Showing posts with label makanan ala thai. Show all posts
Showing posts with label makanan ala thai. Show all posts

Restoran Kak Som, Kampung Baru KL, makanan pantai timur

Kak Som, Kampung Baru
Kak Som, Kampung Baru

Kak Som, Kampung Baru
Kak Som, Kampung Baru
Restoran Kak Som Di Kampung Baru Kuala Lumpur ni, kebanyakkan menunya adalah berkonsepkan makanan pantai timur dan makanan ala-thai. Di restoran Kak Som ni ada nasi dagang, nasi kerabu, laksam, megi sup, lokcing, pulut mangga dan sebagainya.

Bagi yang tak biasa dengan menu pantai timur tu, di Kak SOm ni juga ada nasi berlauk, makanan panas gorengan ala thai yang pada kebiasaannya kita selalu makan...

side sini kalau korang nak makan nasi campur
side sini kalau korang nak makan nasi campur

side sini kalau korang nak makan makanan pantai timur/ala thai
side sini kalau korang nak makan makanan pantai timur/ala thai
Disebabkan aku baru jer makan tengahari di salah satu restoran di Kampung Baru ni (restoran gerak 23), jadi aku singgah sini just nak makan yang ringan-ringan jer..aku try pulut mangga dan lokcing sosej..
pulut mangga
pulut mangga

lokcing sosej
lokcing sosej
Kepada yang nak try makan di Restoran Kak Som ni, boleh la cari di Kampung Baru Kuala Lumpur. Aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 3.1620429682476257, 101.70480477119331

Restoran Butter Orange, Klebang, Ipoh

 Restoran Butter Orange ni terletak berdekatan dengan AEON Mall Klebang. So senang la sebenarnya nak cari lokasi Restoran Butter Orange ni. Kalau bosan-bosan jalan-jalan dalam AEON Mall tu, rasa lapar dan taknak makan dalam AEON Mall (restoran fast food), boleh la makan di Butter Orange.


Restoran Butter Orange, Klebang, Ipoh
Restoran Butter Orange, Klebang, Ipoh

Dekat sini, korang boleh nak sarapan, nak makan tengahari, nak makan petang dan juga makan malam. Buka setiap hari kecuali hari Isnin. Isnin tutup.

Aku datang waktu malam, jadi menu aku menu makan malam lah. Ada makanan goreng-goreng, makanan ala thai dan ada juga western food.

Makan malan aku di sini, aku order nasi goreng daging merah dan air carrot susu.

carrot susu
carrot susu

nasi goreng daging merah
nasi goreng daging merah

Jika korang nak datang ke restoran butter orange ni, aku sertakan di sini gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.

GPS koordinat : 4°40'46.4"N 101°07'17.8"E atau 4.679553, 101.121609


Restoran masakan ala-thai di Mama Seafood, Melaka

Restoran Mama Seafood, Jalan Tun Mamat, Kampung Morten, Melaka

Restoran Mama Seafood, Jalan Tun Mamat, Kampung Morten, Melaka
Kalau nak makan malam masakan ala thai di tengah-tengah bandar Melaka, korang boleh la cari restoran Mama Seafood yang terletak di Jalan Tun Mamat, Kampung Morten, Melaka. Masakan di sini memang style masakan ala thai la... korang nak makan siakap tiga rasa ke, apa ke boleh la try di sini. Tapi aku makan yang biasa-biasa saja... al maklum la tak cukup bajet..hihihii
nasi goreng ayam

sotong masak halia

sup ayam
itu je yang aku makan.... tapi yang tu pun terbaik sedap.. terutamanya sup ayam tu.. rare la sikit sebab ada taugeh dalam sup... kalau waktu cuti sekolah ke, cuti umum, penuh jugak la orang dalam restoran ni.
Kalau korang nak datang ke restoran Mama Seafood ni, boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah ni.
gps koordinat : 2°12'13.7"N 102°14'57.7"E atau 2.203793, 102.249365

Southern Cafe Pokok Machang, Tasek Gelugor

Southern Cafe Pokok Machang, Tasek Gelugor, Pulau Pinang
Boleh cari Kedai makan Southern Cafe ni di Pokok Machang, Tasek Gelugor Pulau Pinang. Menu makanan standard macam kedai makan yang lain jugak. Menu makanan ala thai. Senarai menu Southern Cafe ni boleh tengok seperti di bawah ni.
muka depan Southern Cafe depan buku menu

Senarai menu 1

Senarai menu 2
banyak la jugak kan menu diorang ni. Aku order yang biasa-biasa je. Korang boleh la cuba yang sempoi-sempoi sikit. Aku just order nasi goreng daging, nasi goreng daging black pepper, mee kung fu....
mee kung fu

nasi goreng daging black pepper

nasi goreng daging
Nak datang sini? Cari Southern Cafe di Pokok Machang, Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Boleh guna gps koordinat dan google map seperti di bawah.
gps koordinat : 5°29'18.1"N 100°28'14.6"E atau 5.488370, 100.470715

