5 KHASIAT BUAH TEMBIKAI

tembikai
tembikai

1. Kandungan Air Yang Tinggi
Buah tembikai sangat kaya dengan air. Lihat sahaja teksturnya yang lembut dan berair. Memakan buah ini seolah-olah sedang minum jusnya. Lebih-lebih lagi semasa cuaca sedang panas, buah tembikai adalah pilihan yang terbaik untuk menghidrat badan.

2. Baik Untuk Jantung
Kaya dengan sejenis bahan kimia yang digelar lycopene, ia membantu melindungi sel-sel badan dari kecederaan serta merendahkan risiko penyakit jantung. Fakta ini telah disahkan oleh kajian oleh Purdue University.
Kajian yang dimuatkan di dalam American Journal of Hypertension menemui bahawa tembikai membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan menurunkan berat badan dalam kalangan obes.

3. Anti-Radang
Selain baik untuk jantung, lycopene juga berfungsi sebagai anti-radang. Ia membantu dengan mengurangkan keradangan di dalam badan. Semasa sakit disebabkan apa-apa penyakit, radang berlaku di bahagian-bahagian tertentu di dalam badan. Makanlah buah tembikai, secara amnya ia membantu badan melawan radang tersebut, seterusnya membantu proses pemulihan dengan lebih baik.

4. Penghadaman
Kandungan serat di dalam tembikai merangsang saluran penghadaman yang lebih sihat.

5. Baik Untuk Kulit & Rambut
Vitamin A adalah penting untuk kulit dan rambut. Ia membantu mengekalkan kelembapan kulit dan merangsang pertumbuhan kolagen. Secawan buah tembikai mengandungi hampir satu perempat dari keperluan harian vitamin A yang diperlukan setiap hari.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Amalkanlah makan buah tembikai selalu, bukan sahaja ia sunnah, buah kegemaran Nabi SAW malah banyak khasiatnya untuk kesihatan

No comments:

Post a Comment