Showing posts with label muffin coklat. Show all posts
Showing posts with label muffin coklat. Show all posts

RESEPI MUFFIN COKLAT HAZEL NUT

MUFFIN COKLAT HAZEL NUT
MUFFIN COKLAT HAZEL NUT

Bahan-Bahan:
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 biji telur
  • 3/4 cawan coklat cip
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar nutella
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1/3 cawan kacang hazelnut
  • 1 cawan susu full cream
  • 1/3 cawan minyak jagung atau mazola
Cara Penyediaan:
  • Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius. Ayak tepung gandum bersama serbuk baking soda, serbuk baking powder, serbuk koko dan garam.
  • Dalam mangkuk berasingan masukkan susu, telur, esen vanila, minyak jagung/mazola dan nutella. Kacau sebati. Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering iaitu bahan ayak tadi.
  • Kacau dengan menggunakan spatula sehingga sebati. Masukkan coklat cip dan hazelnut yang dicincang kasar.
  • Sudukan ke dalam muffin cup, 3/4 penuh. Taburkan dengan coklat cip dan bakar selama 20-25 minit. Boleh juga ditabur dengan hazelnut cincang.
  • Cucuk dengan lidi di tengah dan apabila lidi besih ketika ditarik keluar muffin sudah masak sepenuhnya.

Resepi Muffin Coklat Moist

Muffin Coklat Moist
Muffin Coklat Moist

Bahan-bahan A:
  • 1 cwn gula perang
  • 1 cwn minyak masak/jagung
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn serbuk koko
  • 3/4 cwn air panas 
  • 3/4 cwn susu pekat
Bahan-bahan B:
  • 3bj telor A
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Bahan C:
  • 2 Cwn tepung kek/gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
Cara-cara:
  • Bahan A masak dengan guna api perlahan jer..asal dah sebati matikan api..sejukkan sekejap..
  • Mixer bahan B hingga kembang dan masukan kedalam adunan A sebatikan dengan senduk kayu jer...
  • Masukkan Bahan C yang telah diayak sedikit demi sedikit hingga sebati...
  • Tapis adunan untuk mendapatkan hasil muffin yg enak..
  • Masukkan adunan kedalam cup muffin hingga hampir penuh (bila kukus akan mekar pecah diatas permukaannya)
  • Kukus selama 10minit 
  • Angkat dan sejukkan
  • Hias atasnya dengan coklat rice ataupun ikut kesukaan.
Kredit resepi: Ariana Rose