Showing posts with label burger. Show all posts
Showing posts with label burger. Show all posts

Burger Premium, Shiikaii Port, depan Ibusawat TM Kepala Batas, Pulau Pinang

 

Shiikaii Port
Shiikaii Port

gerai tepi jalan depan bangunan Ibusawat TM
gerai tepi jalan depan bangunan Ibusawat TM

gerai shiikaii port - gerai burger premium
gerai shiikaii port - gerai burger premium
Shiikaii Port ni adalah gerai tepi jalan yang jual burger....yang rare sikit gerai ni dari gerai burger jalanan yang lain, Shiikaii Port ni jual burger premium la...agak mahal sikit, tapi sekali makan mau tersandar jugak laaπŸ˜…πŸ˜…....mungkin cheese yang diorang letak tu banyak gila yang membuat kita ceapt kenyang....tapi budak-budak suka la cheese ni...

Ada beberapa jenis burger yang diorang jual..aku pun dah lupa nama-nama burger yang diorang jual tuπŸ˜…...tapi setiap satu ada rasa yang tersendiri la....Aku beli beberapa jenis burger tu, saja nak try..tapi bukan aku makan sorang ek, ni kira beli untuk satu family buat raso-raso😁....

Gambar-gambar kat bawah ni, burger yang aku beli tu, tapi maaf aku tak ingat nama-nama burger yang aku beli tu😎

burger premium 1
burger premium 1

burger premium 2
burger premium 2

burger premium 3
burger premium 3

burger premium 4
burger premium 4
Jadi kalau korang nak try burger-burger ni, boleh la datang ke Shiikaii Port ni yang terletak di Kepala Bata Pulau Pinang. Sebagai rujukan korang , aku serta GPS koordinat dan google map sebagai panduan korang.

GPS koordinat: 5°31'00.2"N 100°25'52.4"E atau 5.516733668676872, 100.431224998078

https://maps.app.goo.gl/tX4o28f6KqnU41ry6


Makan western food di Restoran Leezo, Ayer Keroh, Melaka

Restoran Leezo, Ayer Keroh, Melaka
Restoran Leezo, Ayer Keroh, Melaka

Restoran Leezo, Ayer Keroh, Melaka
Restoran Leezo, Ayer Keroh, Melaka
Restoran Leezo ni terletak di Ayer Keroh, Melaka. Ada juga cawangan di satu dua di tempat lain. Leezo ni makanan diorang berkonsepkan makanan barat a.k.a western food. Yang di Ayer Keroh ni, restoran diorang dua tingkat. Tingkat atas untuk event yang dah booking.

Daripada review yang aku tengok dan dari menu Leezo ni, Burger diorang yang mesti korang cuba. Lain dari yang lain. Tengok macam padu ja. Tapi aku tak pilih burger, maybe next time try plak burger ni.

Premium Leezo Burger
Premium Leezo Burger

Spicy Korean Daebak Burger
Spicy Korean Daebak Burger
Selain burger yang padu di Leezo, di sini juga ada menu-menu lain western food yang boleh korang cuba. Semuanya sedap-sedapπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

Boleh tengok dalam menu seperti di bawah ni.

menu Leezo 1
menu Leezo 1

menu Leezo 2
menu Leezo 2

menu Leezo 3
menu Leezo 3
Apa yang aku makan di sini? Haaaa...aku order spaghetti cabonara, beefsteak, chicken chop fried rice (kampung), air milo dan tembikai.😘😘😘😘
air milo dan tembikai
air milo dan tembikai

spaghetti cabonara
spaghetti cabonara

chicken chop fried rice (kampung)
chicken chop fried rice (kampung)

beefsteak
beefsteak
Untuk yang nak makan santai-santai waktu petang or malam, aku rekomen la korang makan di Leezo ni. Sedap gak la..

