Showing posts with label ayam tandoori. Show all posts
Showing posts with label ayam tandoori. Show all posts

Resepi ayam tandoori mamak

Ayam tandoori mamak
Ayam tandoori mamak

BAHAN-BAHAN:
  • 6 atau 8 ketul ayam yang disingkirkan lemak-lemak yang berlebihan.
  • 1/2 cawan atau 125 gm yoghurt asli / Greek-Style. (nestle cawan kecil).
  • 2 sudu besar rempah tandoori.
  • 2 sudu besar pes halia dan bawang putih dilumurkan kesemua pada ketulan ayam.
  • 2 sudu besar jus limau nipis.
  • 1 sudu garam masala
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih.
  • 1 sudu kecil
  • 2 sudu besar daun ketumbar segar yang dicincang halus.
  • 2 sudu besar minyak masak. Minyak ini bukan untuk apa..tak bagi melekat bila goreng dengan minyak sedikit.
  • 1/2 sudu kecil serbuk pewarna oren merah ..kalar kesukaan mamak. kalau tak ada tambah serbuk kunyit sedikit.
  • 1 biji bawang labu bersaiz besar dihiris bulat.
  • Garam dan perasa makanan (aji) secukup rasa. Tak mahu aji boleh guna sedikit gula
CARA-CARA: 
  • Penyediaan Pes Tandoori- 4 sudu besar air stok ayam atau air biasa dengan adunan serbuk tandoori, garam masala, serbuk jintan putih, lada putih dan minyak. Masak di atas dapur dengan api kecil dan Jadikan pes.Masukan yoghurt, daun ketumbar dan pes tandoori (telah sediakan) dan garam secukup rasa. 
  • Masukkan  pewarna jika mahu ayam berwarna merah. Gaul sebati adunan ini.Ketulan ayam bahagian tebal daging, kelar sedikit dan tekan sedikit dan masukkan pes campuran garam + serbuk cili dan jus limau nipis. Ini untuk daging yang tebal cepat masak dan juga bahagian dalam daging itu berasa.
  • Masukkan semua ketulan ayam dalam pes tandoori yang telah sediakan. Tentukan ketulan ayam disaluti dengan baik.Peram selama lebih dari sejam atau yang terbaik semalaman di peti sejuk bahagian dingin.
  • Panaskan kuali leper tak melekat kalau ada..kalau tak ada kuali biasa pun boleh..masukkan sedikit minyak masak dalam 1/4 bahagian ketulan ayam dan goreng dengan api dapur yang sederhana. Jangan hanguskan kerana kita cuma nak keluarkan air ayam yang berlebihan. Goreng dalam 50% masak.
  • Sementara itu panaskan oven dalam suhu 180 C bersama chargrill plate (plate bakar). Sapukan minyak selaput nipis di permukaan chargrill. Susun hirisan bawang yang dipotong bulat di atas. 
  • Hirisan bawang ini bukan saja memberi haruman kepada ayam tetapi ia menentukkan pengudaraan baik di bawah ketulan ayam dengan permukaan plate chargrill itu. Kadangkala permukaan ketulan ayam akan berair sangat dan bila sejat isi ayam akan melekat. Kalau bakar ayam penuh buat begini.
  • Masa pembakaran awal ada lah 30-40 minit, selepas itu terbalikan ketulan ayam dengan sapukan pes yang berlebihan itu di permukaan ketulan ayam. 
  • Bakar kembali dalam 40 minit lagi dan sapukan minyak sekali kala pada ketulan ayam supaya permukaannya tidak kering. Tunggu hingga ketulan daging ayam bertukar kepada warna keemasan, ambil seketul cuba potong dan pastikan ia masak dengan sempurna.

RESIPI AYAM TANDOORI YANG SANGAT SEDAP

ayam tandoori
ayam tandoori

Bahan-bahan:
Campuran rempah ratus:
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 3 biji bawang besar
  • 15 ulas bawang putih
  • 2 inci hirisan halia
  • 2 sudu kecil garam
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar marjerin-sapukan pada ayam  panas-panas setelah ayam masak
  • 2 ikat daun pudina
  • 2 biji buah lemon
  • 1 cawan susu cair
  • 2 ikat daun ketumbar
  • sedikit pewarna merah
Cara membuat tairu:
  • Potong lemon dan gunakan 1/2 sahaja.
  • Kemudian perahkan kedalam satu cawan susu cair.Kacau sehingga sebati.Susu akan berubah tekstur.
  • Kalau malas nak buat beli plain yogurt.
Cara membuat bahan perapan:
  • Campurkan kesemua bahan-bahan rempah ratus ke dalam mesin pengisar.
  • Perah satu biji lemon ke dalamnya.Kemudian masukkan tairu atau plain yogurt.
  • Kisar bahan-bahan tersebut hingga sebati.
  • Kemudian lumurkan bahan perapan  pada ayam hingga sekata.
  • Perapkan ayam didalam beg kedap udara.Hal ini bertujuan untuk mendapatkan rasa dan aroma yang lebih kuat ke dalam ayam.
  • Perap selama 5 jam atau perap semalaman.
  • Bakar di dalam oven bersuhu 170C selama 1 jam.Kalau nak cepat,boleh goreng seperti biasa ataupun guna pemanggang ajaib..Siap.
Kredit resepi:MamaMia Kitchen

Ayam tandoori dan roti nan terbaik di Restoran Pak Putra, Taman Kota Laksamana, Melaka

 

Restoran Pak Putra, Taman Kota Laksamana, Melaka
Restoran Pak Putra, Taman Kota Laksamana, Melaka

buku menu restoran pak putra
buku menu restoran pak putra
Kalau korang ada di Melaka, dan nak makan ayam tandoori dan roti nan yang power, korang boleh cari di Restoran Pak Putra, Taman Kota Laksamana. Recommended la untuk korang cuba. Petang-petang ramai orang datang sini. Diorang akan buka meja diluar kedai.

Restoran Pak Putra ni aku pernah review dalam blog aku ni. Masa tu Jan 2019, setahun sebelum covid19 wujud. Boleh tengok posting tu DISINI.

roti nan cheese
roti nan cheese

potato zeera
potato zeera

kuah cicah roti nan (lupa la nama dia)
kuah cicah roti nan (lupa la nama dia)

ayam tandoori
ayam tandoori
Memang terbaik. Tak lengkap kalau datang Melaka tapi tak makan di restoran pak putra ni😁😁😁..Jadi, kepada korang yang nak datang ke sini, aku sediakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
GPS koordinat : 2°11'42.3"N 102°14'37.3"E atau 2.195078, 102.243682