RESEPI NASI MINYAK

resepi nasi minyak
resepi nasi minyak

Bahan-bahan
Nasi:
  • 3 cawan beras basmati
  • 1 sudu besar garam kasar
Aromatik:
  • 5 bawang merah, dihiris nipis
  • 2 ulas bawang putih, dipukul alu & dicincang halus
  • 2 cm halia, dipukul alu & dicincang kasar
Untuk menggoreng:
  • 5 sudu besar ghee
  • 3 daun pandan, diikat
  • 2 batang kayu manis 4cm
  • 3 bunga lawang
  • 1 sudu kecil buah pelaga
  • 1 sudu kecil bunga cengkih
Untuk memasak:
  • 3 sudu yoghurt
  • 3 batang daun sup, dikerat
  • 1 cawan susu sejat
  • 2 cawan stok ayam
  • 1 cawan air
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 sudu besar ghee
Penghiasan:
  • 1 sudu besar bawang goreng
Cara-cara:
  • Bilas beras sehingga air jernih. Langkah ini akan memerlukan beberapa bilasan.
  • Rendam beras dengan air garam selama 1 jam. Tapis dan simpan tepi.Potong dan campur bahan-bahan aromatik.Pada suhu api tinggi, panas dan cairkan ghee di dalam kuali besar.
  • Bila ghee cukup panas untuk menggoreng, kira-kira 190°C, masukkan pandan, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih. Masukkan campuran aromatik. Goreng sehingga tepi-tepi bahan aromatik mula berkaramel.
  • Masukkan beras dan kacau hingga rata. Terus kacau sehingga beras berwarna perang sedikit dan mengeluarkan aroma seperti kacang. Ini akan mengambil masa kira-kira 5 minit.
  • Masukkan nasi dan semua bahan dari kuali ke dalam periuk nasi.
  • Masukkan yoghurt dan kacau.
  • Seterusnya, masukkan daun sup, diikuti susu, stok ayam dan air. Masukkan garam, gula dan ghee dan kacau untuk campur.
  • Masak seperti biasa dalam periuk nasi.Setelah masak, hidang nasi di atas bekas hidangan dan keluarkan bahan-bahan besar seperti pandan dan kayu manis.Hias dengan bawang goreng.
Tips Tambahan dari Chef:
  • Lebih baik kualiti beras basmati anda, lebih sedap nasi minyak anda.
  • Cuba keluarkan bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih dari nasi masak sebelum disajikan. Bahan-bahan ini menambah banyak rasa dan wangian kepada mana-mana masakan, tetapi agak pahit jika digigit. Bahan-bahan ini agak kecil, jadi keluarkan sebanyak mungkin dan beri amaran kepada tetamu tentang potensi tergigit ‘perangkap’ ini.
  • Guna saiz cawan yang sama untuk beras dan bahan cecair anda. Kami cadang anda guna cawan pengukur dan bukan cawan yang biasanya datang dengan periuk nasi kerana ukuran mungkin berbeza.
  • Jika ingin menambah perisa setelah nasi minyak telah masak, taburkan sedikit kismis untuk rasa manis-manis.
Kredit resepi: butter kicap 

No comments:

Post a Comment