Orang Malaysia memang suka makan! Pelbagai jenis makanan terdapat di Malaysia. Hotel, restoran, kedai makan, warung, mamak, pasar malam, pendek kata makanan di mana-mana. Hanya sediakan duit sahaja, yang lain biarkan mulut menikmati, perut menghadami dan otak mentafsir tahap kesedapan sesuatu makanan. Ayuh kita menyusuri kota-kota, kampung-kampung mencari keunikan makanan rakyat Malaysia secara total.
Jangan keliru geng!. Ni bukan di Hatyai ya...Walaupun nama restoran ni restoran Resepi Hatyai, tapi lokasi ni restoran ni adalah terletak di Bandar Setia Fontaines, Kepala Batas, Pulau Pinang. Ni kira kawasan perumahan yang baru la di Kepala Batas ni.
Menu-menu di sini adalah menu-menu masakan ala thai. Macam restoran ala thai yang lain-lain jugak, menu pun lebih kurang sama. Menu restoran ni, korang boleh tengok seperti di bawah.
menu restoran resepi hatyai
menu restoran resepi hatyai
menu restoran resepi hatyai
menu restoran resepi hatyai
Menu makanan yang aku makan di restoran Resepi Hatyai ni adalah seperti dalam gambar di bawah. Sedap jugak la...boleh la korang nak try.
nasi goreng kampung
bihun tomyam
nasi goreng paprik
daging bakar
Ni kira first time la aku makan di sini. Walaupun restoran ni agak tersorok sikit, tapi ramai jugak yang datang makan. Mungkin repeated customer barang kali๐.
GPS koordinat dan google map lokasi Restoran Resepi Hatyai adalah seperti di bawah.
GPS koordinat: 5°30'40.8"N 100°28'37.1"E atau 5.511323, 100.476957
Masa aku jalan-jalan di Hatyai, on the way nak balik Malaysia, sebelum sampai border Bukit Kayu Hitam, tersinggah la kat Cafe Amazon ni....tak plan nak mengopi, tapi dah alang-alang termasuk dalam cafe ni, jadi termengopi jugak laa๐ ..
Cafe Amazon ni dekat stesen minyak tepi jalan jer...kat sebelah tu ada 7 eleven. Asalnya nak singgah 7 Eleven jer....
bil semua kopi yang aku order
jom mengopi gaissss
aku punya biasa laaa...latte
Kalau korang gi Hatyai, boleh la singgah sini...sebenarnya Cafe Amazon ni ada je kat Malaysia๐๐๐.... Kalau korang masuk mall, ada je Cafe Amazon ni dalam mall tu... jadi tak exclusive sangat la kat thailand ni๐๐....
Pasar Terapung Khlong Hae di Hatyai memang terkenal. Ini satu-satunya pasar terapung di Selatan Thailand, Hatyai. Setiap hujung minggu dari Jumaat sampai Ahad, pasar ini memang meriah. Yang bestnya, barang-barang jualan tu semua melalui sampan je, jadi unik sikit. Pasar ni buka dari jam 2 petang sampai 9 malam, so pastikan korang datang pada hari dan waktu yang betul.
berniaga atas sampan jer
port orang bergambar
Korang kena try kerabu maggi dan tom yam kat Khlong Hae Floating Market. Memang sedap gila, confirm jatuh cinta dengan rasanya!
Lagi satu kalau pergi Thailand, memang wajib cuba ais krim kelapa. Kat pasar terapung ni pun ada ais krim kelapa yang paling sedap di Hat Yai.
Ada lagi tempat shopping makanan di darat
Ada lagi tempat shopping makanan di darat
Kalau korang nak pergi sana, sebaiknya datang selepas pukul 4 petang. Cuaca Thailand panas gila, jadi kalau datang awal, boleh jadi tak selesa sebab panas sangat.
Kalau boleh, elakkan pergi hari Sabtu sebab pasar ni penuh sesak dengan orang dari pelbagai negara (paling ramai orang Malaysia la๐๐๐๐)....susah sikit la korang nak shopping dalam keadaan ramai macam tu.
