 4
  • 3 biji bawang besar * potong 4
  • 2 inci lengkuas dipotong nipis* hiris nipis
  • seekor sotong kering sebesar tapak tangan* kalau takde tak kick la kuah sup ni..tapi kalau takde boleh la abaikan 
  • daun ketumbar seikat
  • daub bawang
  • 2 batang kulit kayu manis*
  • 4 biji bunga cengkih*
  • 1/2 cawan sos ikan
  • gula
  • garam
  • perasa jika suka
  • serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam
  • 3 kiub stok perisa daging 
Caranya:
  1. Merebus tulang dan daging lembu ni memakan masa agak lama untuk mendapatkan bone broth . bone broth ni bagus untuk kesihatan kita .. 
  2. caranya didihkan air rebusan dulu masukkan daging dan tulang dalam 30minit hingga 1 jam kemudian buang air rebusan daging tadi beserta kotoran.. kemudian masukkan air dan tulang serta daging rebus kembali dalam selepas 30 minit mendidih lihat jika air rebusan ada buih-buih atau keruh buang lagi airnya.. dan masukkan air yang baru (3 liter) dan masukkan tulang serta daging dan rebus lagi...kali ini rebus sehingga daging empuk.. keluarkan daging dan rebus tulang sehingga 5@6 jam.. 
  3. Sementara daging kita empuk .. anda boleh bakar dahulu bawang holand, bawang merah besar, lengkuas, dan sotong kering..kayu manis dan cengkih
  4. Dalam rebusan tulang tersebut masukkan bahan-bahan yang kita bakar tadi..masukkan, sos ikan, seikat daun ketumbar, serbuk lada hitam/lada sulah dan kiub stok perisa daging, garam dan perisa serta daun bawang.  rebuslah dengan api perlahan.. sebenarnya sup ni sangatlah sedap jika makan panas-panas.. 
  5. time korang ceduk kuah tuang dalam mangkuk mee tu kan ..korang kene tapis guna penapis supaya bawang-bawang dan segala rempah tak masuk dalam mangkuk mee tu..so dapat kuah yang suci bersih je..
SAMBAL LADA:
  • 4 biji lada merah (besar)*
  • 20-30 biji cili api*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 2 sudu besar cuka
  • sedikit garam
Caranya:
1. rebus sehingga layu bahan-bahan bertanda * diatas kemudian toskan dan kisar sehingga hancur beserta dengan cuka dan garam. siap

MINYAK BAWANG PUTIH:
  • 3 labu bawang putih dibersihkan dipotong halus 
  • 1 cawan minyak jagung

panaskan minyak dan masukkan bawang putih goreng sehingga kekuningan dan tutup api ... 

AKSESORI LAIN:
  • kuey teow, mihun,mee champa
  • daun ketumbar, daun sup, daun bawang
  • limau nipis
  • hirisan daging
  • minyak bawang putih
  • lobak asin yang dipotong halus
  • sambal lada
  • tauge
  • kicap
  • serbuk lada sulah/lada hitam
  • gula (tambahan jika suka manis)
  • sos ikan jika perlu

 ## psst time nak makan tu kan korang boleh la taruk kicap, perah asam limau, taruk sambal lada, minyak bawang putih , serbuk lada hitam/lada sulah, sos ikan jika suka dan gula jika yang suka manis.. bahan tambahan ni la penyedap mee sup korang tau!! sekali cuba mesti nak lagi

Sumber resepi: tahrunnisah jali

No comments:

Post a Comment