Kepada yang nak datang ke Leezo, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 2°16'11.8"N 102°16'53.9"E atau 2.269936, 102.281643


 

The Bakaw, Burger Premium Jalanan, Bertam Kepala Batas

Gerai The Bakaw, Burger Premium Jalanan
Gerai The Bakaw, Burger Premium Jalanan

Bukan Sebarangan Burger!
Bukan Sebarangan Burger!
The Bakaw ni terletak di Bertam Kepala Batas. Gerai diorang ni betul-betul di depan Restoran Bafana. The bakaw ni gerai jual burger jalanan tapi lain macam sikit dari yang biasa kita beli tu... Yang ni cam betul-betul eksklusif sebab ada kotak yang ada tulis The Bakaw, lagi best dekat setiap roti pun ada tulisan 'The Bakaw'. Ada 5 jenis menu burger je yang diorang jual. Antaranya adalah The Bakaw Classic, The Bakaw Single, The Bakaw Taken, The Bakaw Terrible, The Bakaw Happiness dan The Bakaw Say Cheese. 
Setiap Burger tu ada ingredientnya tersendiri. Tapi harga pun boleh tahan la jugakπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.. Menu The Bakaw boleh tengok dalam gambar dibawah ni.
The Bakaw Menu
The Bakaw Menu
Aku try la beberapa jenis burger. Yang The Bakaw Say Cheese ni macam padu gak la.... cheese leleh dengan daging homemade lain macam ooooo bila makan. lagi satu nak habaq, daging yang diorang guna bukan biasa-biasa, daging homemade kot aku rasa. Semuanya daging lembuπŸ„✅, ayam takdak noooπŸ”❌....
tudiaaa cheese leleh....
tudiaaa cheese leleh....

daging burger sedang dimasak
daging burger sedang dimasak

kotak dan roti siap ada tulisan "The Bakaw"
kotak dan roti siap ada tulisan "The Bakaw"

The Bakaw Say Cheese
The Bakaw Say Cheese
Rare kan gerai burger ni? Kalau korang rasa nak cuba makan gerai ni, mai la beli kat depa ni di Bertam Kepala Batas. GPS koordinat dan google map seperti di bawah.
GPS koordinat : 5°31'01.0"N 100°26'50.6"E atau 5.516940, 100.447392

Resepi Burger Malaysia

Burger Malaysia
Burger Malaysia

Bahan A :
  • 1 1/2 cawan air suam 
  • 1 paket yis
  • 2 sudu besar gula pasir
  • (Satukan semua dalam satu bekas, kacau dan biarkan 5 - 6 minit lebih kurang)
 Bahan B :
  • 4 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar butter guna marjerin pun boleh
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 1/2 sudu teh double action baking powder (baking powder biasa pun boleh)
  • 1/2 sudu teh baking soda(effect rangup kulit burger tu nanti)
  • (Satukan semua bahan Bahan B gaul hingga jadi serbuk)
Caranya :
Masukkan larutan yis ( bahan A ) ke dalam bahan B. . gaul rata dan uli sebati selama 8 - 10minit...peram dalam bekas bertutup 10 minit..tabur tepung dalam talam..bulat-bulatkan doh..ikut saiz yang dikehendaki..tekan sikit atas doh tu..susun dalam talam..buat hingga siap..peram lg 18-20 minit dan bolehlah digoreng..guna api sederhana..sentiasa balik-balikkan..

Bila dah siap, potong tengah dan masukkan inti kesukaan korang. Tapi paling sedap untuk burger malaysia ni, semestinya berintikan sambal ikan bilis!

Credit Qwei Resepi

Makan burger di Restoran 21 Grilled, Taman Cempaka, Ipoh

Restoran 21 Grilled, Taman Cempaka, Ipoh

nak order ala-ala restoran makanan fast food yang lain
Restoran 21 grilled yang terletak di Taman Cempaka, Ipoh, Perak adalah salah satu restoran fast food yang ada di Ipoh. Restoran 21 Grilled ni menyediakan makanan burger sebagai menu utama di sini. Cara nak order makanan pun macam restoran fast food yang lain. Antara menu-menu yang ada di Restoran 21 Grilled ni, boleh rujuk dalam gambar-gambar di bawah:
menu 1, 21 grilled

menu 2, 21 grilled

menu 3, 21 grilled
Restoran ni jugak pernah diterjah oleh team Jalan-Jalan Cari Makan TV3 (JJCMTV3). Sebagai bukti JJCMTV3 pernah hadir dan reviewed restoran 21 grilled, ada tergantung plate JJCMTV3 disebelah dengan kaunter restoran 21 grilled.
Plate Jalan-Jalan Cari Makan TV3
Di Restoran 21 Grilled ni, aku try makan beef burger dan fries cheezy. Tinggi dan sedap pulak burger yang aku order tu. Sedap pun sedap.
beef burger

