Makanan ala thai di restoran Teluk Muruh, Lumut Perak

Restoran Teluk Muruh, Lumut Perak

Patani hot food, makanan ala thai di restoran Teluk Muruh





Restoran Teluk Muruh yang terletak di Lumut, Perak merupakan restoran masakan ala thai. Malam-malam kalau korang ada kat Lumut dan tengah mencari tempat makan yang sedap, korang boleh cuba di restoran Teluk Muruh ni. Kalau tengok kat dalam restoran tu, ada tulis Patani hot food. So, korang memang datang ke restoran yang tepat la untuk makan malam masakan ala thai.
Tempat pun agak selesa. Parking pun senang. Ada disediakan tempat parking di sebelah restoran.
Ada banyak menu untuk korang pilih. Untuk makan malam aku kat sini, aku order yang biasa-biasa saja. Walaupun biasa-biasa jer, tapi sedap.
nasi goreng paprik, telur mata

nasi goreng kampung telur mata

daging masak halia

sotong goreng tepung
Bagi yang nak datang ke restoran Teluk Muruh ni, korang boleh rujuk google map yang aku dah sediakan tu atau korang boleh terus je guna gps koordinat seperti di bawah ni.
gps koordinat restoran Teluk Muruh : 4°12'32.1"N 100°37'15.2"E atau 4.208914, 100.620893

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...