1

2

3

4

Showing posts with label bubur lambuk. Show all posts
Showing posts with label bubur lambuk. Show all posts

Resepi Bubur Lambuk

Bubur Lambuk
Bubur Lambuk

Bahan-Bahan:
  • 2 cawan beras [basuh dan toskan]
  • 1/2 biji kelapa, diambil santan pekat
  • 1/2 kg daging tetel [potong kecil]
  • 2 s/b minyak sapi
  • 3 s/b minyak
  • 2 helai daun pandan [basuh dan dikoyak2kan]
  • garam/gula secukup rasa
  • air
  • 1 cawan udang kering [rendam air panas dan tumbuk lumat]
  • 1 cawan bawang goreng
  • 4 ulas bawang putih [dimayang]
  • 2 biji bawang besar [dimayang]
  • 1 inci halia [dimayang dan potong jadi macam batang mancis]
Rempah tumis :
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 sudu kecil halba
  • 2 biji buah keras [ditumbuk]
Bahan rempah [ goreng kering dan mesin halus]:
  • 1 sudukecil jintah manis (saya pakai jintan putih)
  • 1 sudukecil ketumbar
  • 1 sudukecil lada sulah
  • 1 sudukecil lada hitam
Bahan-bahan sampingan [optional] :
  • 2 batang carrot dipotong dadu
  • 1/2 cawan kurma dibuang biji
  • bahan hiasan [mayang]
  • 3 tangkai daun sup
  • 2 tangkai daun bawang
  • Bawang goreng
Cara-cara memasak:
  • Panaskan minyak dan minyak sapi 
  • Tumis rempah yang telah dikisar tadi, rempah tumis, bawang putih, daun pandan & bawang besar
  • Kemudian masukkan udang kering, tumis lagi
  • Kemudian masukkan daging. 
  • Tumis sehingga naik minyak.
  • Masukkan air dan didihkan sehingga daging separuh empuk. 
  • Masukkan beras dan kurma dan tambah air jika nampak kering. Reneh sehingga beras hancur dan daging lembut.
  • Tambah air kalau bubur nampak semakin kering ketika menunggu ia pecah
  • Ketika ini boleh masukkan carrot jika mahu.
  • Apabila beras sudah nampak pecah, masukkan santan pekat dan perisakan dengan garam/gula secukup rasa
  • Bila bubur sudah tanak dan elok, hidangkan dengan bahan-bahan hiasan

Cara membuat Bubur Lambuk (resepi)

Cara membuat Bubur Lambuk (resepi)
Cara membuat Bubur Lambuk (resepi)

Bahan-bahannya adalah :
  • 200gram Daging (potong kecil-kecil) 
  • Sedikit Udang Kering (ditumbuk sehingga hancur) 
  • Segenggam Lobak Masin (hiris nipis2) 
  • 3 ulas Bawang Merah (hiris) 
  • 2 ulas Bawang Putih (hiris) 
  • 2cm Halia (hiris) 
  • 3 beradik (kulit kayu manis 
  • bunga lawang dan buah pelaga) 
  • 1/2 sudu teh Lada Hitam 
  • Sedikit Halba 
  • Santan 1/2 cawan 
  • Garam secukup rasa
  • 1 genggam Beras 
Cara memasak Bubur Lambuk Mudah Dan Sedap 
  • Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Lepas tu masukkan pula lada hitan, halba dan 3 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga) 
  • Bila dah garing sikit, tumis pula udang kering dan daging. Kalau macam kering sangat, letak air sikit..pastu sambung tulis semula. Kacau-kacau sikit pastu masukkan lobak manis. Jangan risau..bila lobak masin ni dah masak, dia tak masin. yang bestnye anda akan rasa kenyal-kenyal sikit. 
  • Bila semua dah sebati dan dah masak, periuk tersebut bolehlah di penuhkan dengan air. Saya letak air 1/2 periuk dulu..saya masak macam masak nasi biasa, lepas tu bila dah nak kering saya tambah air lagi, pastu nak kering saya tambah air lagi (rajin sangat kan..kekekeke). Ohh ye lupa pula, jangan lupa masukkan beras juga..karang tak jadi pula bubur lambuk sedap ni tau
  • Bila bubur dah hampir masak, last sekali masukkan santan dan garam. Biar seketika dalam 5minit, pastu bolehlah tutup api.