Showing posts with label roti. Show all posts
Showing posts with label roti. Show all posts

Resepi roti gebu

roti gebu
roti gebu

Bahan-bahan:
  • 5 gm garam
  • 500 gm tpg h. protien@tpg roti
  • 100 gm gula
  • 20 gm susu tepung
  • 5 gm bread softner
  • 5 gm bread improver
  • 11 gm yis 
  • 1 biji telur saiz A@2 biji telur saiz C
  • 70 gm butter@marjerin
  • 200 gm air sejuk
(kalau nak buat roti pandan letak 1 sudu besar pandan paste dalam adunan)

Caranya:
  • masukkan satu persatu bahan diatas kecuali air ke dalam mangkuk mixer
  • masukkan air sikit demi sedikit tengok kalau doh agak lembik jangan masukkan semua
  • uli sampai dah betul-betul elastik-keluarkan doh rehatkan dalam 5 minit
  • timbang doh dalam 30@40 gm, bulat-bulat kan dan susun dalam loyang
  • kalau nak letak inti bulat dulu letak inti baru canai(terpulang nak buat paten mana)-tunggu doh naik 2X..
  • spray atas roti dgn air susu@air biasa.. bakar pada suhu 150@160° selama 30minit terpulang oven masing-masing
  • tunggu sejuk simpan dalam bekas kedap udara@bungkus dalam plastik
  • Selamat Meroti😘

RESEPI ROTI KUKUS

ROTI KUKUS
ROTI KUKUS

Bahan-bahan:
  • 500gm Tepung roti/tepung gandum
  • 120gm gula kastard
  • 300ml susu segar 
  • 2 tsp yis segera
  • Minyak jagung/minyak sayur 100 ml
Cara-cara:
  • campurkan tepung,gula,yis dan susu segar dalam bekas..kecuali minyak masak.
  • uli sampai doh tak melekat di tangan (Adunan memang macam lembik sikit,tapi teruskan uli sampai doh cantik)
  • Rehatkan doh selama 30 minit @ sehingga naik 2 kali ganda.
  • setelah itu,tumbok doh bagi mengeluarkan angin...dan tambah bahan terakhir iaitu minyak masak...
  • uli lagi sampai dok betul-betul elastik....lagi lama lagi elastik doh tu....
  • Terus bahagikan kepada 2 bahagian dan dibentukkan ikut acuan roti 
  • Jangan lupa sapu minyak makan dikeliling bekas roti tu,dan letak kertas minyak ok...Biar adunan naik 2 kali ganda...
  • Boleh la dikukus selama 30 minit @ sehingga masak...
  • sedap di makan bersama kaya @ kuah kari
TIP UNTUK KUKUS ROTI NI SUPAYA CANTIK:
  • Kukus roti bila pengukus betul-betul panas.
  • jangan kukus dengan api yang perlahan,sebab bila api perlahan wap tu tak cukup untuk mengembangkan roti ke tahap maksimum...
  • Guna api sederhana sahaja.
  • bila roti dah masak,jangan terus buka penutup pengukus tu....tutup api dan biarkan seketika selama 15 minit...Tujuan nyer adalah untuk mengelakkan roti kukus ni berkedut.
  • pastikan penutup pengukus ditutup dengan kain yer
  • Pastikan roti sudah sejuk baru la di potong...
  • Boleh la di makan bersama kaya @ kuah kari
Selamat Mencuba....

Kredit resepi: noah asfa

Resepi Kebab Roti cheese leleh

Kebab Roti cheese leleh
Kebab Roti cheese leleh

Bahan-bahan:
  • Minced beef sepeket
  • Serbuk kari - 2 sudu
  • Serbuk cili - 1 sudu
  • Bawang merah & putih potong dadu kecil-kecil
  • Garam
  • Mix herbs - sikit je buat bau-bau herbs
  • Daun sup
  • Telur 2 biji
Cara-cara:
  • Tumis bawang merah & putih
  • Masukkan minced beef + serbuk kari + serbuk cili + mixed herbs + garam
  • Masak hingga daging dah masak...tutup api
  • Kemudian masuk daun sup yang dipotong kecil
  • Pecahkan telur dan gaul hingga sebati
  • Sedia untuk dimasak menggunakan pan yang sesuai
Kredit resepi: Nur Farrah Salleh  

