Showing posts with label Ipoh. Show all posts
Showing posts with label Ipoh. Show all posts

Makan Sate Kajang di restoran D' Putra Sate Kajang, Klebang Ipoh Perak

restoran D' Putra Sate Kajang
restoran D' Putra Sate Kajang
Kepada peminat sate kajang yang berada di area Chemor, Klebang, Ipoh, boleh la cari restoran D'Putra Sate Kajang . Di restoran ni ada perlbagai jenis sate selain sate ayam dan sate daging... Yang bestnya saiz satu di restoran ni besat-besar...puas hati makan ooooo....dan juga sedap, sate yang tak kering sangat dan ber juicyπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜
sate ku order tengah di bakar
sate ku order tengah di bakarπŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜Ž
Memang sempoi la sate ni...cer tengok saiz sate yang aku order tu.....padu beb!
sate ayam dan sate daging
sate ayam dan sate daging
Kepada korang yang berada di area Klebang ni, moh le kita terjah restoran D'Putra Sate Kajang ni...GPS koordinat dan google Map lokasi restoran D'Putra Sate Kajang di seperti di bawah.

GPS koordinat: 4°41'05.9"N 101°06'47.1"E atau 4.684968, 101.113087

Senarai Pasar malam sekitar Ipoh, Perak - beserta hari beroperasi

 Kepada peminat-peminat pasar malam sekitar Ipoh, korang boleh rujuk list dekat bawah ni senarai pasar malam beserta hari beroperasi. Semua pasar malam ni start beroperasi dari jam 5 petang hingga jam 10 malam.

  1. Pasar Malam Tasek Damai - Jalan Tawas Baru 6 - Ipoh - Isnin
  2. Pasar Malam Taman Perpaduan - Tingkat Perpaduan 1 - Ipoh - Selasa
  3. Pasar Malam Taman Jati  - 1243, Jalan Jati, Taman Meru 3C - Ipoh - Selasa
  4. Pasar Malam Taman Baru Putra - 27, Medan Putra 1, Bandar baru Putra - Ipoh - Rabu
  5. Pasar Malam Taman Bercham Raya - 2, Dataran Perpaduan 12, Taman Bercham Jaya - Ulu Kinta - Sabtu
  6. Pasar Malam Taman Anda - Ipoh - Sabtu
  7. Pasar Malam Bandar Baru Menglembu - 70, Persiaran Kledang Timur 17a, Taman Bandar Baru - Ipoh - Selasa dan Khamis
  8. Pasar Malam Taman Ampang  - Ipoh - Jumaat
  9. Pasar Malam Taman Rasi - Jalan Menglembu Utara 1, Taman Gelombang - Menglembu - Selasa
  10. Pasar Malam Taman Rapat Setia Baru - Jalan Teoh Kim Swee, Taman Rapat Setia Baru - Ipoh - Rabu
  11. Pasar Malam Sri Rapat - Jalan Harilela 1a, Taman Sri Wan - Ipoh - Khamis
  12. Pasar Malam Silibin - 437-453, Jalan Silibin, Taman Sri Wan - Ipoh - Isnin dan Khamis
  13. Pasar Malam Chemor - Chemor - Jumaat
  14. Pasar Malam Sri Kinta - 28, Jalan Sri Kinta 15, Kampung Sri Kinta - Ipoh - Sabtu
  15. Pasar Malam Taman Temara - Jalan Pengkalan Barat 18 - Ipoh - Jumaat
  16. Pasar Malam Desa Aman - No 1, Hala Pegoh Aman 3, Taman Desa Aman - Ipoh - Ahad
  17. Pasar Malam Taman Bersatu - Ipoh - Jumaat
  18. Pasar Malam Pekan Razaki - Ipoh - Jumaat
  19. Pasar Malam Bandar Lahat Baru - Lahat - Selasa
  20. Pasar Malam Station 18 - Susunan Stesen 18, Taman Pengkalan Jaya - Ipoh - Isnin
  21. Pasar Malam Bercham - Hala Bercham Timur 11,Taman Pakatan - Ipoh - Rabu
  22. Pasar Malam Taman Rasi Jaya - Menglembu - Jumaat
  23. Pasar Malam SPPK - Jalan Pegoh, Taman Pengkalan Jaya - Ipoh - Selasa
  24. Pasar Malam Gunung Rapat - 27, Selasar Rokam 11, Taman Ipoh Jaya - Ipoh - Isnin
  25. Pasar Malam Tambun - Jalan Tambun, Sunway City - Ipoh - Isnin
  26. Pasar Malam Soon Choon - Ipoh - Sabtu
  27. Pasar malam Persiaran Putra 4 - Bandar baru Putra - Ipoh - Jumaat
  28. Pasar Malam Klebang Jaya - Chemor - Rabu
  29. Pasar Malam Klebang Jaya - Chemor - Ahad
  30. Pasar Malam Klebang Restu - Chemor - Jumaat
  31. Pasar Malam Taman Mas - Chemor - Khamis
  32. Pasar Malam Meru Permai - Lengkok Meru Permai 1 & 2 - Ipoh - Rabu
  33. Pasar Malam Bandar Baru Menglembu - Menglembu - Ipoh - Isnin
  34. Pasar Malam Bandar Baru Medan Ipoh - Ipoh - Selasa
  35. Pasar Malam Simpang Pulai - 79, Persiaran Sengat Baru 2, Taman bersatu - Ipoh - Selasa
  36. Pasar Malam Taman SPPK - Jalan Pegoh, Taman Pengkalan Jaya - Ipoh - Khamis
  37. Pasar Malam Taman Ipoh Timur - 13, Jalan Medan Ipoh 6, Taman Ipoh Timur - Ipoh - Sabtu
  38. Pasar Malam Taman Rasi - Ipoh - Sabtu
  39. Pasar Malam Taman Pertama  - Jalan Taman Ng Weng Hup, Taman Pertama - Ipoh - Jumaat
  40. Pasar Malam Desa Kencana, Bercham - Ipoh - Ahad
  41. Pasar Malam Bandar Baru Cyber - Ipoh - Rabu
  42. Pasar Malam Taman Tanjung Perdana - Ipoh - Isnin
  43. Pasar Malam Desa Pinji - Ipoh - Khamis
  44. Pasar Malam Medan Gopeng - 11 A, Medan Gopeng 4, Medan Gopeng - Ipoh - Ahad