Kat sini ada jual air kelapa dalam buluh dan pasu, memang unik. Kalau suka ambil gambar OOTD, air kelapa ni boleh jadi props korang...ramai dok bergambar dengan buluh air kelapa ni dalam media sosial yang aku tengok๐
Sekadar nasihat untuk korang, berhati-hatilah kalau pergi sana. Dengan keadaan yang sesak, boleh jadi ada benda yang tak diingini berlaku. Jadi, sentiasa jaga diri di tempat orang.
Kalau korang nak ke sini, aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.
GPS koordinat: 7°02'46.5"N 100°28'27.5"E atau 7.046279622717418, 100.47428966058966
Di sini adalah salah satu gudang untuk membeli belah yang terdapat di Hatyai. Kebanyakan orang yang mengunjungi tempat ini adalah orang Malaysia. Korang akan lihat bila musim cuti sekolah dan cuti hujung minggu atau cuti perayaan, pasti dan pasti ramai pelancong dari Malaysia akan ke sini untuk mendapatkan cenderamata Hatyai.. Sekali datang berbas-bas, mana tak penuh satu kedai dengan rakyat Malaysia jer๐ ๐
pelbagai baju yang cantik-cantik
pelbagai baju yang cantik-cantik
Pelbagai jenis corak & jenis baju yang terdapat di sini. Saiz juga available bermula dari bayi sehingga orang dewasa. Kain baju di sini dikatakan lebih berkualiti dan pastinya harga sedikit berbeza dari pasaran luar. Mudahnya di sini, saiz dan corak baju yang begitu banyak membuatkan kita rambang mata.
baju-baju tshirt
Kat sini juga ada banyak keychain and fridge magnet tapi harganya sama je dekat tempat lain, cuma korang ada banyak pilihan la di sini. Jadi bolehlah borong kalau nak bagi hadiah kat orang lain.. atau souvenir untuk kawan-kawan atau keluarga.
Beg kat sini ada macam-macam size. Pelbagai kegunaan. Beg dompet kecil atau beg barang yang besar pun ada di sini..
Selain itu, ada jugak jual produk barangan keluaran Thailand seperti Meggi, pes tomyam, beras, kacang, coklat, dan lain-lain. Harga mahal sikit la compare denga ntempat lain. Sebab kedai dia more to souvenir..
Jadi jangan lupa singgah sini bila dah datang Hatyai..
Sebagai panduan lokasi Kaysorn ni, aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan.
Siapa yang nak travel ke Hatyai, dan korang peminat dimsum, korang boleh cari dekat restoran dimsum yang paling sedap di Hatyai iaitu di Restoran Dimsum Chabura yang beralamat di 430 Ratthakan, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand. Jangan rasa was-was ye, di sini dimsum HALAL.
Dimsum di sini pun boleh dikatakan murah la jugak. Lepas tu korang boleh self service untuk ambil dimsum yang korang nak.
layan diri ambil dimsum
layan diri ambil dimsum
layan diri ambil dimsum
Banyak pilihan yang ada kalau korang datang awal. Antara dimsum yang ada adalah fish cake, sayur brokoli, sosej, isi ketam, isi udang, telur, isi ayam dan banyak lagi. Nak tunggu diorang masak pun boleh, sekejap jer. Kalau taknak makan dimsum pun, ada jugak masakan lain yang goreng-goreng ke... Tapi dah datang sini, wajib la kan nak rasa dimsum...walaupun aku bukan la peminat dimsum๐ ๐ . Gambar kat bawah ni adalah menu-menu yang aku order. Sebenarnya aku pun dah lupa nama-nama menu yang aku order tu๐๐๐๐๐
yang ni bubur nasi
yang nasi putih makan dengan apa ntah hahaha
hidangan ni datang sekali dalam kotak..kira 1 set la..pun aku tak ingat nama menu ni๐
yang ni macam mee udang galah๐
yang ni pun sedap...nama lupa๐
green tea dengan teh ais madu
ni la dimsum yang aku makan..ada banyak..semua sedap-sedap๐๐
Tempat ni pun besar dan yang penting service cepat dan family friendly. Sangat recommeded untuk korang datang sarapan di sini. Diorang buka dari 6 pagi hingga jam 2 petang je..datang malam memang tak buka.
suasana dalam restoran Dimsum Chabura
Kepada yang nak ke Hatyai, boleh la singgah di sini. Aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang untuk ke sini.