Korean Garlic bread Parmesan cheese

Korean Garlic bread Parmesan cheese
Korean Garlic bread Parmesan cheese

Bahan-bahan: 
  • 1kg Roti
  • Tepung high protein 1kg
  • Gula 150gm
  • Garam 10gm (Secubit)
  • Susu tepung 40 ke 50 gm
  • Yis kering 20 gm
  • Bread improver 5gm
  • K fine 15gm/softner/water roux(google la apa benda ni)
  • Air + ais batu timbang bersama jadikan 550gm
Cara-cara:
  • Campur mixed sebati semua bahan dahulu .. baru masuk majerin 100gm
  • siap uli sampai elastik 
  • rounding 50-60g doh ikut korang rasa nak buat atau nak jual besar mana ya
  • bila dah kembang cantik baru bakar
  • suhu 170/180 masa 15 /20 minit atau sampai dia keperang perangan
  • keluarkan dan biarkan sejuk kejap baru belah 6 pakai pisau mata gergaji
kalau nak senang pakai je lah roti burger nak cepat sikit siap.

Bahan inti:
  • untuk cheese:ulang mengadun cheese jika adunan banyak
  • 500g Cream Cheese
  • 20g gula ising
  • sedikit garam halus
  • 150g parutan cheddar
  • kacau sebati
Cara-cara:
  • pukul sehingga sebati
  • masukkan cheddar parut dan kacau
Untuk limpahan kuah berperisa:
  • salted butter /majerin- 250g
  • bawang putih - 1 labu (cincang)
  • parsley (kering)
  • mayonis - 2tbsp
Cara-cara:
  • campurkan semua bahan .
  • guna kaedah double boil untuk cairkan butter
cara-cara step nak isi inti roti:
  • paip kan cheese kedasar roti yg di belah
  • celup dgn kuah die td rata2 dalam2 sekali
  • tabur parsley dan parmesan cheese
  • kemudian bakar semula 8-10 mnt suhu 170
  • keluakan dan makan panas-panas 
Kredit resepi: Azlina Ina  

MONKEY BREAD

MONKEY BREAD
MONKEY BREAD

Bahan A:
  • 240 gramtepung berprotein tinggi/tepung roti
  • 60 gram tepung kek
  • 5 gram yis kering
  • 20 gram gula
  • 4 gram garam
  • 1 biji kuning telur
  • 175 gram air
  • 20 gram mentega
Bahan B:
  • 40 gram mentega cair
  • 40 gram kacang walnut kisar +70 gram gula perang–digaulrata
  • 1 biji putih telur
Caranya:
  • Dalam mesin pemutar masukkan bahan A kecualimentega,putar sehingga menjadi doh,kemudian masukkan mentega putar lagi sehingga menjadi doh yang licin dan lembut.
  • Rehatkan doh sehingga mengembang dua kali ganda.
  • Ambil doh dan uli sedikit,bulat-bulatkan doh menjadi bebola kecil.
  • Golekkan doh didalam mentega cair,gaulkan dengan campuran badam dan gula kemudian golek-golekkan kedalam putih telur.Susun kedalam Loyang yang telah disapu mentega.
  • Rehatkan doh sehingga mengembang dua kali ganda.
  • Bakarpada suhu180°Cselama 20 minit.

kredi resepi: zila_norazila

ROTI TITAB-resepi mudah sarapan Pagi

ROTI TITAB
ROTI TITAB

Bahan-bahan:
  • Roti bata yang dipotong (jadi lebih tebal dari roti sandwich biasa)
  • 1 biji telur separuh masak
  • Mentega
  • Kaya
Cara-cara.
1. Sapu mentega pada roti dan bakar roti sebentar.
2. Kemudian letakkan kaya di pepenjuru roti yang sudah siap dibakar tadi.
3. Pecahkan telur separuh masak di atas roti tadi. Sedia untuk dinikmati.

