Showing posts with label Bertam. Show all posts
Showing posts with label Bertam. Show all posts

Nak makan nasi lemak? Jom makan di Nasi Lemak Ketua Kampung, bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang

Restoran Nasi Lemak Ketua Kampung, bertam
Restoran Nasi Lemak Ketua Kampung, bertam

Restoran Nasi Lemak Ketua Kampung, bertam
Restoran Nasi Lemak Ketua Kampung, bertam
Kepada peminat nasi lemak area utara ni terutama di Bertam Kepala Batas, Pulau Pinang, ada satu lagi port nasi lemak padu muncul! Nama restoran ni adalah Nasi Lemak Ketua Kampung yang beralamat di no 7, Jalan Dagangan 13, Pusat Bandar Bertam Perdana, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.

Waktu operasi adalah bermula dari jam11.30 pagi hinggalah ke jam 11 malam.

pelbagai lauk pauk yang korang boleh pilih
pelbagai lauk pauk yang korang boleh pilih
Kalau tengok style susunan lauk pauk tu, nak macam nasi kandar pun ada jugak😂😂😂...Tapi jangan tertibu, bukan nasi kandar tu....masakan semua tu ngam untuk makan nasi lemak.
ni sepinggan nasi lemak yang aku makan
ni sepinggan nasi lemak yang aku makan

sambal petai udang
sambal petai udang
Nasi lemak sini memang sedap. recommeded untuk korang try. Boleh cari di Bertam Kepala Batas. GPS koordinat dan google map ada disediakan kat bawah ni untuk rujukan korang.

GPS koordinat: 5.514856615301588, 100.44730753660957

https://maps.app.goo.gl/d5Q9EDpF4PVtH2CAA

Restoran Mi Tumis, Bertam Kepala Batas Pulau Pinang

 

Restoran Mi Tumis, Bertam
Restoran Mi Tumis, Bertam

Restoran Mi Tumis, Bertam
Restoran Mi Tumis, Bertam

Menu utama di restoran ni ada makanan berasaskan mee segera a.k.a megi. Tapi semua megi-megi tersebut dimasak dengan cara di tumis. Kiranya makanan mi tumis ni ada yang premiun seperti megi tumis udang, megi tumis ketam, megi tumis sotong, megi tumis udang. Harga ikut apa yang korang pilih...
buka 11 pagi hingga 11 malam (Selasa cuti)
buka 11 pagi hingga 11 malam (Selasa cuti)

menu1 Mi Tumis
menu1 Mi Tumis

menu2 Mi Tumis
menu2 Mi Tumis

menu3 Mi Tumis
menu3 Mi Tumis

menu4 Mi Tumis
menu4 Mi Tumis
dalam banyak-banyak menu tu, aku pilih untuk order numee goreng biasa, numee tumis biasa dan nasi goreng ayam grill.
numee goreng biasa
numee goreng biasa

air sirap bandung dan limau ais
air sirap bandung dan limau ais

numee tumis biasa
numee tumis biasa

nasi goreng ayam grill
nasi goreng ayam grill
Meh le try makan mi tumis di sini ye. GPS koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 5.514730949369137, 100.4489767794428 atau 5°30'53.0"N 100°26'56.3"E

Missen Cafe, Bertam, Kepala Batas Pulau Pinang

 

Missen Cafe, Bertam
Missen Cafe, Bertam
Aku pernah review cafe ni dalam blog aku ni..korang boleh baca DISINI. Masa tu sebelum covid lockdown😅...dah lama la aku tak datang sini balik..

Cafe ni menu diorang berkonsepkan western...jadi, oleh yang demikian....maka aku pun mengoder la menu wester dalam ni...Air kalau korang ambil yang large, nanti korang dapat aku satu baldi😂😂😂😂

speghetti bolognese
speghetti bolognese

nasi goreng chicken chop
nasi goreng chicken chop

chicken chop
chicken chop

french fries
french fries

menu ni aku lupa nama dia...
menu ni aku lupa nama dia...😅😇

2 air gelas besar minum sorang tak boleh habis ni
2 air gelas besar minum sorang tak boleh habis ni
menu sedap-sedap dan sempoi-sempoi....kora boleh cari Missen Cafe i di Bertam, kepala Batas Pulau Pinang. GPS koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 5°30'54.7"N 100°26'55.0"E atau 5.515201881246418, 100.4486009421589

https://maps.app.goo.gl/mC3xLGDEfdrgVn4Q7

Lepak makan-makan di Restoran Nasi Kandar Haleesya, Bertam Kepala Batas Pulau Pinang

Restoran Nasi Kandar Haleesya
Restoran Nasi Kandar Haleesya
Nasi Kandar Haleesya ni terletak di Pusat Bandar Bertam Kepala Batas Pulau Pinang. Ni kira port baru la untuk lepak. Restoran ni standard macam restoran mamak yang lain la dari segi menu-menu yang ada kat sini. Ada nasi kandar, ada roti canai, mee goreng dan goreng-goreng yang lain. Kalau nak makan nasi kandar pagi-pagi takda lagi la...kena tunggu tengahari sikit. Pagi korang boleh layan roti canai..
roti canai kuah dal
roti canai kuah dal

mee goreng
mee goreng
Mee gorang memang padu..setiap kali datang aku wajib order mee goreng...aku ambil mee goreng kosong je...pernah try mee goreng daging, tapi yang kosong lagi padu... Roti canai pun sedap, kuah dal..jarang kedai mamak jual roti canai kuah dal..biasa kuah kari...
pelbagai lauk pauk untuk nasi kandar
pelbagai lauk pauk untuk nasi kandar

ni sepinggan nasi kandar aku
ni sepinggan nasi kandar aku
Kalau nak makan nasi kandar pun sedap jugak..memang boleh layan la...tak hairan la restoran nasi kandar haleesya ni sentiasa ada je orang datang.