Destinasi aku nak ke Hatyai dari border Bukit Kayu Hitam, singgah sekejap di Kedai Makan Kak Piah ni untuk bersarapan pagi. Kedai makan Kak Piah ni tepi jalan jer on the way nak ke Hatyai....jadi alang-alang dah lalu sini, singgap la dulu untuk sarapan.
masakan untuk makan tengahari
masakan thailand style
Kalau korang nak makan tengahari pun boleh di Kak Kiah ni...masakan untuk makan tengahari pun banyak... Tapi aku nak makan yang ringan-ringan je sekadar untuk sarapan... Dengar kata sup di sini sedap..so nak try la jugak... Kedai Makan Kak Kiah ni memang port orang Malaysia singgah๐๐..So sebenarnya yang penuh dalam kedai ni orang Malaysia je..hahaha
megi sup daging
mee sup daging
sup daging
Aku makan yang sup-sup ni jer...memang padu, memang sedap...original from thailand๐๐๐...
Menu-meu lain yang ada di Kedai Makan Kak Kiah ni, boleh tengok dalam gambar di bawah ni.
menu makanan goreng-goreng
Kalau korang nak ke Hatyai, boleh la singgah sini. Aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang untuk ke sini.
Trend rakyat Malaysia melancong ke Hatyai ni berubah-ubah. Masa aku datang ni, tengah trend rakyat Malaysia melancong ke Hatyai...maka ramai la orang Malaysia di sini๐๐๐... ASEAN Night Bazaar ni memang tempat wajib datang la kalau ke hatyai... Orang pompuan la hepi datang sini..sebab ni tempat shopping, ayah-ayah wajib kena sidai la dengan mak-mak๐๐๐...
food court ASEAN Night Bazaar
food court ASEAN Night Bazaar
Kalau korang lapar, di tingkat atas ada food court..ada banyak makan thailand di situ yang korang boleh try..tapi kena hati-hati la kot-kot ada yang tak halal..tapi kebanyakkannya halal la....
Kepada yang nak ke sini, boleh rujuk GPS koordinat dan google map lokasi seperti di bawah.
6°59'41.0"N 100°29'04.6"E atau 6.99472044625313, 100.48462105355736
Walaupun waktu percutian agak terbatas, namun banyak juga la
tempat-tempat menarik yang kami sempat pergi sepanjang 2 hari di bumi Hatyai
ni…Kisah kami bermula di sini…..
Awal pagi kami cuba sedaya upaya untuk sampai ke Padang
Besar, Perlis di mana terletaknya pintu masuk ke Thailand selain di Bukit Kayu
Hitam. Bila sampai awal pagi dengan harapan nak cop passport lebih cepat sebab
orang masih tak ramai. Yang penting kena mendahului rombongan-rombongan bas.
Kalau bas dah nampak bersusun-susun, alamatnya boleh beratur sampai 2 jam
sebelum sampai giliran kita. Kami sampai dalam 8.30pagi..di bahagiaan imigresen
Malaysia, agak cepat juga bagi kami…kemudian bergerak pula ke imigresen
Thailand..kat sini agak ramai sikit orang, tapi takde la lama sangat sebab kami
antara yang terawal..lepas tu aku tengok orang beratur keliling bangunan dah…aku
plak guna passport berkumpulan, lagi la cepat….kalau korang nak buat passport
berkumpulan ni, minimum kena 5 orang..so aku memang ngam-ngam la, sebab aku,
bini aku, anak aku tiga orang..cukup 5 orang..murah la sikit nak buat passport
dalam RM200 je..tapi boleh guna sekali perjalanan je…siap pegawai imigresen
Malaysia tegur cakap rugi boleh guna sekali je..hihihi…
passport berkumpulan warna hijau
imigresen Malaysia agak lengang pada awal pagi
imigresen Thailand yang agak sesak sikit
gambar-gambar di sempadan Thailand
Ok, lepas dah settle cop passport segala bagai, kami pun bergerak terus ke Hatyai…yiiiiihooooo, Hatyai tunggu aku dating!!!....On the way nak pergi Hatyai tu, aku perhati jalan-jalan, kampong-kampung diorang macam lebih kurang Malaysia jugak kecuali ada Bahasa Thailand.