fries cheezy
Air di restoran ni adalah air bergas seperti pepsi, coca-cola yang sebagainya. Tapi kalau korang nak minum cuppacino ke, mocha ke, betul-betul kat depan restoran ni ada kiosk yang jual kopi tersebut dan boleh minum dalam restoran 21 grilled.
kiosk coffee & cocoa Original Taste (21 CO)

mocha
Kepada yang nak datang ke Restoran 21 Grilled, boleh lah cari di Taman Cempaka, Ipoh, Perak. Aku sertakan juga di sini gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
gps koordinat : 4°35'41.1"N 101°07'37.9"E atau 4.594752, 101.127195

Restoran makanan segera Harumi, Manjung Perak

Restoran makanan segera Harumi


Restoran Harumi ni adalah restoran makanan segera yang seakan-akan restoran KFC. Menu-menu utama di restoran Harumi ni ada ayam goreng. Ada pelbagai set menu yang boleh korang cuba. Ayam digoreng panas-panas. Mungkin tak se'famous' KFC tetapi cara kerjanya lebih kurang KFC la jugak. Senarai menu boleh tengok seperti di bawah ni.
senarai menu restoran Harumi
Tengok menu pun korang dah boleh imagine kan macam mana restoran Harumi ni.... Aku cuba ayam goreng diorang dan juga burger. Ayam goreng boleh pilih sama ada spicy atau non spicy. Rasa lain la sikit dari KFC, cuma burger yang aku try ni rasa macam seakan-akan burger Mac Donalds. Tu yang aku rasa la.... nak tau macam mana rasanya, korang kena cuba la sendiri.
set ayam goreng, coleslaw, mash potato

set ayam goreng, french fries

cheesy dip
Kepada yang nak cuba makan di Restoran Harumi ni, nak tahu sama ke tak dengan KFC, korang boleh datang ke kawasan perniagaan di Manjung, Perak. Dekat-dekat je dengan Hospital Pantai Manjung. Nak lagi memudahkan pencarian korang, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
gps koordinat : 4°13'02.8"N 100°40'10.1"E atau 4.217454, 100.669471

Makan malam di restoran GM Burger di Kuah Langkawi

Malam first yang aku sampai Langkawi ni, ternampak restoran GM Burger ni masa aku n famili aku tengah on da way nak pi makan malam kat restoran medan selera nelayan Bukit Malut. So aku decide malam kedua aku kat sini, nak makan burger kat GM Burger tu. Maka apabila tibanya malam kedua tu, aku dengan lantas terus menuju ke arah GM Burger tersebut dengan hati yang berkobar-kobar.

GM Burger dari sudut tepi depan

GM Burger dari sudut tepi belakang

GM Burger side yang satu lagi
Bila aku nak ambil order, aku tanya apa ada kat sini? Tukang ambil order tu cakap 'macam-macam ada'....rupanya diorang bukan setakat jual burger, menu lain pun banyak...nak makan goreng-goreng, western, menu set, semua ada.....aku ingat diorang ada menu burger je...Oleh sebab aku dah set dalam kepala otak aku yang geliga ni nak makan burger, aku pun cuba tidak goyah untuk order menu lain selain burger. Jadi aku pun order la burger seperti gambar-gambar kat bawah ni...
Burger daging special

Oblong daging

Burger daging kosong (takde sayur, takde sos)
Dok tengah makan burger, tetiba nampak meja sebelah makan koay teow kerang dan spaghetti bolognese.....macam sedap jer..hatiku mula goyang dan semakin goyang dan akhirnya, 'abang nak tambah koay teow kerang, spaghetti bolognese, french fry ye'.......tapi ternyata koay teow kerang menang sedap dah terbaikkkk!..
koay teow kerang

spaghetti bolognese

french fry
Kepada yang nak cuba menjamu selera kat GM Burger ni, korang boleh la guna gps koordinat yang aku bagi kat bawah tu...boleh rujuk google map kat bawah ni jugak...selain GM Burger ni, diorang ni jugak ada buat bisness motel dan homestay.. 

gps koordinat : 6°19'44.1"N 99°49'57.6"E