AIR LEMON PEMECAH LEMAK?

Adakah anda di antara mereka yang mengamalkan petua ini? Ada yang makan beriani, disulami air lemon, pemecah lemak katanya. Ada yang mengamalkan tiap hari, bagi kurus katanya.

Lemon sebenarnya bagus untuk kesihatan, tetapi bukan sebagai pemecah lemak. Lemon kaya dengan vitamin C iaitu antioksidan.

Antioksidan pula penting untuk mengekang radikal bebas dari bertindak merosakkan sel, DNA, lipid dan sebagainya.

Tapi, jangan pula makan lemon sebiji selepas ini, pelbagaikan sumber vitamin C anda, jambu batu sebenarnya mempunyai kandungan 3 kali ganda vitamin C dari lemon.

Jangan pandang rendah kepada buah buahan tempatan ya.

Moral - boleh nak amalkan air lemon, bukan lah untuk pemecah lemak, ianya bagus sebab kalori kosong, jadi bagus untuk hidrasi dan sumber vitamin C. Jangan pula beri alasan begini, aku nak makan beriani kambing, air lemon ni ada boleh pecahkan lemak. Ha ni tak boleh.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...