Showing posts with label tumis darat. Show all posts
Showing posts with label tumis darat. Show all posts

Gulai Nenas Ikan Talang Tumis Darat

Gulai Nenas Ikan Talang Tumis Darat
Gulai Nenas Ikan Talang Tumis Darat

Bahan :
  • Ikan talang masin bahagian kepala, tulang dan isi. -rendam sekejap untuk kurangkan masin
  • 1/2 biji nenas - dipotong kiub
  • 300 ml santan
  • 2 bungkus kecil rempah kari daging / udang
  • 1-2 cawan air
Bahan tumis darat:
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawnag merah
  • 1/2 sudu biji sawi
  • 8-10 helai daun kari
  • 4 sudu besar minyak
Cara-cara:
  • Dalam periuk, masukkan tulang ikan talang dan kepala bersama serbuk rempah kari dan air secukupnya. Rebus seketika supaya rempah masak dan sehingga tulang dan kepala ikan lembut.
  • Masukkan nenas dan isi ikan talang. Masak sehingga mendidih.
  • Masukkan santan dan kacau rata. Masak lagi hingga mendidih dan kuah menjadi mesra. Rasakan garam. Hati hati kerana ikan masin tu ada ada garamnya sendiri.
  • Tumis bahan tumis darat didalam kuali yang berasingan bersama sedikit minyak. Tumis sehingga garing dan wangi.
  • Tuang bahan tumisan kedalam periuk kari tadi. Minyak tumis jangan dimasukkan semua.
  • Kacau rata dan tutup periuk rapat supaya bau tumis meresap kedalam kuah.
  • Lepas seketika bolehla dihidangkan.

Resepi Gulai Ketam Tumis Darat

Gulai Ketam Tumis Darat
Gulai Ketam Tumis Darat

Bahan-Bahan:
  • 4 Ekor Ketam
  • 1/2 Biji Nenas
  • Sebungkus rempah kari ikan 
  • Santan 
  • Bawang Putih, Bawang Merah dan daun kari untuk menumis (Bawang putih dan bawang merah dipotong halus)
Cara Memasak:
  • Ketam yang telah dibasuh bersih dicampur dengan rempah kari dan air. Air agak-agak ler, jangan banyak sangat.
  • Apabila agak ketam tu dah masak dan rempah tu pun agak dah kering sikit, terus masukkan santan dan Nenas. Kuah ikut suka nak banyak ke sikit.
  • Kecikkan api, apabila kuah tu mendidih kacau perlahan-lahan. 
  • Agak-agak masakkan kita dan mendidih serata, dah boleh tutup api. 
  • Panaskan minyak tumis bawang merah,bawang putih dan daun kari,dah garing masukkan kedalam periuk gulai tadi..Kacau-kacau,siap...
Kredit resepi: Noor Baini Bakar