Sarapan pagi di restoran Nur & Fan, Klebang, Ipoh

restoran Nur & Fan
restoran Nur & Fan
Terasa nak makan roti canai di Klebang, Ipoh, aku pusing-pusing cari last-last terjumpa restoran Nur & Fan ni.. Tu pun secara kebetulan lalu di sini. Disebabkan restoran Nur & Fan ni ada roti canai, jadi aku terus singgah lerπŸ˜…πŸ˜…...

Selain roti canai, menu lain sarapan pagi ada juga kuih muih, ada nasi lemak dengan pelbagai lauk, ada bihun goreng, koay teow goreng, nasi goreng..yang goreng-goreng ni ready make punya la.. Tapi kalau tak silap aku, ada gak menu mee yang berkuah dekat stall dalam restoran ni jugak.

ada roti canai
ada roti canai

ni ler roti canai yang aku makan
ni ler roti canai yang aku makan

ada kuih muih
ada kuih muih

makanan untuk sarapan yang lain-lain
makanan untuk sarapan yang lain-lain
Kalau korang nak bersarapan di sini, boleh le datang...Boleh rujuk gps koordinat dan google map sperti di bawah.

GPS koordinat: 4°41'06.0"N 101°06'53.7"E atau 4.685011, 101.114923

Sedap betul nasi ayam di restoran IPOH Hainan Chicken Rice, Ipoh Perak

 

IPOH Hainan Chicken Rice
 IPOH Hainan Chicken Rice

IPOH Hainan Chicken Rice
 IPOH Hainan Chicken Rice
Ni kali kedua aku datang ke restoran IPOH Hainan Chicken Rice. Kali pertama pada hujung 2018. Masa tu belum lagi ada isu covid ni. Boleh tengok posting aku yang lepas di DISINI. Kali ni datang kena ikut SOP la. kena ikut turn. Ramai orang nak makan di sini. Kena tunggu kat luar kalau dalam restoran full. Parking macam biasa, sama macam aku datang yang first dulu tu, agak mencabar sikit nak cari parking😩😩...

