CARA RAWAT PANAU PALING BERKESAN

 Panau… satu penyakit kulit yang tak menyakitkan tapi akan menjejaskan 

penampilan terutama kalau panau kena kat bahagian muka. Pelbagai jenis ubat panau terdapat di pasaran dari ubat hospital dan klinik sehinggalah ke toko ubat yang mahal dan murah, untuk hilangkan panau.

Biasanya seperti juga masalah jerawat, penyakit panau juga kalau tak serasi cara rawatan dengan kulit seseorang, maka tak akan nampak penyelesaiannya. Untuk itu, di sini dikongsikan antara petua hilangkan panau. Mungkin ada yang sesuai untuk mereka yang telah lama mencari petua untuk hilangkan panau.

Tumbuk dua ulas bawang putih dan sedikit halia. Sapukan pada bahagian yang berpanau. Lihatlah hasilnya dalam beberapa hari.

Potong bawang putih dan gosok perlahan-lahan pada tempat yang terkena panau hingga kulit terasa perit dan merah.  Ulangi setiap hari hingga panau beransur pudar.

Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan perah airnya. Sapu air lengkuas pada kulit yang terkena panau. Ketika mengamalkan petua ini hendaklah tidak memakan sebarang lengkuas.

ATAU

Tumbuk beberapa helai daun lengkuas, ambil airnya dan sapukan pada tompok-tompok panau. Lakukan beberapa kali. Untuk lebih mempercepatkan kesannya, elakkan mengambil makanan yang menggunakan lengkuas.

Tumbuk daun pinang hingga lumat dan sapukan pada bahagian yang terkena panau.

Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campurkan dengan asam jawa dan sedikit beras. Kemudian tampalkan ramuan pada bahagian kulit berpanau. Lakukan setiap hari sehingga panau hilang.

Campurkan secekak daun kesum dengan sedikit minyak tanah. Gosokkan pada bahagian yang mempunyai panau setiap hari sehingga panau itu sembuh.

Tumbuk lumat beberapa helai daun gelenggang. Sapu pada panau dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci bersih. Amalkan selalu sehingga panau hilang.

Ambil air perahan buah pinang dan sapukan pada bahagian yang berpanau. Amalkan berulang kali sehingga berhasil.

Tenyehkan pucuk lada pada kulit yang berpanau sambil berselawat. Amalkan selalu.

Tumbuk halia sebesar ibu jari hingga lumat. Tempelkan halia ke bahagian kulit yang berpanau selama 15 hingga 20 minit. Amalkan hingga sembuh.

No comments:

Post a Comment