RESEPI AYAM KUKUS MUDAH

AYAM KUKUS MUDAH
AYAM KUKUS MUDAH 

Untuk Ayam:
  • 1 ekor ayam jangan dipotong
  • 2" halia dihiris bulat
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 5-7 akar daun bawang ambil pangkal akar shj
  • 3ketul Gula batu 
  • 1 besin ais batu
Cara Menyediakanya:
  • Masak air dalam periuk secukupnya sehingga boleh menutupi ayam. 
  • Masukkan semua bahan dan rebus ayam sehingga empuk. 
  • Angkat dan rendamkan ayam ke dalam air batu seketika. 
  • Angkat dan keringkan ayam lepastu gantung.
untuk kicap:
  • 2sudu kecil minyak bijan
  • 3sudu besar kicap cair soya
  • 1sendok air rebusan ayam
  • 1inci halia diketuk
cara penyediaan:
  • potong dulu ayam, 
  • campurkan semua bahan tuang atas ayam.
semoga bermanfaat untuk semua

kredit resepi: Jenny Mesya‎

Resepi Puri sayur-sayuran (2 hidangan)

Puri sayur-sayuran (2 hidangan)
Puri sayur-sayuran (2 hidangan)

bahan-bahan: 
  • 1⁄2 cawan lobak merah (atau sayur pilihan)
  • Air yang secukupnya untuk mengukus
Cara memasak:
  • Masukkan lobak merah ke dalam pengukus dan letakkan di atas air mendidih dan kukus selama 15 minit atau sehingga lembut.
  • Kisar dengan sedikit air ataupun sup ayam yang secukupnya. Kalau cukup lembut, ibu juga boleh lenyekkan lobak merah sehingga ia menjadi puri.
  • Puri sayur-sayuran boleh diberi begitu sahaja pada mula-mula untuk mengikut "4 days wait rule" apabila memperkenalkan makanan baru kepada si manja.
  • Tetapi selepas itu, ibu bolehlah campur dengan sup ayam dan bubur nasi untuk memperkenalkan rasa yang lebih kompleks 

Resepi Pajeri Nenas

Pajeri Nenas
Pajeri Nenas

Bahan A:
  • 1 biji nenas, potong kecil (perap dg sedikit gula)
  • Santan secukupnya
  • 4 sudu besar minyak
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar kerisik
  • Garam secukup rasa  
  • Udang hidup
Bahan B: – bahan kisar
  • 1 inci halia
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar udang kering 
Bahan C:
  • Kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
  • 3 sudu besar rempah kari. 
Cara cara:
  • Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu manis hingga wangi. (Bawang bawang boleh juga dihiris jika mahu terasa bawang dalam kuah). 
  • Masukkan rempah kari yang digaul dengan air. Goreng hingga garing.
  • Masukkan udang hidup dan masakkan sebentar.
  • Masukkan santan dan garam serta gula merah/pasir.  Masukkan nenas yang telah dicelur terlebih dahulu. Akhir sekali, masukkan kerisik.
  • Masak hingga kuah pekat dan naik minyak.

RESEPI KAMBING BAKAR SEEKOR

KAMBING BAKAR SEEKOR
KAMBING BAKAR SEEKOR

Bahan-bahan:
  • seekor kambing (~15kg)
  • 1 cawan madu
  • 1 cawan sos tiram
  • 1/2 cawan sos cili
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1 cawan sos perap smoke bbq pedas knor
  • 5 labu bawang putih ditumbuk dengan kulit2nya
  • 4 sb lada hitam ditumbuk lumat
  • 3 sb serbuk cili
  • 2 sb rosemary
  • 2 sb pasley
  • 2 sb oregano
  • 2 sb basil
Cara-cara:
  • Cucukkan kambing dengan pisau. Satukan semua bahan di dlm mangkuk. Lumurkan pada kambing dan masukkan sos tersebut di bahagian yang dicucuk-cucuk tu dan urut2kan sedikit di bahagian sendinya. Perap semalam untuk hasil yang lebih baik. 
  • Balut kambing dengan aluminium foil. Bakar dengan api kuat selama 1.5 jam - 2 jam bergantung kepada saiz kambing.
  • Sosnya kalau ada lebih dibuang jangan. Masukkan dlm kuali atau periuk, tambah air sikit dan masak hingga mendidih. Bila kambing tu dah masak dan dihiris-hiris, tuangkan jer sos ni atas kambing sebelum mengap. kambing nih.
  • Kalau rajin buat la sos lada hitam, kalau sos perap nih tak cukup. atau gandakan kuantiti sukatan di atas.

RESEPI UDANG BAKAR KEJU

UDANG BAKAR KEJU
UDANG BAKAR KEJU

BAHAN-BAHAN:
  • 300gm udang segar
  • 100gm keju mozzarella
  • 50gm keju cheddar
  • 50gm keju parmesan
BAHAN PERAPAN:
  • 1 sudu makan serbuk lada sulah1 sudu makan madu
  • 1 sudu makan jus lemon
  • Herba thyme secukupnya
  • Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
  • Bersihkan udang dan belah bahagian belakangnya. Perap dengan bahan perapan seketika. 
  • Kemudian, cucuk udang dengan lidi untuk menegakkan udang. Susun udang diatas pinggan tahan panas dan taburkan kesemua keju diatas udang. 
  • Bakar pada suhu 150C selama 20 minit sehingga keju cair dan keperangan.  Sedia dinikmati.