Restoran Selera Kita Hatyai
Restoran Selera Kita Hatyai
Bila dah sampai Hatyai, perut pun dah lapar sebab waktu
Malaysia masa kami sampai Hatyai dalam pukul 11.30 pagi, tapi waktu Thailand
lewat sejam, dalam pukul 10.30 pagi. So kami pun cari la restoran makanan halal
untuk kami alas perut sebelum teruskan perjalanan setreusnya. Kami makan di restoran Selera Kita di Hatyai
ni…tomyam memang terbaik. Boleh baca pasal restoran Selera Kita ni dalamposting aku yang lepas.
Kaysorn Sourvenir Hatyai
shopping di Kaysorn Sourvenir
Lepas dah selesai makan, destinasi aku yang seterusnya
adalah ke kedai jual barang-barang souvenir dan baju-baju untuk kenang-kenangan
Haytai. Nama kedai ni Kaysorn Sourvenir. Kat kedai ni duit dah start melayang
dalam 1193baht (duit Malaysia RM119++). Gps koordinat Kaysorn Sourvenir : 7°00'00.8"N
100°28'16.8"E
Kaysorn google map:
Tempat shopping kacang-kacang
tempat nak beli makanan kacang-kacang
Dah settle shopping kat Kaysorn Sourvenir, kami beralih arah
ke tempat lain…kami ke kedai yang jual kacang-kacang. Nama kedai tu aku tak tau
plak kedai apa…tapi yang aku perhati, kedai kacang ni memang menjadi tumpuan
pengunjung terutama dari Malaysia. Parking untuk bas yang luas juga disediakan
di sini..kat sini aku habis 300baht (RM30).
BigBee Garden Hatyai
BigBee Garden Hatyai
Pelbagai produk berasakan madu lebah
Seterusnya, kami bergerak je BigBee Garden. Kat sini
terdapat barangan yang berasaskan madu lebah. Ada penerangan khas setiap produk
yang di pamerkan dan cara-cara nak makan pun diberitahu. Sapa yang rasa kagum
pasti aku terbeli, 1200baht (RM120) pun terbang dari poket aku kat BigBee
Garden..hihihihi…Kalau korang nak ke Big Bee Garden ni, boleh pakai gps
koordinat : 7°00'26.4"N 100°29'16.2"E
BigBee Garden google map
Chang Puak Camp (tengok gajah)
Boleh naik gajah di Chang Puak Camp Hatyai ni...
Kemudiannya, kami meneruskan lagi perjalanan ke Chang Puak Camp. Chang Puak Camp ni tempat nak tengok gajah..nak bagi makan gajah, nak naik gajah pun boleh….Alang-alang dah sampai sini, nak ambil experience naik gajah di Hatyai ni, naik la jugak walaupun cuak gak..Harga untuk dewasa 500baht (RM50) dan kanak-kanak 250baht (RM25). Lokasi gps Chang Puak Camp ni adalah seperti berikut: 7°03'23.4"N 100°30'51.0"E
Chang Puak Camp google map:
Klonghae Floating Market
Klonghae Floating Market
Permandagan floating market dari atas jambatan
Pelbagai makanan dijual dari atas bot
gambar-gambar kawasan floating market
Dah sakit-sakit badan naik gajah, petang-petang nak cari
makan petang pulak. Maka, kami pun mencari makan di Klonghae floating market,
tempat yang wajib datang kalau ke Hatyai ni. Floating market ni style berniaga
atas sampan, customer yang nak beli makanan, just jalan-jalan atas jeti je, tak perlu naik sampan. Banyak juga
makanan yang ada, cuba pastikan kita pilih yang diyakini halal. Tip, cari yang
pakai tudung…kat Malaysia memang tak akan jumpa benda macam ni…Satu daya
tarikan pelancong bagi Thailand….gps koordinat Klonghae Floating Market : 7°02'47.2"N
100°28'25.6"E
Klonghae Floating Market google map:
Dah lewat petang baru kami check ni di Grand Plaza Hotel di
tengah-tengah kesibukan Bandar Hatyai. Rehat kejap, mandi, solat. Hotel ni
memang terbaik la lokasi dia, sebab malam-malam boleh turun jalan-jalan kat
bawah tu macam-macam ada, stall yang jual makanan. Tapi kena pilih yang halal
la..Dapat tengok kesibukan Hatyai pada waktu malam. Makan malam kami just jalan
kaki je dari Grand Plaza Hotel ke restoran Hamid Hatyai yang terletak
berdekatan dengan kawasan hotel. Boleh Rujuk posting aku yang lepas pasal restoran Hamid Hatyai ni.
