Cara-cara nak redeem point Plusmiles

plusmiles kad
Rasanya semua orang ada kad ni. Sebabnya nak masuk lebuhraya mesti kena guna kad plusmiles. Tak kisah lah sama ada nak juga untuk touch n go ataupun smartag.
Mungkin ramai yang tak tahu, jika boleh redeem point plusmiles ni untuk dapatkan makanan secara tebusguna point plusmiles. Dulu plusmiles ni boleh redeem balik tambah nilai. Start 2019, redeem tambah nilai dah tak dibenarkan. Plus ubah dari redeem tambah nilai ke redeem makanan pulak. Boleh Tak boleh redeem kat semua jenis makanan ek. Hanya dekat tempat-tempat yang ambil bahagian sahaja.
Bagaimana nak redeem????
Kalau korang nak redeem point plusmiles, pertama sekali kena daftar dulu kat korang dalam website plusmile, https://plusmiles.com.my/landing. Dah daftar, kemudiannya korang kena install apps Plusmiles dalam handphone korang. Lepastu korang dipersilakan guna plusmiles tu untuk kumpul point.
Setelah sekian lama korang dah guna, so tibalah masa nak redeem.
Dalam apps plusmiles, boleh pilih makanan yang nak redeem
Korang buka apps plusmiles dalam android handphone korang. Check point korang banyak mana dah. Macam point aku nih dah 6195.
Bila korang nak redeem korang pilih makanan dalam list tersebut. Ada pizza hut, ada KFC, ada dunkin donut dan banyak lagi.
Kata korang nak makan KFC, korang boleh pilih untuk tengok restoran-restoran KFC yang ambil bahagian.
Kalau nak makan dunkin donut, tengok dalam senarai outlet location tu sama ada outlet yang depan mata korang tu ambil bahagian ataupun tak.
Aku bagi contoh la yang aku pernah redeem. Aku redeem di dunkin donut, di rnr tapah dan juga rnr rawang. Tak semestinya di rnr ek. So tengok dalam list outlet location yang ambil bahagian.

klik dekat dunkin donut
list outlet dunkin donut
Then, lepas korang dah confirm yang outlet yang depan korang boleh redeem point, korang bagitau dekat cashier tu kata korang nak redeem. Nanti cashier tu akan cakap la berapa banyak donut yang korang boleh redeem.

pilih dunkin donut
tekan button redeem





Pilih dunkin donuts dan kemudian scroll ke bawah. Ada button REDEEM REWARD NOW. Tekan button tu. 
Untuk nak redeem satu donut, kena guna 400 point. Kalau dua donut, 800 point la kan... Camtu la seterusnya.








bagi hp kat cashier
dah berjaya redeem





Lepas korang dah tekan button redeem tu, akan keluar pop up menu important note yang minta korang untuk pass hp kat cashier. Lepas tu cashier akan buat procedure yang seterusnya lah. Then, settle la redeem tu.... dapatlah korang makan donut tu...selesai..
Dunkin Donuts

No comments:

Post a Comment