Dah dapat masuk, apa lagi.. terus la order. Nak senang, aku order set jer. Kalau korang nak order ala cart pun boleh. Ada 3-4 jenis set yang korang boleh pilih. Antaranya seperti dalam menu di bawah ni.

IPOH Hainan Chicken Rice - Menu Set (1)
IPOH Hainan Chicken Rice - Menu Set (1)

IPOH Hainan Chicken Rice - Menu Set (2)
IPOH Hainan Chicken Rice - Menu Set (2)
Aku pilih set B (4 pax). Tapi makan tiga orang jer😁😁....Lepas tu add on kerabu mangga dengan apa ntah satu lagi...aku lupa plak nama menu tuπŸ˜…..
cream caremal puding
cream caremal puding

Set B + 2 lagi hidangan add on
Set B + 2 lagi hidangan add on

Set B + 2 lagi hidangan add on
Set B + 2 lagi hidangan add on
Semua sedap-sedap belaka. makan memang puas hati...macam nak pecah perut..semua nak makanπŸ˜‚...Rasa sedap sama macam yang first aku datang tu... nanti boleh repeat lagi kalau datang Ipoh.
air lemon tea satu jug
air lemon tea satu jug

roasted hainan chicken rice
roasted hainan chicken rice

kerabu mangga
kerabu mangga

Deep fried Tauhu with Oyster Sauce
Deep fried Tauhu with Oyster Sauce
Memang puas hati la makan nasi ayam ni. Kepada korang yang nak mencuba makan nasi ayam ni, boleh la datagn ke restoran IPOH Hainan Chicken Rice di Ipoh, Perak. Yang first time nak datang tu mungkin susah sikit nak cari restoran ni. Jadi aku sertakan di sini GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 4°35'57.9"N 101°05'06.3"E atau 4.599425, 101.085081


Restoran Butter Orange, Klebang, Ipoh

 Restoran Butter Orange ni terletak berdekatan dengan AEON Mall Klebang. So senang la sebenarnya nak cari lokasi Restoran Butter Orange ni. Kalau bosan-bosan jalan-jalan dalam AEON Mall tu, rasa lapar dan taknak makan dalam AEON Mall (restoran fast food), boleh la makan di Butter Orange.


Restoran Butter Orange, Klebang, Ipoh
Restoran Butter Orange, Klebang, Ipoh

Dekat sini, korang boleh nak sarapan, nak makan tengahari, nak makan petang dan juga makan malam. Buka setiap hari kecuali hari Isnin. Isnin tutup.

Aku datang waktu malam, jadi menu aku menu makan malam lah. Ada makanan goreng-goreng, makanan ala thai dan ada juga western food.

Makan malan aku di sini, aku order nasi goreng daging merah dan air carrot susu.

carrot susu
carrot susu

nasi goreng daging merah
nasi goreng daging merah

Jika korang nak datang ke restoran butter orange ni, aku sertakan di sini gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.

GPS koordinat : 4°40'46.4"N 101°07'17.8"E atau 4.679553, 101.121609


Makan burger di Restoran 21 Grilled, Taman Cempaka, Ipoh

Restoran 21 Grilled, Taman Cempaka, Ipoh

nak order ala-ala restoran makanan fast food yang lain
Restoran 21 grilled yang terletak di Taman Cempaka, Ipoh, Perak adalah salah satu restoran fast food yang ada di Ipoh. Restoran 21 Grilled ni menyediakan makanan burger sebagai menu utama di sini. Cara nak order makanan pun macam restoran fast food yang lain. Antara menu-menu yang ada di Restoran 21 Grilled ni, boleh rujuk dalam gambar-gambar di bawah:
menu 1, 21 grilled