Asean Night Bazaar
Asean Night Bazaar
Malam tu kami ada misi lagi….naik tut tut ke Asean Night Bazaar.
Asean Night Bazaar ni memang tempat shopping. Banyak kedai-kedai yang jual
pelbagai jenis barang ada di sini. Kalau nak makan, gerai-gerai makan banyak di
tingkat atas. Masa kami pergi tu, ramai sungguh manusia ber shopping. Kat sini
aku tak beli barang, just jalan-jalan cuci mata je. Balik ke Hotel pun kami nak
tut tut. Gps koordinat untuk Asean Night Market ni, 6°59'41.7"N
100°29'04.3"E
Asean Night Bazaar google map:
Hari kedua..........
Hari kedua, pagi tu bini dengan anak aku je pergi ke pasar
naik tut tut…sebab aku tak ikut, so takde la gambar pasar tu…hihihihi…Tengahari
kami check out hotel dan terus ke restoran Sami Kitchen untuk makan tengahari.
Sedap jugak makan kat situ selesa pun selesa..ada surau, lepas makan boleh
terus solat…Boleh rujuk posting aku yang lepas pasal Restoran Sami Kitchen
ni…..
Songkla Aquarium
Songkla Aquarium
Persembahan bersama ikan-ikan
gambar-gambar Songkla Aquarium
Lepas settle isi perut, hari kedua ni santai-santai
sikit…kami terus ke Songkla Aquarium. Songkla Aquarium ni tengok ikan-ikan je
la…sama je cam kat Malaysia, Underwater world Langkawi…lebih kurang la…kat
hujung laluan tu ada persembahan bersama ikan-ikan dalam aquarium
tu..Persembahan tu aku rakam untuk korang tengok dari mula sampai
habis..hahahaha..korang komen la best ke tak ek… gps Songkla Aquarium : 7°13'31.3"N
100°34'47.8"E
Songkla Aquarium google map:
Songkla Samila Beach
Songkla Samila Beach
the golden mermaid
plat kisah ikan duyung ni (the golden mermaid)
sekitar samila beach
Petang-petang sikit, kami jalan-jalan di pantai Samila Beach
pulak..Pantai yang cantik tapi tak boleh mandi sebab ombak kuat…memang takde
orang mandi pun kat situ..satu tarikan yang ada kat Samila Beach ni, ada sekor
ikan duyung seksi (tak pakai coli..hihihihi)…Walaupun seksi, sentiasa ada orang
bergambar dengan duyung ni…kira duyung ni femes la….
Samila Beach
Dah puas ambil angin pantai, tiba masa untuk kami balik ke
negara tercinta..chewahh……sampai di Sempadan dalam pukul 8 malam lebih..urusan
imigresen Thailand dan Malaysia sangat cepat sebab takde orang sangat…Akhirnya
kami pun masuk kembali ke Malaysia……sekian pengalaman kami percutian ke Hatyai
2 hari 1 malam. Walaupun percutian dalam waktu yang singkat, banyak juga la tempat-tempat yang kami dah melawat.