Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap

Ikan Tongkol Masak Kicap
Ikan Tongkol Masak Kicap

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan tongkol saiz sederhana (lumur garam dan kunyit lepas tu goreng)
  • 8 ulas bawang merah - kisar
  • 3 biji cili hijau - hiris
  • 1/2 biji bawang besar - hiris
  • 4 ulas bawang putih - kisar
  • 2 sudu besar cili - kisar
  • 1 inci halia - kisar
  • sos tiram
  • sos tomato
  • sedikit cuka
  • kicap
  • gula dan garam secukup rasa
Cara Memasak Ikan Tongkol Masak Kicap:
  • panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar tadi sampai harum dan garing
  • selepas itu masukan sos tomato, sos tiram, kicap, sedikit cuka dan sedikit air dan masak hingga mendidih
  • Akhir sekali, masukan cili hiris dan bawang dan sesuaikan rasa. selepas tu masukan gula dan garam secukup rasa. tutup api dan masukan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul rata.
  • angkat lalu hindangkan dengan nasi panas, Mmmmmm Sedaaaap!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...