Showing posts with label petai. Show all posts
Showing posts with label petai. Show all posts

Resepi Gulai Udang Bersama Petai

 

Gulai Udang Bersama Petai
Gulai Udang Bersama Petai

Bahan-bahannya:
  • 400gram udang saiz besar ( buang janggut dan gunting sedikit ekornya)
  • 3 papan petai ( buangkan kulit putihnye dan petai dibelah dua)
  • 2 batang serai - dibelah dua ataupun dititik
  • 8 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah)
  • 2 cawan santan+1 cawan air
  • 1 keping asam gelugor
  • sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk
  • sedikit garam
caranya:
  • Kisar halus ataupun tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga lumat, kemudian curahkan ke dalam periuk dan masukkan serai yang telah dititik tadi, kacau sebentar.
  • Selepas itu masukkan 2 cawan santan, dan 1 cawan air, masa ni guna api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan petai, masak sehingga petai betul-betul empuk, selepas itu baru masukkan udang, jangan masak udang terlalu lama, sesuaikan rasa, masukkan garam.
  • Setelah udang masak, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas bersama nasi putih, selamat mencuba.
  • santan nye pekat lagi sedap, jangan buat cair sangat kuahnye tu ye
Nota: 
Kalau nak tau udang tu overcooked, isinya akan kecut sedikit dari kulit, dan pastikan kita masak udang tidak terlalu lama, dalam 8 minit lebih kurang, untuk mengekalkan kemanisannye

Resepi Masak Lemak Cili Api Daging Salai + Petai

Masak Lemak Cili Api Daging Salai + Petai
Masak Lemak Cili Api Daging Salai + Petai

Bahan-bahan:
1/2 kg daging
  • serbuk kunyit dan garam halus (lumur pada daging)
  • 5 papan petai (amik isi shj)
  • *santan
  • *kunyit hidup
  • *bawang besar 1 biji (saiz kecil ja)
  • *cili padi 5-6 biji
  • *cili besar 1 biji
  • *sedikit belacan
  • serai (diketuk)
  • asam keping
  • garam
  • buah tomato (belah 6)
  • cili besar hijau (belah 2)
Cara-cara:
  • daging digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. kemudian disalai/bakar..bila dah siap salai/bakar,hiris nipis-nipis.
  • bland bahan bertanda * dan tuangkan dalam periuk 
  • kemudian masukkan daging dan serai.
  • masak dengan api sederhana.biar mendidih.masukkan petai, asam keping dan garam.biar masak seketika...
  • sebelum padam api masukkan cili hijau dan buah tomato
  • sedia hidang..nak bagi harum tambah hirisan daun kunyit

Resepi sotong cili padi petai

 
Sotong cili padi petai
Sotong cili padi petai

Bahan-bahan:
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili api cmpur skit yg merah
  • Serai
  • Petai
  • Sotong
Cara-cara:
Blend semua kecuali serai..petai dan sotong..serai titikkn je..tumis semua yg di blend td..masukkn la serai..petai..sotong dan perasa2 sewaktu dgnnya.

Kredit resepi: Zairah Nazri  

Cara-cara buat Ikan Bilis Petai Cili Api

Ikan Bilis Petai Cili Api
Ikan Bilis Petai Cili Api

Bahan bahan:
  • 1 mangkuk ikan bilis - goreng garing
  • Bawang Putih (Hiris)
  • Bawang Holand (Hiris)
  • Petai (Belah dua)
  • Cili Api (Hiris)
  • Garam 
  • Gula 
Cara-cara:
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang holand, masukkan petai, garam, gula dan cili api. Dah masak semua masukkan ikan bilis yang dah di goreng garing tu. Kacau sampai sekata.

RESEPI AYAM MASAK CILI HIJAU PETAI

AYAM MASAK CILI HIJAU PETAI
AYAM MASAK CILI HIJAU PETAI

Bahan:
  • Ayam 1 ekor
  • Cili padi hijau 10 batang
  • Cili hijau 5 batang
  • Bawang putih 3 ulas
  • Bawang merah 4 biji
  • Serai 1 batang
  • Daun pandan 1 helai
  • Cili padi hiasan 6-7 biji
  • Petai
  • SOS ikan 2 sudu besar
  • Serbuk perasa 1 sudu kecil
  • Garam (agak2)
  • Serbuk belacan 1 sudu kecil(jika suka)
  • Minyak masak(Yang baru untuk mengoreng ayam)
Cara memasak:
1)ayam dicuci bersih. gaulkan bersama kunyit Dan garam
2)mengunakan minyak masak Yang baru untuk goreng ayam Dan goreng ayam sehingga masak
3)kisar atau tumbuk cili hijau,cili padi hijau,bawang putih Dan bawang merah
4)mengunakan minyak ayam tadi(anggaran 1-2 senduk) 
5)masukkan daun pandan Dan serai masak sehingga Naik bau atau kekuningan
6)masukkan bahan Yg telah dikisar Dan masak sehingga pecah minyak
7)masukkan Serbuk belacan,petai dan cili padi,Gaul sebati.Dan masukkan perasa Knorr Dan SOS ikan
8)Dan akhir sekali,masukkan ayam daun Gaul rata,(jika tak cukup masin,tambah Kan sedikit garam)

kredit resepi: nurul ateekah

Resepi sambal hijau bilis petai

sambal hijau bilis petai
sambal hijau bilis petai

Bahan:
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang besar
  • 1 biji tomato
  • 1/2 inci halia
  • 10 biji cili padi hijau (Nak pedas boleh tambah lagi)
  • Garam
  • Gula melaka
  • Perahan lemon
  • Belacan bakar
Cara:
1. Goreng ikan bilis. Minyak biarkan untuk tumis bawang.
2. Potong besar bawang merah, bawang putih, halia & tomato.
3. Guna minyak yang sama tadi untuk tumis bawang merah, bawang putih, halia, tomato & cili padi hijau. Tumis hingga layu.
4. Toskan bahan tumis, masukkan sedikit air dan blend hingga hancur.
5. Guna minyak tumis tadi untuk menumis bahan2 yang dah di blend.
6.  Masukkan belacan bakar dan tumis hingga pecah minyak. 
7. Masukan air perahan lemon, gula melaka dan garam. 
8. Masukan petai dan ikan bilis tadi yg telah goreng.