Showing posts with label badak berendam. Show all posts
Showing posts with label badak berendam. Show all posts

Resepi Badak Berendam

Badak Berendam
Badak Berendam

Bahan-Bahan:
Bahan untuk inti:

  • 1/2 biji kelapa parut
  • 2 sudu besar gula pasir
  • gula melaka secukupnya
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu besar tepung gandum
  • 1 helai dauh pandan, ikat simpul
Bahan untuk kuah:
  • 3 cawan santan
  • 3 sudu besar tepung beras, bancuh dengan sedikit air
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 helai daun pandan, ikat simpul
Bahan untuk badak berendam:
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 1/2 cawan air pandan (tak perlu pekat sangat)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • pewarna merah
  • pewarna hijau
Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk inti kelapa:

  • Panaskan kuali. Masukkan kelapa, gula melaka, dan gula pasir. Kacau bersama daun pandan yang disimpul bersama air. Pastikan inti kelapa ini cukup manisnya. 
  • Kalau kurang ,anis, tambah lagi ketulan gula melaka. Bila agak kering taburkan tepung gandum dan terus kacau sehingga masak supaya inti melekat senang dibuat bulat.
Cara-cara untuk kuah santan:
  • Masak santan bersama bancuhan tepung beras, garam dan daun pandan.
  • Masak di atas api perlahan dan kacau sehingga mendidih. Pastikan anda selalau kacau kuah supaya tidak berketul.Hidangkan bersama bebola badak berendam.
Cara-cara untuk badak berendam:
  • Bancuh tepung pulut bersama air pandan dan garam sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh dibentuk bulat.
  • Bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian di uli sekata bersama pewarna hijau, dan satu bahagian lagi di uli bersama pewarna merah.
  • Bulatkan sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan inti kelapa dan bulatkan dengan kemas.
  • Rebus bebola di dalam air mendidih sehingga timbul di permukaan. Sejat air dan masukkan ke dalam kuah santan.

Kredit resepi: Che' Nom via i resepi

Resepi kuih badak berendam

 

badak berendam
badak berendam

Bahan-bahan:
  • Inti kelapa
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan gula merah timbang
  • 2 sudu gula pasir
(saya renjiskan 3 kali renjis kicap manis) 
(satukan kacau-kacau hingga larut dan tapis)
  • 1 biji kelapa parut
  • 1 1/2 sdb tepung gandum
  • Secubit garam
  • 1 helai daun pandan disimpul
Caranya:
Panaskan air gula merah dan daun pandan dalam kuali..bila mendidih masukkan kelapa parut..gula..garam..kacau hingga agak kering masukkan tepung gandum..dah sebati tutup api..biarkan sejuk.

Bahan untuk tepungnya:
  • Didihkan air dalam periuk..sambil-sambil tu bancuh bahan doh hijau.
  • 2 cawan tepung pulut
  • 2 sdb membukit tepung gandum
  • 1 cawan air pandan 
(kisar 1 cawan air dengan 3 helai daun pandan dan perah amik patinya)
(satukan tepung dan pati pandan..gaul hingga jadi doh yg tak melekat ditangan)

Bulat-bulatkan doh..masukkan inti kelapa..kemudian masukkan dalam air yang dididihkan tadi..dah timbul angkat..susun bebola hijau tu daalm bekas tupperware (guna daun pisang yang dibentukkan 4 segi lagi cantik)

Bahan kuah putih:
  • 3 cawan santan pekat
  • 1/2 sdt garam
  • 3 sdb membukit tepung beras
  • 2 sdb membukit tepung gandum
(satukan semua bahan ini dalam periuk..kacau guna whisk/senduk hingga larut...kemudian masak atas api hingga naik wap..jangan sampai pekat likat..sekadar naik wap sahaja)

Caranya:
Panaskan kukusan hingga air mendidih..tuang bahan kuah putih dalam bekas yang berisi bebola hijau tadi..jangan sampai penuh..kukus selama 7-10minit..api sederhana perlahan (jangan guna api besar tau) siap..boleh dimakan panas atau sejuk..

Selamat mencuba

kredit resepi: MARIANA ZAINAL