menu 2, 21 grilled

menu 3, 21 grilled
Restoran ni jugak pernah diterjah oleh team Jalan-Jalan Cari Makan TV3 (JJCMTV3). Sebagai bukti JJCMTV3 pernah hadir dan reviewed restoran 21 grilled, ada tergantung plate JJCMTV3 disebelah dengan kaunter restoran 21 grilled.
Plate Jalan-Jalan Cari Makan TV3
Di Restoran 21 Grilled ni, aku try makan beef burger dan fries cheezy. Tinggi dan sedap pulak burger yang aku order tu. Sedap pun sedap.
beef burger

fries cheezy
Air di restoran ni adalah air bergas seperti pepsi, coca-cola yang sebagainya. Tapi kalau korang nak minum cuppacino ke, mocha ke, betul-betul kat depan restoran ni ada kiosk yang jual kopi tersebut dan boleh minum dalam restoran 21 grilled.
kiosk coffee & cocoa Original Taste (21 CO)

mocha
Kepada yang nak datang ke Restoran 21 Grilled, boleh lah cari di Taman Cempaka, Ipoh, Perak. Aku sertakan juga di sini gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
gps koordinat : 4°35'41.1"N 101°07'37.9"E atau 4.594752, 101.127195

makan tengahari di restoran Saffani, Simpang Pulai

Restoran Saffani, Simpang Pulai
Alamat lengkap Restoran Saffani ni adalah no 54, Persiaran Pulai Baru 2, Taman Muda, 31300 Ipoh, Negeri Perak. Walau pun restoran ni agak tersorok sikit tapi tetap menjadi pilihan untuk orang ramai menjamu selera di sini. Restoran ni buka seawal 6.30 hingga ke 4 petang setiap hari kecuali hari Jumaat.
restoran Saffani

nasi campur dengan ikan keli dan ikan kembung bakar.
Ikan bakar keli yang dicicah dengan air asam sangat sedap. Lagi satu yang aku cuba, masak lemak pun sedap jugak. Masa aku datang ni pun dah dekat pukul 3 petang, jadi banyak makanan yang dah nak habis.
Untuk ke sini, boleh guna gps koordinat dan google map seperti dibawah.
gps koordinat : 4°31'37.4"N 101°07'24.8"E atau 4.527050, 101.123542

Popiah basah dan Popiah goreng SS Ali, Ipoh

Popiah basah SS Ali

Popiah goreng SS Ali
Nak makan popiah basah dan popiah goreng yang sedap, jangan lupa singgah di medan selera Dato Tahwil Azar, gerai no 18. Alamat lengkap, Jalan Raja Musa Aziz, Taman Jubilee, 30300 Ipoh Perak. 
Popiah SS Ali ni mula beroperasi jam 5 petang. Ramai juga yang datang nak makan. Boleh makan di situ atau boleh bungkus.
medan selera Dato Tahwil Azar

gerai no 18, Popiah SS Ali

gerai no 18, Popiah SS Ali
Harga seketul popiah adalah RM1. Satu set popiah sama ada basah atau goreng adalah RM5 (5 ketul popiah).
Ikutkan popiah SS Ali ni asalnya diorang bermula secara kecil-kecilan di Sayong, Kuala Kangsar. Sekarang ni dah generasi yang ketiga perniagaan diorang. SS bermaksud Sultan Saukat, hasil gabungan nama bapa dan anak.
penyediaan popiah basah

popiah basah dan goreng
kepada yang nak merasai sendiri keenakan rasa popiah basah dan goreng SS Ali, boleh la datang ke medan selesa Dato Tahwil Azar, Ipoh. Gerai no18. Aku sertakan sekali dalam ni gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan pencarian korang.
gps koordinat : 4°35'45.5"N 101°05'03.0"E atau 4.595976, 101.084163

