Rendang Padang Ikan Kembung |
Bahan-bahan:
- Ikan - apa jenis pon boleh.Bersihkan dan di lumur kunyit serta garam.
- Di goreng macam biasa.
Bahan kisar:
- 20 biji cili padi..anggaran..nak lebih pedas boleh tambah..*
- Cili hijau 5 biji*
- Cili merah 3 biji*
- Bawang Besar 2 biji*
Semua yg di tanda* ditumbuk kasar guna lesung. Kalau nak blender..boleh juga. Tapi yang sedap..memang kena tumbuk.
- Asam keping 2/3
- Garam gula,perasa secukupnya..
- Minyak untuk menumis( kena lebih). Boleh guna bekas minyak goreng ikan tu juga.
Cara-cara:
- Bila semua bahan dah siap tumbuk, panaskan minyak..tumis bahan kisar sehingga pecah minyak, kemudian masukkan asam keping, gula, garam,perasa dan masak hingga sebati.
- Agak-agak nak kering sedikit, masukkan ikan yang telah di goreng tadi dan sesuaikan rasanya.
- Bila dah sebati serta kuah dah sedap mata memandang, boleh la tutup api dan hidangkan bersama nasi panas.
- Selamat mencuba.
p/s: boleh juga guna dalam masakan terung
Kredit resepi: Fatimah Ali
No comments:
Post a Comment