Resepi Kung Pao Udang Lipan

Kung Pao Udang Lipan
Kung Pao Udang Lipan

Bahan-bahan :
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak bijan
  • ***Kesemua bahan-bahan ini di satukan dalam mangkuk dan dikacau sebati.
  • 5 tangkai cili kering
  • Seinci halia potong nipis
  • Daun bawang

Cara-cara:

Isi udang lipan dibasuh bersih diletakkan dalam mangkuk. Pecahkan sebiji telur diambil putihnya sahaja, sedikit serbuk kunyit, sedikit garam gaulkan bersama isi udang lipan tadi.

Isi udang lipan tadi dibolak balikkan di dalam mangkuk yang berisi tepung gandum dan digoreng didalam kuali yang berisi minyak sederhana panas.

Goreng sehingga warna keemasan, angkat dah toskan sebentar...

Panaskan kuali dengan sedikit minyak, masukkan cili kering seterusnya sos yang disebatikan tadi.. Masukkan seinci halia yang dipotong halus... Agak-agak mendidih masukkan udang lipan dan daun bawang.

Siap untuk dihidangkan. 

No comments:

Post a Comment