Mee Kicap dan Mee Kari Daud Mat Jasak, Ipoh

Kedai makan MEE DAUD MAT JASAK ni terletak di Jalan Dato Onn Jaafar, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak. Mee Daud Mat Jasak ni adalah salah satu tempat yang menjadi tumpuan oleh food hunter. Jika ke Ipoh, pasti food hunter akan bergegas, berpusu-pusu ke sini. Walaupun tempat agak terhad parking, atas sebab ingin mencuba untuk makan mee di sini, pasti akan diusahakan juga untuk dapatkan parking.
Mee Daud Mat Jasak - pandangan dari jalan utama

Mee Daud Mat Jasak - pandangan dari tepi (lorong laluan celah bangunan)
Gambar kat atas tu menunjukan gambaran kedai makan Mee Daud Mat Jasak. Macam tu la rupanya kedai tu. Jangan terkejut, Jalan-Jalan Cari Makan TV3 (JJCM TV3) pun pernah terjah ke Mee Daud Mat Jasak ni. Sebagai bukti, aku sempat snap plat JJCM TV3 tu..tapi agak jauh la sikit.
Jalan-jalan Cari Makan TV3 (JJCM TV3)
Menu diorang simple je. Ada Koay teow, bihun dan mee yang dimasak dalam tiga hidangan iaitu, kari, sup dan kicap. Terjahan aku kali ni, aku cuba mee kari dan mee kicap. Mee kicap boleh pilih nak disertakan dengan sup atau kari. Aku pilih sup. Mee Kicap ni adalah makanan masyarakat cini. Di sini halal la sebab di sediakan oleh orang melayu Islam.
mee kari Daud Mat Jasak

mee kicap Daud Mat Jasak

sup untuk mee kicap
Jadi, jika anda sukakan mee kari dan mee kicap, jangan buang masa, terus saja ke MEE DAUD MAT JASAK sekiranya korang berada di Ipoh, Perak. Keenakan rasanya yang perlu korang cuba sendiri. Sebagai panduan untuk korang, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai panduan dan rujukan untuk ke MEE DAUD MAT JASAK ni.
GPS Koordinat: 4°35'38.9"N 101°04'56.4"E atau 4.594145, 101.082331

Makan tengahari di Restoran Adily Meru, Ipoh Perak

Restoran Adily Meru, Ipoh

Restoran Adily Meru, Ipoh
 Tempat makan tengahari yang meletup sedap di Meru, Ipoh, korang boleh cuba di Restoran Adily Meru. Restoran ni terletak sebelah jalan yang nak menuju ke Chemor. Kira cam senpadan Meru-Chemor la... Kalau nak di ikutkan alamat Restoran Adily Meru ni adalah dalam kawasan Chemor. Alamat: Restoran Adily, A1, Kampung Ulu Chepor, 31200 Chemor, Perak.
Makanan tengahari di Restoran Adily ni punya la banyak. Banyak pilihan makanan untuk korang pilih. Menu di sini menawarkan lebih 100 pilihan menu tengahari. Menu special di sini adalah gulai kawah, kurma kambing (kawah) dan sup tulang (kawah). Masakan ala kampung, aneka ikan bakar, hidangan sayur, ulam-ulaman, ABC, air kelapa muda dan banyak lagi lah....
Jadi tak hairan la restoran Adily ni menjadi tumpuan orang ramai untuk makan tengahari di sini. Kawasan parking pun ada luas dan selesa. takde la nak parking bersepah sangat nanti.
ruang makan yang luas dah selesa
Restoran Adily ni beroperasi setiap hari kecuali hari Jumaat. Jumaat tutup.
Gambar-gambar dibawah ni adalah gambar yang aku sempat snap sekitar restoran Adily ni.
ni makanan tengahari aku

antara lauk pauk yang ada......

ulam-ulaman

lauk pauk

ikan bakar, keli bakar

ayam goreng

lauk lagi....
Kepada yang berada di Ipoh, tengah mencari-cari tempat makan tengahari sempoi, boleh la datang ke restoran Adily Meru ni. Sebagai panduan korang, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan.
gps koordinat : 4°41'57.4"N 101°05'11.7"E atau 4.699267, 101.086570