Resepi Apam Jagung

Apam Jagung
Apam Jagung

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir (suka manis lebihkan gula)
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan jagung manis yang telah di sagat (boleh juga guna jagung krimer dalam tin)
  • 2 sudu kecil yis mauripan (sudu kecil kfc yang warna putih)
  • Sedikit perisa jagung
  • Sedikit pewarna kuning lemon
Cara-cara:
  • Acuan lompang oles dgn sedikit minyak
  • Satukan semua bahan2 dalam bekas,gaul rata bagi sebati,pastikan tiada tepung yang berketul kemudian tutup,perap adunan selama 1 1/2 jam
  • Selepas perap,tuang 3/4 adunan dalam acuan lompang bt sampai adunan habis
  • Kukus selama 10-15 minit api sederhana.
  • Loyang besar kukus 30 minit atau sehingga apam masak sempurna.
Kredit resepi: Nawar Azhar 

No comments:

Post a Comment