Restoran WW One Cafe, Kepala Batas

restoran WW One Cafe
Restoran WW One Cafe yang terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang boleh la dijadikan alternatif untuk korang makan petang or makan malam jika korang ada di area Kepala Batas ni. Kat sini korang boleh makan masakan ala-thai. Ada juga western food kat sini. Boleh refer senarai menu seperti di bawah ni.
senarai menu 1

senarai menu 2
Yang aku makan kat sini menu yang biasa-biasa saja. Korang boleh la nak cuba menu-menu lain yang sempoi-sempoi sikit.
sotong masak halia

nasi goreng daging black pepper

chicken chop
Lokasi WW One Cafe ni, boleh rujuk googpe map dan gps koordinat seperti yang aku sertakan di bawah ni.
gps koordinat : 5°30'32.5"N 100°25'46.5"E atau 5.509034, 100.429573

Restoran Tomyam Lekyam Cafe, Bertam Indah, Kepala Batas

Restoran Lekyam Cafe, Bertam Indah, Kepala Batas
Restoran Lekyam Cafe ni terletak di Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang. Dekat dengan masjid Al-Taqwa (bertentangan-seberang jalan). Makanan kat sini standard makanan ala-thai la. Nak makan siakap tiga rasa, masak stim, tomyam, makanan goreng-goreng dan sebagainya. Aku datang sini, just order nasi goreng kampung, nasi goreng daging black pepper dan tomyam jer. Ok la..sedap gak..
menu yang aku makan
Kepada yang nak singgah di restoran lekyam cafe ni, boleh cari di Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang. Atau pun korang boleh rujuk gps koordinat dan juga google map yang aku dah sertakan di bawah ni:
gps koordinat : 5°31'12.4"N 100°26'08.7"E atau 5.520106, 100.435759

masakan ala thai di restoran Pak Hussin Tomyam Sungai Ara, Bayan Lepas Pulau Pinang

Restoran Pak Hussin Tomyam Sungai Ara

Restoran Pak Hussin Tomyam ni terletak di Sungai Ara, Bayan Lepas Pulau Pinang. restoran ni terletak dalam kawasan taman perumahan, tapi tak la ke dalam sangat sebab Pak Hussin tomyam ni betul-betul di simpang jalan yang nak masuk ke taman tu. Nak cari parking agak mencabar juga la. Korang kena bersabar sikit. Ikut nasib.
Restoran ni memang famous. Dah banyak blog review pasal resstoran Pak Hussin Tomyam ni. Korang nak makan siakap tiga rasa ke, masakan stim ke, sotong goreng tepung ke, korang order saja. Cuma untuk kunjungan aku ke sini kali ni, tak cukup bajet jadi aku order yang biasa-biasa saja hahhahahahahaha...
tomyam

sotong masak halia

nasi goreng paprik

nasi goreng kampung

mee goreng
Kepada yang nak datang ke restoran pak hussin tomyam ni, aku sediakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang.
gps koordinat : 5°19'23.6"N 100°16'27.3"E atau 5.323208, 100.274242

Restoran Bangkok Station tepi station minyak petron

restoran Bangkok Station
Restoran Bangkok Station ni bersebelahan dengan station minyak petron di Jalan Permatang Batu yang menuju ke Bukit Mertajam. Bangkok Station ni juga ada satu lagi restoran yang terletak di Bandar Perda. Boleh klik SINI untuk tengok Bangkok Station yang di Bandar Perda tu.
Tempat makan yang cantik dan unik dalam Bangkok Station
Restoran yang di sebelah Petron ni nampak cantik seolah-olah restoran eklusif untuk orang kaya-raya je..hahahahaha... Tapi sebenarnya bukan la macam tu, cuma kalau korang masuk feel dia lain macam sikit la...
Biasalah menu di sini, dah nama restoran pun Bangkok Station, menu pun semuanya ala-thai dan sedap-sedap belaka.
Untuk santapan aku kali ni di sini, aku order yang set A. Dalam set A tu ada ikan stim limau, tapi aku tukar ke siakap tiga rasa. Kemudian tomyam campur, daging goreng, kailan ikan masin, otak-otak seafood, telur dadar dan nasi untuk 5 orang makan. Aku tambah ayam goreng kunyit dengan fries untuk anak aku.
Set menu Bangkok Station

Siakap tiga rasa

otak-otak seafood

tomyam campur

kailan ikan masin

daging goreng

telur dadar

somtam

ayam goreng kunyit

french fries
Kepada yang nak datang Bangkok station ni, waktu operasi Isnin hingga Khamis bermula 12 tengahari - tengah malam. Jumaat dan Sabtu, 12 tengahari - 1 pagi dan Ahad bermula dari  5 petang - 1 pagi. Aku juga sertakan google map dan gps koordinat sebagai panduan dan rujukan korang.

gps koordinat : 5°21'53.1"N 100°25'45.2"E atau 5.364756, 100.429223