Kepada yang datang ke Bertam, Kepala Batas ni boleh la singgah di Nasi Kandar Haleesya. Aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 5°31'03.0"N 100°26'51.8"E atau 5.517497780044039, 100.44770664829872

https://maps.app.goo.gl/g5fQRCMYqK6QMBv28

Makan masakan ala thai di restoran D'Phuket Tomyam Thai Seafood, Bertam Kepala Batas

restoran D'Phuket Tomyam Thai Seafood
restoran D'Phuket Tomyam Thai Seafood
Jangan compius tuan-tuan, ni bukan di Phuket yer...restoran ni di Bertam Kepala Batas, Pulau Pinang..tak lintas sempadan langsung😂😂😂.....Sebenarnya itu adalah nama restoran  yang aku datang ni...Makanan yang dijual ni adalah makanan masakan ala thai...jadi sesuai la dengan nama restoran ni D'Phuket Tomyam Thai Seafood....

Makanan disini pun sedap..menu pun banyak...boleh try menu ala carte ataupun menu set hidangan..ni ikut bajet korang la. Boleh tengok senarai menu seperti dalam gambar di bawah.

menu set hidangan
menu set hidangan

menu ala carte
menu ala carte
Menu yang aku makan di restoran ni, korang boleh tengok kat bawah ni....sedap, korang boleh try...
pulut mangga
pulut mangga

paprik ayam
paprik ayam

sotong halia
sotong halia

tomyam udang
tomyam udang

nasi goreng ayam kunyit
nasi goreng ayam kunyit
Kepada yang try makan di restoran ni, boleh la cari di Bertam Kepala Batas. Aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.

GPS koordinat: 5°30'51.7"N 100°26'52.2"E atau 5.514351162562072, 100.44783877272222

https://maps.app.goo.gl/sP3YwX4hTu4Uz9bV9

Santai-santai sarapan pagi di Restoran Dapoq 5 Beradek, Bertam Putra Kepala Batas

Restoran Dapoq 5 Beradek
Restoran Dapoq 5 Beradek
Port nak sarapan pagi di area Bertam Kepala Batas, korang boleh cari restoran ni...Restoran Dapoq 5 Beradek ni terlatak di Bertam Putra, Bertam Kepala Batas..Tempat sempoi punya untuk nak bekpes..makanan pun sedap-sedap. Dulu dekat kedai lain, sekarang dah pindah ke kedai baru..

menu-menu bekpes pun sedap-sedap belaka. Antara menu yang aku makan di Dapoq 5 beradek ni adalah koat teow kerang, roti bakar coklat dan lontong sambal.

lontong sambal
lontong sambal

roti bakar coklat
roti bakar coklat

koay teow kerang
koay teow kerang
Kepada yang nak try makan di Dapoq 5 Beradek ni, boleh cari di Bertam Putra, Bertam Kepala Batas Pulau Pinang. Aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.

GPS koordiant: 5.518957701759923, 100.47954693967536

https://maps.app.goo.gl/EFRLssfQLmqdMvBm6

Jom sarapan pagi di TOK BA Kopitiam, Bertam Kepala Batas Pulau Pinang

TOK BA Kopitiam, Bertam Kepala Batas
TOK BA Kopitiam, Bertam Kepala Batas

TOK BA Kopitiam
TOK BA Kopitiam
Port sarapan pagi di Bertam Kepala Batas, korang boleh try di TOK BA Kopitiam yang terletak di no 33, 11, Persiaran Dagangan, Pusat Bandar Bertam Perdana, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang. TOK BA ni buka dari jam 8 pagi hingga 4 petang setiap hari kecuali hari rabu. Menu-menu dekat sini pun sempoi-sempoi jugak dan yang penting sedap. Ada apa di sini? korang boleh tengok gambar menu kat bawah ni.👇👇👇👇
TOK BA Kopitiam menu
TOK BA Kopitiam menu

TOK BA Kopitiam menu
TOK BA Kopitiam menu
Aku pilih menu char koay teow (kering), mee kari, nasi lemak ayam berempah, roti canai signature tok ba, roti bakar kaya butter dan roti bakar telur goyang. Semua sedap-sedap belaka, tapi harga kayangan sikit laaa😬😬😬.... Camna rupa menu yang aku order tu, boleh tengok dalam gambar-gambar di bawah ni👇👇👇👇
roti bakar telur goyang
 roti bakar telur goyang

roti bakar kaya butter
roti bakar kaya butter

mee kari
mee kari

char koay teow
char koay teow

nasi lemak ayam berempah
nasi lemak ayam berempah

roti canai signature tok ba
roti canai signature tok ba
Air pulak aku pilih air chocolate, soya gula merah, kopi jalanan makloom dan 2 teh tarik (ais)...Ada banyak lagi pilihan air yang lain yang korang boleh pilih.
ini lah barisan air yang aku order
ini lah barisan air yang aku order
Ok lah..itu je aku nak habaq kat korang kisah aku di TOK BA Kopitiam ni😂😂😂😂😂😂...Jangan lupa cerita kisah korang pulak di sini. Kepada yang nak datang ke sini, aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang untuk ke sini.

GPS koordinat: 5°30'50.4"N 100°26'55.9"E atau 5.513979056362402, 100.448828