Sosej gulung uli sos

Sosej gulung uli sos
Sosej gulung uli sos

Bahan:
Doh

  • Tepung gandum 400g*
  • Yis 2 sudu makan*
  • Gula 2 sudu makan*
  • Baking powder 1 sudu kecil*
Air suam 1 gelas
Minyak masak 1/3 gelas
Sosej yg siap

Cara:
  • Gaulkan bahan bertanda * sehingga sebati
  • Masukkan air perlahan2 sambil uli2 kemudian masukkan minyak... dah siap jadi doh sedia digulung-gulungkan dekat sosej....
  • Siap digulung sedia digoreng....guna api sederhana...siap digoreng toskan
Resipi sos:
  • Bawang merah 2 ulas*
  • Bawang putih 3 ulas*
  • Sedikit air

*blend kemudian tumiskan bawang tadi....sehingga naik bau...masukkan sos cili...masukkan sedikit air....masuk sedikit gula...dah pekat sikit rupa sos ya masukkan sosej gulung dah digoreng tadi....gaul-gaul sehingga sekata...masukkan kacang tumbuk....siapp....

Kredit resepi : Nora Afandi  

RESEPI BUN COKLAT LEMBUT

 

BUN COKLAT LEMBUT
BUN COKLAT LEMBUT 

Bahan-Bahan:
Bahan-bahan untuk doh:

  • 300g tepung high protein atau tepung roti
  • 30g serbuk koko
  • 5g yis segera
  • 65g gula kastor
  • 5g garam halust
  • 50ml susu full cream
  • 150ml air
  • 40g mentega
Bahan untuk inti:
  • ketulan coklat
Bahan untuk sapu (egg wash) dan hiasan:
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar air
  • secubit garam
  • coklat rice secukupnya
Cara Penyediaan:
  • Ayak tepung bersama serbuk koko.
  • Masukan bahan-bahan untuk doh di dalam breadmaker mengikut arahan breadmaker anda.
  • Press mode uli dan tunggu hingga doh sedia untuk dibentukkan.
  • Angkat doh tumbuk keluar ketulan angin.buat bebola kecil dan timbang seberat seberat 40g setiap satu.
  • Masukkan inti ketulan coklan di tengah dan bulatkan. Susuh di atas dulang yang telah digris dengan minyak atau mentega. Susun dengan menjarakkan doh sedikit supaya ada ruang untuk don mengembang, anggaran 20-30 minit.
  • Sapukan telur/egg wash dan tabur coklat rice di atas.
  • Panaskan oven kepada suhu 160 celcius. Bakar roti selama 20-30 minit bergantung kepada oven anda.

Resepi roti goreng sayuran krup krup

 

Roti goreng sayuran krup krup
Roti goreng sayuran krup krup

Bahan-bahan
  • 5-6,keping roti gardenia
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1 cawan air*
  • 1 biji telur*
  • Sedikit daun sup*
  • Sedikit karot yg disagat*
  • Sedikit garam*
Cara-cara
Satukan bahan bertanda * sebatikan
Roti di potong ikut cita rasa masing-masing
Celup roti dalam adunan dan goreng hingga kekuningan.
Siap dihidangkan.. Boleh dimakan begitu saja atau sos dan mayonis...

kredit: danisya dhia farisya

RESEPI ROTI GULUNG CHEESE KOSONG

Bahan-bahan:

6 keping Roti
Segenggam Cheese Cheddar Shredded
1 biji Telur
Secubit Garam Himalaya
Secubit Ajinomoto
Segenggam Panko Breadcumbs

Cara-cara:

1. Potong tepi roti.
2. Leperkan roti di tengah. Biar tinggal sikit di hujung untuk kita kepit nanti
3. Letak cheese dan gulung
4. Kepit kedua-dua hujung roti
5. Pukul sebati Telur, Garam & Ajinomoto
6. Celup roti dalam telur & roll dalam breadcrumbs
7. Panaskan minyak & goreng hingga keemasan
8. Makan panas-panas memang layan 

Kredit: MinSha