RESEPI UDANG NESTUM

UDANG NESTUM
UDANG NESTUM

Bahan-bahan:
  • 20 ekor udang yang agak besar
  • 10 helai daun kari
  • 3 ulas bawang putih dicincang halus
  • 3 sudu besar butter
  • 3 biji cili api dihiris kasar
  • 1 sudu kecil serbuk stok ayam
  • 1/2 cawan nestum ( nak lebihkan pun, boleh juga tapi kena tambah butter)
  • minyak untuk menggoreng udang
Cara Penyediaan:
  • Udang digaul dengan sedikit garam. Panaskan minyak dan goreng jangan sampai garing. Angkat dan toskan.
  • Panaskan butter. Masukkan bawang putih, daun kari dan cili api. Masak sehingga berbau wangi.
  • Masukkan pula nestum dan serbuk stok ayam. Gaul sehingga nestum nampak garing. Matikan api. 
  • Masukkan udang yang telah digoreng ke dalam kuali. Gaulkan dia bersama nestum hingga sebati. Angkat dan hidangkan panas.

Resepi Daging Goreng Bercili

Daging Goreng Bercili
Daging Goreng Bercili

1/2 kg daging di potong, cuci bersih, gaul garam dan kunyit, dan goreng sebentar. 
Angkat daging setelah sedikit garing dan potong dadu kecil. Ketepikan

bahan-bahan:
  • 5 ulas bawang merah ~ kisar
  • 3 ulas bawang putih ~ kisar
  • 1 batang serai di hiris atau kisar
  • 1 batang serai di titik
  • 1 inc halia ~ kisar
  • 10 batang cili padi ~ jika suka pedas boleh lebihkan ~ dikisar
  • 3 batang cili padi hiris nipis-nipis
  • Minyak untuk menumis
  • 1 sudu besar kicap manis
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 kiub daging
  • 1 pokok daun ketumbar hiris halus
CARA MASAK:
  • Panaskan minyak
  • Tumiskan bahan kisar, cili hiris dan serai yang di titik hingga naik bau
  • Tambahkan kicap manis, dan tumis lagi hingga garing.
  • Jika terlalu kering boleh tambahkan sedikit air
  • masukkan daging, kiub daging garam dan gula secukup rasa
  • Masak hingga kuah kering
  • tambahkan daun ketumbar dan gaul rata
  • Matikan api dan hidangkan

RESEPI BANCUHAN TEPUNG TAKOYAKI

BANCUHAN TEPUNG TAKOYAKI
 BANCUHAN TEPUNG TAKOYAKI

1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
2 cawan air (guna cawan yg sama sukat tepung gandum)
1 sudu teh serbuk dashi (gambar ada di komen,boleh ganti dgn serbuk pati ikan bilis juga)
1/2 sudu teh garam

Resepi Tempe Tauhu goreng cili

Tempe Tauhu goreng cili
Tempe Tauhu goreng cili 

Bahan-bahan:
  • 4 keping tahu ~ potong dadu kecil dan goreng
  • 4 keping tempe ~ potong dadu dan goreng
  • 1 gengam ikan bilis ~ di goreng
  • 1/2 cawan kacang tanah ~ di goreng
  • 7 batang cili padi ~ di kisar
  • 4 biji bawang merah ~ dikisar
  • 3 ulas bawang putih ~ dikisar
  • 2 sudu besar kicap manis
  • garam dan gula secukup rasa
CARANYA:
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar
  • Tambahkan kicap manis garam dan gula
  • Masukkan tahu, tempe dan kacang
  • Gaul hingga rata
  • Tutup api
  • Masukkan ikan bilis dan gaul rata
  • Sedia di hidangkan

RESEPI BISKUT SARANG SEMUT

 

BISKUT SARANG SEMUT
BISKUT SARANG SEMUT

Bahan-Bahan; 
  • 1 Buku Buttercup (250g)
  • 1 1/4 Cawan Gula Kastor
  • 1 Cawan Tepung Naik Sendiri
  • 2 1/2 Cawan Tepung Gandum
  • 1/2 Cawan Tepung Jagung
  • 1 Cawan Tepung Kastard
  • 1/2 Sudu Teh Baking Powder
  • 1 Sudu Teh Esen Vanilla
  • 1 Biji Telur
  • Chocolate Rice
Cara-Cara;
  • Pukul buttercup dan gula kastor hingga agak kembang sedikit. 
  • Masukkan telur dan esen vanilla kemudian pukul lagi hingga kembang dan sebati.
  • Masukkan semua jenis tepung dan baking powder. Pukul lagi hingga sebati. Pukul dengan perlahan. Tinggalkan sedikit tepung gandum untuk masukkan last sekali sambil uli dengan tangan, supaya kita boleh kurangkan bila adunan dah jadi doh.
  • Pastikan ianya menjadi doh bila kita genggam, kalau lembik, masukkan lagi tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli lagi sehingga jadi doh yang tidak melekat ditangan.
  • Sagat doh menggunakan sagat timun. Sagat sikit-sikit supaya tak tertekan dan melekat.
  • Masukkan kedalam cup dan taburkan choclate rice diatasnya.
  • Susunkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 selama 10-15 minit.